ATE telah mengembangkan cockpit pesawat Hawk dengan Hawk Navigation and weapon System/Hawk NWS yang dapat meningkatkan peran tidak hanya sebagai pesawat latih tempur namun juga mempunyai kemampuan sebagai multirole fighter (photo : ATE)
KUALA LUMPUR - Anak syarikat Composites Technology Research Malaysia Sdn Bhd (CTRM), CTRM System Integration Sdn. Bhd. (CSI) bakal memulakan kerjasama strategik dengan Advanced Technologies and Engineering Co. (Pty) Ltd. (ATE) dari Afrika Selatan bagi membangunkan sistem pesawat dalam inventori Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).
Unit Komunikasi Korporat Kementerian Pertahanan dalam satu kenyataan semalam memberitahu, pemilihan ATE oleh CTRM dibuat berdasarkan keupayaan syarikat dari Afrika Selatan itu dalam membangunkan pelbagai sub sistem pesawat dari seluruh dunia selama ini.
"Program Kerjasama Strategik ini bertujuan mewujudkan keupayaan integrasi pesawat ketenteraan di Malaysia.
ATE juga membuat sistem avionik modern untuk diaplikasikan pada pesawat C-130 Hercules (photo : ATE)
"Program ini akan dilaksanakan secara berperingkat dan perjanjian ini menyaksikan langkah awal ATE mewujudkan keupayaan integrasi di dalam CTRM, dengan tujuan memodenkan operasi pesawat sedia ada ke satu tahap keupayaan beroperasi yang lebih tinggi," kata kenyataan itu.
Kelmarin, satu majlis menandatangani perjanjian persefahaman di antara kedua-dua syarikat itu berlangsung di Cape Town, sempena pameran Aeroangkasa dan Pertahanan Afrika (AAD) 2010.
Majlis itu turut disaksikan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi; Panglima TUDM, Jeneral Datuk Seri Rodzali Daud dan Panglima Tentera Udara Afrika Selatan, Leftenan Jeneral Carlo Gagiano.
Kenyataan itu menambah, Malaysia dan Afrika Selatan berupaya menjalinkan kerjasama strategik yang baik dalam bidang ketenteraan memandangkan kedua-duanya menggunakan beberapa pesawat sama dalam angkatan tentera udara masing-masing seperti Hawk dan C-130.
(Utusan Malaysia)
Good..
BalasHapus