02 Januari 2013

EC-725 Akan Ditempatkan di Kuantan dan Sabah

02 Januari 2013

EC-725 Tentera Udara Diraja Malaysia (photo : Eurocopter)

Eurocopter EC725 terbaik ganti Nuri

Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah (kanan) berkenan mendengar penerangan daripada Pegawai Memerintah No. 10 Skuadron Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Lt. Kolonel Mohd. Kahar Mohd. Kassim ketika melihat pesawat Eurocopter EC725 yang baru dimiliki oleh pasukan itu.
TENTERA Udara Diraja Malaysia (TUDM) kini giat melakukan transformasi dalam usaha memenuhi misi pasukan keselamatan itu untuk menjadi 'kuasa yang dominan'.

Dalam kata lain, TUDM perlu menguasai angkasa bagi membolehkannya melaksanakan operasi dan misinya dengan efektif.

Oleh sebab itu, pihak pengurusan TUDM sentiasa membuat perancangan rapi untuk memastikan mereka berada di landasan tepat bagi memacu pasukan tersebut menjadi sebuah angkatan yang kredibel.

Perolehan pesawat moden dan berteknologi tinggi seperti Eurocopter EC725 adalah sebahagian daripada perancangan yang telah diatur bagi memastikan TUDM berupaya melaksanakan peranannya dengan berkesan.

EC725 juga dilihat sebagai helikopter terbaik diperoleh TUDM bagi menggantikan sepenuhnya perkhidmatan 28 unit Sikorsky S61A-4 Nuri yang digunakan sejak 1968 lagi.

Panglima Tentera Udara, Jeneral Tan Sri Rodzali Daud berkata, EC725 merupakan helikopter yang berupaya melaksana dua peranan utama iaitu untuk fungsi taktikal dan juga utiliti.

Beliau berkata, untuk fungsi taktikal, helikopter itu berkeupayaan melaksanakan misi mencari dan menyelamat serta melaksanakan operasi-operasi khas.

"Bagi fungsi utiliti, helikopter ini mampu meningkatkan keupayaan daya mobiliti udara melalui penugasan pengangkutan tentera serta melakukan misi-misi waktu siang dan malam dalam semua keadaan cuaca dengan lebih pantas dan selamat.

"TUDM akan memastikan perolehan aset baharu ini dioperasikan sebaik mungkin ke tahap optimum bersesuaian dengan perbelanjaan besar yang telah diperuntukkan oleh kerajaan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pengenalan Dua Pesawat Eurocopter EC725 kepada Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah selaku Kolonel Yang Dipertua TUDM di Pangkalan Udara Kuantan, di sini, baru-baru ini.

Rodzali berkata, pihaknya berterima kasih di atas komitmen kerajaan meluluskan perolehan pesawat berteknologi tinggi ini, yang akan meningkatkan keupayaan dan keberkesanan operasi TUDM secara menyeluruh.

Perolehan pesawat

Beliau berkata, perolehan kesemua 12 buah pesawat EC725 akan selesai menjelang 2014.

"Pada awal bulan ini, kita telah terima dua buah helikopter ini. Insya-Allah pada tahun 2013 kita akan terima sembilan lagi dan yang terakhir akan diterima pada awal tahun 2014.

"Saya yakin menjelang tahun 2015, kesemua helikopter berserta anak-anak kapal akan beroperasi sepenuhnya iaitu bagi melaksanakan setiap tugas yang diberikan," katanya.

Mengenai aspek penempatan, beliau berkata, lapan Eurocopter akan ditempatkan di Pangkalan Udara Kuantan di sini manakala empat lagi di Pangkalan Udara Labuan, Sabah.

Katanya, kriteria utama pemilihan kedua-dua pangkalan udara itu adalah berdasarkan pada kepentingan strategik, kawasan operasi serta infrastruktur yang sedia ada.

3 komentar:

  1. Kita kalah lagi dari Malingesia, mereka sudah maju dan bagus dari aspek sistim pengadaan material Alutsistanya, nggak banyak publikasi tahu2 punya dan siap dioperasikan. Belum ada berita "miring" mengenai persoalan sistim pengadaan. Kita.....??? tauk, ach pusing... ciussss

    BalasHapus
  2. TNI hrs siapkan sniper 100 personil masing2 setiap matra di perbatasan kalimantan, kaliamantan jadikan ajang latihan TNI dan sekaligus mengamankan kalimantan dr pencuri tanah wilayah NKRI serta kayu NKRI. Jayalah NKRI Raya

    BalasHapus
  3. Butuh penghasilan lebih? yuk bergabung bersama kami di Anapoker
    minimal deposit hanya 10rb dan proses yang kurang dari 3 menit!
    tunggu apa lagi segera bergabung bersama kami dan nikmati promo menariknya !!

    Contact Kami :
    BBM : D8B84EE1 / AGENS128
    Line id : agens1288
    WhatsApp : 085222555128

    BalasHapus