27 Maret 2013

Nuri Dinaik Taraf, Dijual

27 Maret 2013


Menteri Pertahanan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi pada sidang akhbar pada Pameran Antarabangsa Udara dan Maritim (LIMA'13) hari ini berkata, proses naik taraf ini melibatkan penggantian kepada sistem paparan digital, kotak gear termaju dan bilah kipas. Difahamkan keseluruhan program ini melibatkan kos kira-kira RM500 juta yang akan dilakukan oleh firma selenggaraan pesawat tempatan. (photo : Airshow)

LANGKAWI  - Kesemua 30 unit helikopter Nuri yang digunakan lebih 40 tahun lalu, akan ditambah baik serta dinaik taraf bagi membantu meningkatkan keupayaan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dengan sebahagiannya akan dijual kepada negara ketiga mulai tahun ini.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, langkah itu selaras dengan program memobilisasikan aset ATM sedia ada termasuk melihat penggunaannya bagi mengukuhkan lagi kawalan keselamatan di Zon Selamat Sabah Timur (Esszone).

Menurut beliau, meskipun usia helikopter berkenaan melebihi 40 tahun, namun masih berkeadaan baik dan boleh digunakan untuk membantu menambah kekuatan pasukan keselamatan negara.

"Hasil perolehan jualan aset ini pula akan digunakan bagi pembelian aset lain yang kemampuannya sekurang-kurangnya setanding dengan Nuri," katanya kepada pemberita sewaktu meninjau Pameran Udara dan Maritim Antarabangsa Langkawi (LIMA) 2013 di Pusat Pameran Antarabangsa Mahsuri (MIEC), di sini hari ini.

Menurut Ahmad Zahid, proses meningkatkan keupayaan helikopter itu termasuk melibatkan pertukaran empat bilah kipas kepada lima bilah menerusi teknologi baharu, meningkatkan sistem kokpit daripada analog kepada digital dan kotak gear yang boleh digunakan untuk tempoh 20 tahun akan datang.

Katanya, kos bagi proses itu bergantung kepada sebut harga yang akan diperoleh kementerian tersebut daripada beberapa syarikat penyedia perkhidmatan.

"Selain untuk kegunaan Tentera Darat pada masa ini, kita juga menerima banyak tawaran daripada pihak yang berminat membeli helikopter itu," katanya. -

(Utusan)

1 komentar:

  1. Dapatkan uang jutaan hingga puluhan juta rupiah di agens128 dan juga Anapoker
    banyak promo menarik dan menguntungkan disini :)
    Salah satunya promo menyambut ramadhan dengan bonus besar
    dengan minimal deposit dan proses cepat paling lama 3 menit
    ada bonus cashbacksetiap hari jumat setiap minggunya
    tunggu apa lagi join sekarang juga :)

    Contact Kami :
    WhatsApp : 0852-2255-5128
    Line id : agens1288
    Telegram : AgenS128 / https://t.me/AgenS128
    Poker Deposit Pulsa
    Poker Pulsa
    Sabung Ayam Online
    link sbobet

    BalasHapus