06 Juli 2013

'Eksesais Stallion' Uji Siap Siaga ATM

06 Juli 2013

Eksesais Stallion adalah latihan setingkat brigade oleh Angkatan Darat (photos : Dzirhan)

Seramai lima ribu anggota tentera terlibat dalam 'Eksesais Stallion' yang julung kali diadakan di peringkat briged oleh Angkatan Tentera Darat.

Latihan selama 12 hari itu bagi mempersiapkan anggota berkenaan untuk menghadapi sebarang kemungkinan.



Eskesais sejak 23 Jun lalu ini diadakan di kawasan naungan 2 dan 4 divisyen yang bermula dari Tapah, Perak hingga ke Rawang, Selangor.

Latihan yang diadakan meliputi serangan di kawasan terbina, demonstrasi pemindahan udara, serta kenderaan pelancar jambatan berperisai.



Ia kombinasi latihan melibatkan pasukan tempur, bantuan tempur, bantuan khidmat serta dibantu oleh trup medan, tentera darat dan udara.

300 buah kenderaan termasuk kereta kebal dan kereta perisai APC digunakan dalam operasi ini. 


Tujuan latihan ini adalah menguji kesiapan brigade dalam peperangan konvensional (photos : TV3)

Objektifnya untuk menguji keupayaan briged dalam operasi peperangan konvensional selain menguji pemahaman dan perlaksanaan strategi daratan.

Bagi anggota yang terlibat, latihan itu amat bermanfaat sebagai pendedahan dan persiapan untuk menghadapi situasi sebenar.



Mejar Jeneral Datuk Suhaimi Mohd Zuki/ Pemangku Panglima Medan Tentera Darat :

"Kita tengok di negara-negara seperti Iraq, di Afghanistan, pertempuran di Chechnya, Bosni, battle of Bosni, dan banyak lagi tempat dan kebanyakannya kawasan-kawasannya adalah meliputi kawasan yang terbina. Dalam konteks itu Tentera Darat telah pun menggariskan untuk mendedahkan anggota".


Kapten Shahrulnizam Mat / Ketua Kompeni A RAMD :

"Ianya lebih menjurus kepada perancangan, pengatur-gerakan anggota di dalam sebuah penempatan terbina dan juga bagaimana mereka mengaplikasikan teknik pergerakan, teknik memegang senjata dan juga kawalan dan perintah".



Zulkarnain Hassan/ Pegawai Waran 2 Kompeni Alpha Batallion ke-4 RAMD :

"Dulu kami tak berapa mahir lah tapi sekarang setelah kedatangan OC saya ni dia menunjuk ajar daripada peringkat bawah sekali hingga ke atas".

(TV3)

2 komentar:

  1. berbenah...........setaelah kecolaongan Sulu

    BalasHapus
  2. Dapatkan uang jutaan hingga puluhan juta rupiah di agens128 dan juga Anapoker
    banyak promo menarik dan menguntungkan disini :)
    Salah satunya promo menyambut ramadhan dengan bonus besar
    dengan minimal deposit dan proses cepat paling lama 3 menit
    ada bonus cashbacksetiap hari jumat setiap minggunya
    tunggu apa lagi join sekarang juga :)

    Contact Kami :
    WhatsApp : 0852-2255-5128
    Line id : agens1288
    Telegram : AgenS128 / https://t.me/AgenS128
    Poker Deposit Pulsa
    Poker Pulsa
    Sabung Ayam Online
    link sbobet

    BalasHapus