24 November 2013

SAAB Optimis Terima Kontrak Ganti MiG-29N

24 November 2013


Pesawat tempur JAS-39 C/D Gripen keluaran SAAB dari Sweden. (photo : superb wallpaper)

KUALA LUMPUR - Syarikat pengeluar pesawat tempur, SAAB yang berpangkalan di Sweden, optimis Malaysia akan menimbang untuk menggantikan pesawat tempur pelbagai fungsi (MRCA) milik Tentera Udara Diraja Malaysia, MiG-29N Fulcrum, dengan pesawat tempurnya, JAS-39 C/D Gripen.

Pengarah Urusan SAAB International Malaysia Sdn. Bhd. (SAAB), Thomas Linden berkata, TUDM buat masa ini sedang mengkaji kemungkinan itu selepas barisan pegawai-pegawai tertinggi ketumbukan tersebut mengadakan lawatan ke pangkalan syarikat itu di Sweden baru-baru ini.

Pesawat pejuang JAS-39 C/D Gripen, yang dikeluarkan oleh SAAB, merupakan antara empat pesawat yang dikatakan pilihan untuk menggantikan MiG-29N Fulcrum.

Pesawatpesawat yang lain termasuk Boeing F/A-18E/F Super Hornet, Rafale dan Eurofighter Typhoon.

"Kita telah disenarai pendek oleh kerajaan Malaysia walaupun program penggantian MiG-29N Fulcrum itu ditunda. SAAB kini aktif mengikuti sebarang perkembangan berhubung program itu.

"Kita optimis Gripen akan menjadi pilihan bagi TUDM atas kapasiti pesawat itu sebagai sebuah aset yang berprestasi tinggi dan pada masa sama kos efektif dalam memenuhi tuntutan pertahanan Malaysia," katanya kepada pemberita di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) di sini hari ini.

Setakat ini jelas Thomas, pasukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) telah menggunakan pelbagai produk keluaran SAAB termasuk Senjata Anti Kereta Kebal Carl-Gustaf, Sistem Pengurusan Tempur Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) 9LV dan Radar Pertahanan Udara Giraffe 40.

Yang turut menjadi kegunaan pasukan pertahanan negara, kata beliau, adalah Radar Pemantau 150 Sea Giraffe milik Kapal Diraja (KD) Lekiu, Radar Pengesan Senjata Artileri Arthur, EW milik Sukhoi 30 MKM dan Sistem Pengesan Automatik (AIS) untuk pengesanan pesisiran maritim.

(Utusan)

1 komentar:

  1. Dapatkan uang jutaan hingga puluhan juta rupiah di agens128 dan juga Anapoker
    banyak promo menarik dan menguntungkan disini :)
    Salah satunya promo menyambut ramadhan dengan bonus besar
    dengan minimal deposit dan proses cepat paling lama 3 menit
    ada bonus cashbacksetiap hari jumat setiap minggunya
    tunggu apa lagi join sekarang juga :)

    Contact Kami :
    WhatsApp : 0852-2255-5128
    Line id : agens1288
    Telegram : AgenS128 / https://t.me/AgenS128
    Poker Deposit Pulsa
    Poker Pulsa
    Sabung Ayam Online
    link sbobet

    BalasHapus