13 Agustus 2015
Pesawat Sukhoi SU-30MK melaksanakan tembakan Chaff (all photos : TLDM)
Tanjung Gelang – Secara rasminya Eksesais Thalay Laut Siri 20/2015 telah menutup tirai dengan penuh bergaya. Upacara penutup Eksesais Thalay Laut 20/2015 telah disempurnakan di atas kapal HTMS NARATHIWAT Tentera Laut Diraja Thailand kira-kira jam 11 pagi yang berlangsung di sekitar perairan Pulau Tioman.
Latihan Penembakan Meriam oleh KD TERENGGANU
Upacara penutup ini disempurnakan oleh Deputy Chief of Task Force 58, Capt Aupatham Smootranon dari TLDT dan disaksikan oleh Chief Task Force 58, Kept Jamaludin bin Hj Sairi TLDM. Pelbagai latihan telah dilaksanakan bagi memperbaiki kecekapan dalam menjalankan eksesais secara bersama.
Pasukan menggeledah KD TERENGGANU menuju ke HTMS PHUKET
Latihan DLT oleh KD TERENGGANU bersama Fennec
Memetik ucapan Capt Auptham, eksesais sebegini dapat menggalakkan interaksi diantara angkatan laut kedua-dua buah negara dan beliau juga mengucapkan selamat tiba ke destinasi kepada semua kapal yang terlibat.
Latihan Manuevra Taktis bersama-sama kapal Thailand
Sesi Photex
Selain itu, eksesais Thalay Laut Siri 20/2015 juga menjadi lebih bermakna kepada 7 orang anggota PSS TLDM yang berpeluang menyertai eksesais pada kali ini. Ini secara langsung memberi pendedahan dan melihat sendiri bagaimana eksesais bilateral sebegini dilaksanakan.
(TLDM)
Tidak ada komentar:
Posting Komentar