23 Desember 2015

MBDA Cadangkan Misil Sea Venom untuk Ganti Sea Skua TLDM

23 Desember 2015


SEA VENOM/ANL Future Anti-Surface Guided Weapon (photo : zainisaari, image : MBDA)

Misil Sea Skua TLDM dikhabarkan telah dekat tarikh luputnya. Maka MBDA telah mencadangkan Sea Venom / ANL Anti Ship Missile bagi kegunaan helikopter Super Lynx 300 TLDM. Missile Sea Venom menggunakan guidance infra merah bagi mengunci sasaran. Ini bermakna misil ini mampu menyerang sasaran yang berada di pesisir pantai atau pun kapal2 yang berlabuh di perlabuhan.



Misil Sea Venom juga sangat berkemampuan untuk menyerang sasaran kecil dan laju seperti fast attack craft dari saiz 50 ke 500 tan.


Satu lagi kelebihan misil ini ialah pengendali misil boleh memilih bahagian kapal yang hendak di sasarkan menggunakan data link dua hala. Ini memberi pilihan kepada TLDM jika mahu sekadar menghentikan kapal musuh.




Dengan berat misil 110 kg membolehkan Helikopter Superlynx TLDM mampu membawa sehingga 4 misil.

(MMP)

3 komentar:

  1. misil ini cocok utk TLDM memandangkan misil lama akan habis waktunya..lagipun di laut china selatan tengah memanas..sangat sesuai digunakan utk menyerang. .

    BalasHapus
  2. harap ditambah bilangan super lynx kalau boleh biar versi wildcat..PLAN smkin melampau menceroboh perairan sabah

    BalasHapus
  3. Harga helikopter wildcat agak mahal. Dgn harga yg sama tldm mampu mendapatkan helikopter mh60 yg lebih berkeupayaan.

    BalasHapus