20 Juli 2011
SGPV-LCS akan dilengkapi rudal permukaan ke udara ESSM dengan jangkauan 50 km (photo : Aus DoD)
TLDM makin hampir miliki kapal 'halimunan'
TENTERA Laut Diraja Malaysia (TLDM) semakin hampir untuk memiliki kapal perang berteknologi stealth (halimunan) termoden apabila kapal kelas Sigma 10614 dan kelas Gowind disenarai pendek bagi program pembangunan kapal tempur pesisir (LCS).
Hakikat itu turut disokong dengan pengesahan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi baru-baru ini bahawa reka bentuk akhir skuadron LCS pertama negara itu, dengan penekanan kepada teknologi halimunan akan siap hujung bulan ini.
Ini bermakna, platform mana yang bakal dipilih untuk dijadikan asas kepada aset tempur itu bakal terjawab mulai bulan depan atau selewat-lewatnya pada Pameran Udara dan Maritim Antarabangsa Langkawi (LIMA) 2011 Disember ini.
Sigma 10614 lahir hasil teknologi Belanda dengan menampilkan reka bentuk modular yang terbukti berjaya mengurangkan kadar pantulan radar dan memiliki kemampuan untuk diintegrasi dengan mana-mana sistem persenjataan termoden pada hari ini.
Kelebihan integrasi itu berpunca daripada penggunaan sistem pengurusan tempur jenis Tacticos, yang diakui sebagai antara terbaik di dunia sehingga berjaya menambat hati beberapa negara pengguna lain antaranya Tentera Laut Maghribi dan Indonesia.
Difahamkan, keyakinan dan kemampuan hakiki yang dibuktikan oleh Sigma di negara berkenaan, menjadi pendorong kuat kepada TLDM untuk menyenarai pendek Sigma 10614 sebagai salah satu platform akhir bagi program skuadron LCS.
Bagaimanapun, Sigma 10614 adalah versi berbeza kerana jauh lebih canggih, panjang dan lebar berbanding empat buah Sigma 9113 (korvet) dan dua Sigma 10514 (friget) milik Indonesia, mahu pun Sigma yang dimiliki Tentera Laut Maghribi sendiri.
Gowind pula diakui sebagai sebuah platform dengan teknologi halimunan antara terbaik pernah dicipta, hasil penyelidikan dan pembangunan (R&D) panjang DCNS, iaitu syarikat perkapalan yang membekal kapal selam pertama negara.
Kadar pantulan radar kapal ini sangat rendah menyebabkan ia sukar dikesan musuh dan di rantau Asia, negara yang memiliki aset sedemikian hanyalah Singapura, melalui kapal friget kelas Delta, juga hasil kerjasama dengan syarikat Perancis.
Rudal permukaan ke permukaan Naval Strike Missile (NSM) buatan Norwegia dengan jarak jangkau 180 km (photo : Peterdx-Wiki)
Walaupun dianggap jauh lebih berkemampuan berbanding Sigma 10614 dalam aspek halimunan, kekurangan Gowind adalah belum teruji sepenuhnya kerana DCNS sendiri, masih membuat beberapa kajian.
Sebenarnya, selain daripada pemilihan platform yang memiliki teknologi halimunan termoden, program LCS juga bakal menyaksikan kemasukan peluru berpandu pertahanan udara, antikapal permukaan serta sistem antikapal selam tercanggih di rantau ini.
Ini kerana, bagi pertahanan udara umpamanya, peluru berpandu Evolved Sea Sparrow Missile (ESSM) keluaran Amerika Syarikat (AS), yang mampu memusnahkan mana-mana pesawat moden sehingga jarak 50 kilometer (km) dikatakan menjadi pilihan TLDM.
Begitu juga dalam aspek antikapal permukaan. TLDM khabarnya telah memilih untuk menggunakan peluru berpandu berteknologi halimunan buatan Norway, Naval Strike Maritime (NSM) yang mampu menyerang kapal musuh sehingga jarak 180 kilometer.
Bagi menangani ancaman kepal selam pula, TLDM memilih untuk menggunakan sistem torpedo sedia ada, tetapi kemampuan sistem sonar akan dipertingkatkan seoptimum mungkin dengan pemasangan Hull Mounted Sonar (HMS).
Jika perkara itu menjadi kenyataan, sejarah bakal tercipta kerana inilah kali pertama Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan memiliki payung perlindungan udara sehingga jarak 50 km, selain TLDM sendiri bakal menjadi pengguna pertama ESSM di rantau Asia Tenggara.
