19 Desember 2015

AirBoat Mudahkan Operasi di Kawasan Cetek, Berlumpur

19 Desember 2015


Sesi pandu uji AirBoat oleh APMM di Johor Bahru (photo : Utusan)

JOHOR BAHRU  – Agensi Pe­nguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) merancang untuk memantapkan keupayaan aset milik pasukan itu terutama di kawasan cetek dan berlumpur dengan pembelian AirBoat tahun depan.

Ketua Pengarahnya, Datuk Ahmad Puzi Ab. Kahar berkata, usaha memiliki 10 AirBoat yang setiap satu dianggarkan bernilai RM1 juta itu kini dalam peringkat perbincangan dan kajian sebelum permohonan memilikinya dibuat.

Katanya, jika semua perancangan berjalan lancar, Maritim Malaysia bakal menjadi agensi penguat kuasa pertama di negara ini yang menggunakan AirBoat untuk melakukan rondaan atau operasi di kawasan perairan pesisir pantai yang cetek dan berlumpur.

“Pasukan teknikal kita akan membuat kajian terperinci berhubung Airboat itu dalam masa terdekat sebelum langkah sete­rusnya diambil,” katanya kepada pemberita selepas acara pandu uji AirBoat di jeti Danga Island di sini hari ini.

AirBoat merupakan bot pelbagai guna yang dijana oleh enjin automotif atau enjin pesawat ringan dan bahagian tapaknya yang rata membolehkannya bergerak lancar di kawasan yang sukar dimasuki bot atau kenderaan air konvensional.

Bot tersebut biasanya digunakan untuk aktiviti riadah dan pelancongan di sekitar kawasan berpaya di Amerika Syarikat (AS).

Ahmad Fuzi berkata, peranca­ngan untuk menggunakan AirBoat dibuat kerana aset yang dimiliki Maritim Malaysia pada masa ini mempunyai kekangan pergerakan terutama di tempat cetek dan berlumpur sekali gus menyukarkan operasi.

Kekangan itu katanya, menyebabkan ancaman-ancaman seperti aktiviti penyeludupan, kegiatan mencuri benih kerang dan siput serta bot pukat tunda gading masih berlaku.

“Memiliki aset yang boleh digerakkan dalam semua keadaan permukaan laut, pantai dan cuaca akan memberi kelebihan kepada usaha mencegah jenayah di perairan negara,” katanya.

(Utusan)

12 komentar:

  1. memang perlu. .harap kerajaan malaysia mempercepat kan peroleh hanya. .

    BalasHapus
  2. nice information
    http://acemaxs31.com/obat-glaukoma/

    BalasHapus
  3. Kawasan cetek? Pesisir pantai berombak? Sampan jenis lepap pun saket bro.. yg mengusulkan pun mcm x pernah kelaut. Air boat ni pun harganya x sampai 1 juta setiap 1. Mengalahkan harga bayliner

    BalasHapus
  4. Sebenar nya sampan ini sudah lama d gunakan d australia....florida everglages usa....tpi kenapa 1million klu ini cuma pakai kipas para gliders aja...

    BalasHapus
  5. Ada kah 50%komisen utk org tengah?sebenar nya bengkel kapal pon bole bikin sampan ini....bnyk d australia yg beli mesin bikin body pakai fibre harga kitaran 10-20 ribu dolar aja....tak masuk akal klu malaysia yg beli

    BalasHapus
  6. Memang telah lama dgunakan d kwsn tersebut. Tp operasinya d bertumpu d kwsn tenang dan tdak berombak. Flat bottom boat tdak sesuai utk kwsn laut baik pantai sekalipun.Apa tujuan platform ini nanti? Memintas penyeludup d kwsn cetek? Apakah penyeludup tu akan mengoperasikan bot yg sama? Tidak. Paling kuat pun bot pancung dgn enjin berkapasiti tinggi. Kwalan pantai pun terletak dlm bdang kuasa PGA.

    BalasHapus
  7. Memang telah lama dgunakan d kwsn tersebut. Tp operasinya d bertumpu d kwsn tenang dan tdak berombak. Flat bottom boat tdak sesuai utk kwsn laut baik pantai sekalipun.Apa tujuan platform ini nanti? Memintas penyeludup d kwsn cetek? Apakah penyeludup tu akan mengoperasikan bot yg sama? Tidak. Paling kuat pun bot pancung dgn enjin berkapasiti tinggi. Kwalan pantai pun terletak dlm bdang kuasa PGA.

    BalasHapus
    Balasan
    1. Jadi intinya tiada guna kah? Atau bagaimana?

      Hapus
    2. Bukan tidak berguna. Cuma bg aku ianya kurang sesuai. Ive owned a few boats through out the years. Baik jenis lepap, lunas (jenis hull sampan)outboard motor jenis kaki panjang mahupun pendek. Bot jenis ini menurut pengalaman peribadi aku kurang sesuai dgunakan d perairan laut negara ini baik kwsn cetek mahupun dlm. Malaysia ni kadang2 seperti bro muarif bayhaki juga. They got to have what they saw on tv. Bila timbul masalah ketika operasi yg disalahkan adalah pengeluar produk dan peralatan yg dgunakan. Perolehan carbin bushmaster PDRM adalah cntoh terbaik. Karbin itu tidak bermasalah tp proses seleksinya yg salah. Pembelian tersebut adalah bg kegunaan unit Ungerin PDRM dan dgunakan dlm operasi maritim. Sama seperti kita membeli kereta proton tp dgunakan utk berlumba di litar. Ianya tdak sesuai..

      Hapus
  8. https://goo.gl/uviNJF - http://jellygamat-qnc.xyz
    Jelly Gamat QnC

    BalasHapus
  9. Thanks for your valuable information. It really gives me an insight on this topic. I'll visit here again for more information.

    swamp airboat rides

    BalasHapus