01 September 2016
Lipan Bara kendaraan HMAV 4x4 (photo : Utusan)
KERETA kebal Pendekar dan Lipan Bara
KUALA LUMPUR - Lipan Bara, kereta perisai milik Angkatan Tentera Malaysia (ATM) diperlihatkan kepada orang ramai buat kali pertama dalam perbarisan dan perarakan Hari Kebangsaan ke-59 di Dataran Merdeka, di sini hari ini.
Kereta perisai bermobiliti tinggi (HMAV) itu mampu mengangkut muatan seberat sehingga dua tan serta mempunyai tahap perlindungan dan kekebalan yang menepati piawaian protokol STANAG 4569 Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO).
Aset terbaharu ATM dengan keupayaan pacuan empat roda tersebut dilengkapi sistem persenjataan M134D-H Gatling Gun 7.62mm, pelancar grenad 76mm dan alat amaran laser.
Lipan Bara hasil kerjasama Deftech dan Chaiseri Co Ltd - Thailand (photo : Defence Blog)
Lipan Bara yang dikeluarkan DRB-HICOM Defence Technologies Sdn. Bhd. (Deftech) itu dilancarkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada Pameran dan Persidangan Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) 2016, di sini April lalu.
Sementara itu, Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr. Salleh Said Keruak berkata, rakyat seharusnya menghargai jasa pasukan keselamatan yang bekerja keras memastikan negara sentiasa berada dalam keadaan aman.
“Adalah penting bagi kita bersatu untuk mempertahankan negara ini, tanpa mengira apa pun bangsa atau agama kita,” katanya kepada pemberita selepas menyaksikan acara perbarisan dan perarakan tersebut.
Menurut beliau, sambutan Hari Kebangsaan Ke-59 yang berjalan lancar dan meriah tahun ini membuktikan rakyat memilih untuk bersatu demi memastikan negara kekal merdeka.
(Utusan)
Dlu katanya malaysia beli anoa, bgmn kelanjutannya?
BalasHapusNggak beli bro.
HapusAnoa untuk misi pbb lubnan..
BalasHapusMalangnya pembeliannya telah dibatalkan
HapusMungkin pindad gak mau kalo merk/pindad nya di rubah kalo dibeli malay nanti..jd gak deal deh...hik hik hik
HapusLipan bara 4x4 made in thailand
BalasHapusAti2 jangan percaya klaim2nya
Hihi
Its a collabiration between chaiseri and deftech. You can search it in google. So its not really wrong if they claim it to be made by Malaysia. Deftech never said they made it alone. They always said that the av4 is made based on chaiseri first win.
HapusSudah beli blue print boleh modify dan produksi sendiri ya.
BalasHapusIya. Kerjasama dgn deftech dan chaiseri thailand. Nanti akan dibuat di kilang deftech sebanyak 200 unit. Banyak perubahan di bahagian dlm dan cuma sedikit di bahagian luar..
HapusSudah beli blue print boleh modify dan produksi sendiri ya.
BalasHapus