Selain itu, kemasukan NSM dalam inventori TLDM juga bakal melonjakkan kuasa tempur organisasi tersebut memandangkan, peluru berpandu jenis Exocet 40 Blok II yang dipasang pada Friget Kelas Jebat dan Korvet Kelas Kasturi hanya mempunyai jarak membunuh sehingga 70 km.
Satu lagi peluru berpandu antikapal milik TLDM yang dipasang pada kapal Korvet Kelas Laksamana, iaitu Otomat Teseo Mk2 juga masih tidak mampu menandingi jarak dan kecanggihan NSM kerana hanya mampu menenggelamkan kapal musuh sehingga jarak 130 km.
Mengulas mengenai perkembangan tersebut, Panglima Tentera Laut, Laksamana Tan Sri Abdul Aziz Jaafar mengakui, hanya kapal kelas Sigma 10614 dan Gowind sahaja yang masih kekal dalam senarai pendek untuk program pembangunan LCS.
Bagaimanapun katanya, segala keputusan akhir mengenai platform mana yang hendak dipilih terletak sepenuhnya di tangan kerajaan kerana selain pertimbangan teknologi, faktor kemampuan kewangan kerajaan turut diambil kira.
Namun tegasnya, sebagai pengguna, TLDM sudah pasti mahukan sebuah platform yang ampuh, bukan sahaja dalam soal halimunan dan kemampuan peperangan tiga dimensi tetapi, kapal yang hendak dipilih mestilah telah terbukti kemampuannya.
Menurut Abdul Aziz, ini kerana LCS bakal berada di barisan hadapan perairan negara, sehingga jarak 200 batu nautika dan dengan mengambil kira ketegangan di kepulauan Spratly, sudah tentu aset tempur itu akan lebih banyak 'bermain' di Laut China Selatan.
"Program ini merupakan satu peluang yang tidak boleh dilepaskan oleh TLDM kerana jika tidak, negara akan rugi. Kapal LCS bukan sahaja mampu memastikan kedaulatan negara terus terpelihara tetapi industri pertahanan tempatan juga akan meraih limpahan teknologi.
"Jika peluang ini dilepaskan atau memakan masa terlalu lama, TLDM bakal berdepan dengan kekangan dari segi jumlah aset kerana banyak kapal permukaan kami telah diserah kepada Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM). Ini sudah pasti menjejaskan operasi kami," katanya.
Mengenai jenis persenjataan yang bakal dipasang, beliau enggan mengulas secara terperinci tetapi mengesahkan TLDM berminat dan berhasrat untuk menggunakan sistem persenjataan baru bagi meningkatkan lagi keupayaan cegah rintang negara.
Katanya, beberapa jenis sistem persenjataan baru telah dinilai oleh TLDM dan perkara itu jika tiada sebarang masalah akan dipasang terus kepada kapal LCS kerana pembinaan aset tempur tersebut tidak lagi mengaplikasi konsep 'fitted for, but not with'.
"Apa yang saya boleh sahkan ialah apabila siap, kapal ini bakal memberi peningkatan berganda kepada elemen cegah rintang kerana ia akan dilengkapi dengan sistem peperangan tiga dimensi yang jauh lebih mantap dan berbisa, berbanding apa yang kita ada sekarang," ujarnya.
ikut2an ajach,,,,
BalasHapusdulu menyepelekan sigma ketika indonesia beli sigma,, eh koq sekarang malaysia kepincut y... hehee,, no offense guys..
BalasHapuseniwei, nsm koq jangkauanny cuma 50 km y? tampilan bgs, tapi jangkauan knp kalah ma yakhont y..
gan...baca biar beneran dlu..jangan bikin malu... 50km itu ESSM.. NSM 180km...
BalasHapusALHAMDULILLAH..ALHAMDULILLAH..ALHAMDULILLAH..kpl MALAYSIA akn jauh lebih canggih & 'berbisa'..kpl yg setanding dgn Frigat stealth milik Singapura..MAJU TERUS MALAYSIA KU DEMI MENJAGA KEDAULATAN NEGARA..TANAH TUMPAH DARAHKU..ALLAHUAKHBAR..!
BalasHapusSABAR & ATI2 YA TEMEN2.. ^___^
BalasHapusINSYAALLAH selepas ini pengganti MiG29N pla..EURO TYPHOON, RAFALE, @ SUPER HORNET akn dputuskan & tbA..
BalasHapus@ Idham ZB.. hehe sory gw salah, maksute nyang 50 km ntuh essm.. eniwei, tapi tetep aja 150 km kurang jauh,, yakhont aj 300 km jangkauanny...
BalasHapus@Max
BalasHapusalthough the NSM have shorter distance than yakhont,but it have stealthy design and littoral capability and could follow the terrain contour of the land,compared to yakhont and solely purpose as anti ship missile.
