03 Juli 2011

ATM Tempah 32 Kereta Perisai Daripada Pindad

03 Juli 2011

Rimau APC 6x6 buatan Pindad (photo : Defense Studies)

KANGAR: Aset Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bakal dikuatkan dengan pembelian 32 unit kenderaan pengangkut tempur pelbagai guna (APC) 6x6 Pindad daripada Perusahaan Industri Angkatan Darat PT (Pindad) Indonesia.

Pengarah Pindad, Adik A Soedarsono berkata, tempahan pembelian kenderaan APC itu dilakukan dua tahun lalu dan pembelian berkenaan dijangka mendapat persetujuan penuh hujung bulan depan.

Menurutnya, hampir 30 unit APC sudah siap dipasang dan hanya menunggu persetujuan daripada kerajaan Malaysia.

“Kenderaan perisai itu bakal digunakan tentera pengaman Malaysia bagi melaksanakan tugasan pengaman Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

“Ia sesuai dengan kebolehannya sebagai pengangkutan yang boleh digunakan di pelbagai keadaan bentuk muka bumi dan jalan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menerima kunjungan rombongan Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail ke PT Pindad dalam rangka lawatan kerja empat hari baginda ke Bandung, Indonesia, yang turut disertai wakil media Malaysia. Turut serta dalam lawatan itu Setiausaha Kerajaan Perlis, Datuk Azizan Hamid dan Naib Canselor Prof Datuk Dr Kamarudin Hussin. Difahamkan, kedua-dua negara sudah mencapai persetujuan membeli kenderaan berkenaan, namun mengalami sedikit masalah teknikal berhubung penjualan enjin APC berkenaan yang diimport sepenuhnya daripada Renault.

Rombongan yang turut disertai wakil kedutaan Malaysia di Jakarta termasuk Penolong Atase Pertahanan Malaysia di Indonesia, Mejar Shamsuri Misran dan Pengarah Jabatan Penuntut Malaysia di Jakarta, Datuk Paduka Dr Junaidi Abu Bakar itu juga dibawa melawat bahagian lain perusahaan berkenaan termasuk kilang senjata api dan bahan letupan bagi tujuan ketenteraan dan komersial.

Tuanku Syed Faizuddin bertitah, lawatan itu bersejarah kerana berpeluang melihat sendiri pengeluaran persenjataan PT Pindad yang bertaraf dunia.

Katanya, syarikat itu contoh utama memangkin perkembangan industri pertahanan di rantau ini terutama di Malaysia dan Indonesia.

“Kita juga ingin melihat peluang kerjasama bagi memperkembangkan industri persenjataan antara kedua-dua negara termasuk perkongsian teknologi di peringkat serantau dan global.

“Lawatan sebegini diharap dapat memperluaskan lagi peluang memasuki pasaran serantau daripada segi pengiktirafan sebagai pengeluar persenjataan,” katanya.

2 komentar:

  1. APC 6x6 Pindad menggunakan injin isuzu yg hanya dilisensi kpd pindad untuk kegunaan TNI bukan untuk di ekspork kecuali untuk kegunaan PBB.

    BalasHapus
  2. maaf gan zari, APC PINDAD ini menggunakan mesin Renault, bukan mesin Isuzu. yang buat ente klo nga salah pake mesin Mercedes

    BalasHapus