17 Oktober 2011

Kerjasama Pintar TUDM – AIROD

17 Oktober 2011

22 anggota TUDM, akan ditempatkan di AIROD untuk berganding bahu bersama dengan juruteknik-juruteknik Tim Rawatan Nuri dan Tim Rawatan C130H (photo : AIROD)

SUBANG, – Pelancaran Kerjasama Pintar Tentera Udara Diraja Malaysia – AIROD Sdn. Bhd ini telah diadakan pada 11 Okt 11 di AIROD Sdn Bhd. Program kerjasama pintar antara TUDM dan AIROD diwujudkan untuk memberi kemahiran dan kepakaran kepada juruteknik dan jurutera TUDM dalam melaksanakan senggaraan pesawat di peringkat depot level maintenance.

Program Kerjasama Pintar ini adalah yang terulung sekali pernah diadakan antara TUDM dan swasta. Kebaikan yang akan diperoleh TUDM ialah meningkatkan availability pesawat, meningkatkan kemahiran anggota, meningkatkan kesefahaman dan kepercayaan TUDM/AIROD, membantu membuat keputusan yang cepat dan tepat, meningkatkan kesiagaan, melahirkan “best practices” dikalangan anggota, mencapai License Aircraft Maintenance Engineer seterusnya menyediakan tenaga kerja mahir untuk TUDM dan seterusnya industri aeroangkasa negara.

Dengan pelaksanaan kerjasama pintar ini, 22 anggota TUDM, akan ditempatkan di AIROD untuk berganding bahu bersama dengan juruteknik-juruteknik Tim Rawatan Nuri dan Tim Rawatan C130 AIROD bagi menyelenggara pesawat C130H dan Nuri yang berada dalam AIROD. Pegawai dan anggota-anggota TUDM tersebut akan ditempatkan di AIROD selama dua tahun dimana mereka akan menimba pengetahuan dan pengalaman tentang penyelenggaraan pesawat di peringkat depot.

Kerjasama ini adalah sejajar dengan saranan YAB Perdana Menteri Malaysia. Program ini juga mendokong aspirasi kerajaan ke arah merealisasikan Economic Transformation Program (ETP) melalui National Key Economic Area (NKEA). Apabila anggota TUDM yang telah terlibat dalam program ini bersara kelak, mereka dapat diserapkan bekerja dalam MRO komersial yang menawarkan pendapatan tinggi.

TUDM berusaha melahirkan generasi masa depan yang berwibawa. Kerjasama ini diharap dapat memberi satu perubahan paradigma kepada anggota kejuruteraan dan menanam sifat pemuafakatan bersama rakan sekerja yang lain bagi menjayakan tugas dengan berkesan.

Tidak ada komentar:

Poskan Komentar