Even the yakhont have 300km range but it does not mean that the missile could accurately hit the target at such distance because TNI-AL lack of aerial assets to provide mid-course guidance to the missile.Even if launching the missile in maximum distance mean less chance the missile to score as it will susceptible to counter measures as proved in batte of Latakia.
Although the TNI-AL have quite formidable anti ship missile but they still lack in anti air missile and only relying on manpads and obsolete sea cat missile......
aduhh kenapa gaduh gini kita kan bngsa serumpun mak nya' gini lho sigma 10614 itu kerjasama damen schelde ama pt pal mas bro..... jadi damen dpt order pt pal ya dpt gitu mas bro... kalo ngga sala engine room atw apa gitu...............ga usa gelisa kita pnya exocet kok blok 3?
BalasHapus@Wan.... yar aq stju sama kamu...khabarnya ini OPV mau bikin petroli aja(defences ship) kan dan di tambah pula konsep ASW...bukan sebagai snjata penyerang yar???komen jangan bikin ribut gan...peace....
BalasHapus@Idham ZB
BalasHapusRead the article carefully.The second batch Littoral Combatant Ships are fully capable to conduct anti air,ASh and anti submarine operation and will be fully be equipt to its teeth.The LCS will also no longer apply the 'equipt for but not with concept' and will be armed in the production line!
@Max
BalasHapusthe correct spelling is 'anyways' not 'enewei' ...haha
@wan... yes i already read it carefully...but i also read the other article from your country military blog...n the OPV is make for Offoshoe petrol ship..even it fully concept is Littoral combact ship...n it also give operation in spartly n Sauth china sea...the ship is also continue the 27 PV program rght??i think the ship is Light Frigate not as heavy friget like your Lekiu class...maaf yar,english nya gak mantap kyk kamu...peace...
BalasHapus@wan...khabarnya Gowind is your country choice yar...congrate...
BalasHapus@ all: hahaa.. whew.. c'mon guys, please don't take it seriously,, c'mon it's only a joke,,, :D
BalasHapus@ wan: yeah, of course I know the spelling,, Gee.. I use my own words, u know :D,,, by the way it's not "enewei" wan but it's "eniwei",,,
Sorry guys, my bad.... :D
Didalam meningkatnya kekuatan PRC Naval Force dari brown water navy kepada Blue water Navy, kita (Malaysia dan Indonesia) tidak dapat lari dari meningkatkan kekuatan naval force kita. Perkembangan peningkatan kuasa laut di Malaysia dan Indonesia kebelakangan ini hanya bersifat pemodenan yang sebenarnya bukanlah pembesaran sepertimana yang kita dapat lihat dan diwar-warkan. TLDM kini dalam usaha mendapatkan kembali jumlah aset laut yg telah diserahkan kepada APMM. Indonesia pula lebih kepada memodenkan angkatan lautnya yg telah (sebahagiannya) mencapai umur Tak Ekonomi Operasi (TEO). jadi adalah menjadi keperluan dan objektif utama bagi kedua-dua negara meningkatkan perolehan dan pembelian platform untuk memenuhi keperluan pertahanan dan rondaan laut masing2. Pembelian yg melibatkan aset dan platform yg moden akan memanjangkan hayat dan umur operasi sesebuah angkatan. justeru dalam jangkamasa panjang ianya lebih ekonomik dari segi kos operasi mahupun kos perolehan. my 2 cent
BalasHapusMalaysia
BalasHapusIndonesia
Mari Maju Bersama !!
Peningkatan Keupayaan pada kapal-kapal TLDM adalah untuk mengelakkan Negara China daripada bersifat 'angkuh' untuk menyelesaikan isu di Kepulauan spratly.
Dengan adanya kapal-kapal canggih,moden dan stealth ini, maka Negara China akan berfikir tiga atau empat kali sebelum melakukan kekecohan di spratly.
'Tanah Tumpahnya Darahku'
Malaysia
shit, someone here is a gay
BalasHapusCongratulation RMN. Keep moving. Alhamdulillah.
BalasHapusPekerja nya pastilah dari indonesia dan bangladesh yang buat desain sarikat pembina kapal,.. terus rakyat malaysia nonton sampai kapal jadi karena kapal di buat di malaysia jadilah
BalasHapus"MADE IN MALAYSIA"
Saya dari masa hadapan. Iye kapal ini memang halimunan sampai sekarang belum dapat dikesan. 🤣
BalasHapusBetulla tldm lebih prefer sigma.. hi sy dr masa hadapan… lcs masih belum
BalasHapusMuncul..