BANTING -
Upacara Penamaan dan Pelancaran kapal latihan GAGAH SAMUDERA milik Tentera Laut
Diraja Malaysia (TLDM) disempurnakan oleh YABhg Datin Paduka Seri Rosmah
Mansor, isteri YAB Perdana Menteri Malaysia bertempat di Limbungan NGV Tech Sdn
Bhd Sijangkang di sini petang tadi.
Pemilihan
nama GAGAH SAMUDERA merupakan kesinambungan dari Kapal Layar Diraja (KLD) TUNAS
SAMUDERA di mana 'samudera' merupakan identiti bagi kapal latihan milik TLDM.
Kapal latihan GAGAH SAMUDERA mempunyai spesifikasi 75.9 meter panjang turut
dilengkapi tempat pendaratan helikopter dengan berat 1366 tan metrik serta
mampu beroperasi sejauh 2500 batu nautika tanpa henti atau selama 21 hari di
laut sebelum ulang bekal dilaksanakan.
Kapal Latihan ini juga bakal menempatkan 47 orang krew dan mampu
menampung seramai 60 pelatih pada setiap kali pelayaran. Istimewanya, kapal latihan ini turut
dilengkapi sistem kombat, radar, peralatan navigasi dan komunikasi serta
senjata jarak dekat yang bukan sahaja akan dijadikan platform latihan di laut
malahan boleh melaksanakan tugas operasi pada sebilang masa apabila diperlukan.
Kapal
Latihan GAGAH SAMUDERA telah berjaya di bina dengan usaha sama NGV Tech Sdn Bhd
dan Syarikat Daewoo Shipbuilding Marine Engineering (DSME) dari Korea Selatan.
Kejayaan pembinaan kapal ini telah membuktikan bahawa syarikat tempatan juga
berupaya untuk menguasai kemahiran pembinaan kapal yang berteknologi tinggi
serta mampu merealisasikan aspirasi kerajaan untuk membangunkan industri
maritim negara. Dalam pada itu, kehadiran kapal latihan ini juga dilihat
berupaya memperkasakan latihan dan kemahiran serta kecekapan the Navy People
dalam mengendalikan operasi armada TLDM. Latihan di laut yang bakal ditempuhi
juga membuktikan bahawa TLDM sentiasa melaksanakan pembaharuan dan penambahbaikan terhadap aset sedia ada serta
mutu kerja the Navy People agar lebih efisyen seiring dengan visi TLDM iaitu
Menjadi Tentera Laut Bertaraf Dunia.
Setelah
penamaan dan pelancaran ini, kapal latihan GAGAH SAMUDERA akan menjalani
kerja-kerja ujian penerimaan di pelabuhan dan di laut serta ujian penembakan
meriam sebelum diserahkan kepada TLDM secara rasmi pada 19 Mei 2013. Kerja-kerja mengintegrasikan sistem dan ujian
sebelum penerimaan kapal merupakan satu cabaran yang paling getir dan penting
kepada tim projek yang terlibat secara langsung terhadap perolehan kapal
latihan ini.
(TLDM)
Bonus cashback setiap hari jumat bersama Anapoker
BalasHapusagen judi online terbesar dan terpecaya di indonesia
dengan minimal deposit hanya 10 dan proses cepat paling lama 3 menit!
tunggu apa lagi segera bergabung bersama kami sekarang!!
Contact Kami :
BBM : D8B84EE1 / AGENS128
Line id : agens1288
WhatsApp : 085222555128