17 Desember 2011

Unit Boustead Dapat Kontrak Mindef Bernilai RM9 Bilion

17 Desember 2011

Malaysia memesan 6 fregat Gowind - Littoral Combat Ship yang akan diserahkan dalam 3 tahapan pembangunan lima-tahunan Malaysia : RMK-10, RMK-11, dan RMK-12 (image : DCNS)

KUALA LUMPUR, (Bernama) -- Unit kepada Boustead Holdings Bhd, Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd telah diberikan kontrak bernilai RM9 bilion oleh Kementerian Pertahanan.

Kontrak itu ialah untuk penghantaran enam unit generasi kedua "Patrol Vessels Littoral Combat Ships" (Frigate Class) kepada kementerian, kata syarikat dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia Jumaat.

Niaga janji itu meliputi reka bentuk, pembinaan, peralatan, pemasangan, pelaksanaan, integrasi dan pengujian ke atas keenam-enam kapal itu, katanya.

"Kontrak itu bernilai RM9 bilion, akan dilaksanakan dalam tempoh tiga Rancangan Malaysia, 10, 11 dan 12," katanya.

Penghantaran pertama dijangka pada 2017 dan disusuli oleh yang lain setiap enam bulan selepasnya.

(Bernama)

3 komentar:

  1. ALHAMDULILLAH..SEMOGA ALLAH SENTIASA MEMBANTU & MEMAJUKAN NEGARA TERCINTA INI..AMIN..INSYALLAH..

    BalasHapus
  2. Jangan cemari blog ini,kalo lo mau mau nongong, lagian berdiskusi di blog lain,di forum lain dan di tempat lain.Ini bukan tempatnya.
    Kapan indonesia bisa maju kalo masih punya orang kayak lo..Bahasa mencerminkan bangsa,maluin indonesia aja lo.

    BalasHapus
  3. Terima kasih teman..Amin..INSYALLAH..MALAYSIA dan INDONESIA akan sama2 bersatu & maju.. =)

    BalasHapus