04 Juni 2011

Pesawat Amaran Awal Udara Perkuatkan TUDM

04 Juni 2011

Pesawat Embraer EMB-145 dilengkapi radar Erieye (photo : Dean West)

KUALA LUMPUR Setelah hampir 15 tahun menanti, Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dijangka memiliki skuadron Pesawat Amaran Awal Udara (AEW) tidak lama lagi bagi mengukuhkan lagi sistem pertahanan negara.

Perolehan aset bernilai berbilion ringgit itu penting kerana ia bakal melengkapkan keupayaan pesawat superioriti TUDM iaitu Sukhoi SU-30MKM serta pesawat pejuang MiG-29N dan F/A 18D Hornet.

Kosmo! difahamkan, sistem radar jenis AEW jenis Erieye buatan Sweden dijangka menjadi pilihan TUDM untuk dipasang sama ada pada pesawat EMB 145 buatan Brazil atau Saab 2000 dari Sweden.

Ia dijangka menelan peruntukan besar kira-kira RM11 bilion menerusi belanjawan Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK-10) dan RMK-11 tetapi cukup penting untuk TUDM.

Perolehan ini adalah kesinambungan kepada proses memodenkan TUDM melalui program Perolehan Aset Baru yang termoden dan berteknologi tinggi, ujar sumber daripada industri pertahanan.

Pesawat AEW yang terbang pada ketinggian tertentu itu direka untuk mengesan pesawat lain (musuh) menggunakan sistem radarnya sehingga pada jarak sejauh kira-kira 600 kilometer atau lebih.

(Kosmo)

9 komentar:

  1. ALHAMDULILLAH..ALLAHUAKHBAR..SUBHANALLAH..kpada-MU jua tmpat kmi brlindung Ya Allah..Teruslah Mara ke hadapan Malaysiaku mnjadi sbuah Ngra Maju 2020..Amiiinnn Ya Rabb.. ^-^

    BalasHapus
  2. Pesawat EMB 145 lbh sesuai utk TUDM..Go..Go..Malaysia ^,^

    BalasHapus
  3. Komentar ini telah dihapus oleh pengarang.

    BalasHapus
  4. ngga cocok tu....kena asap bakaran lahan ndak lama enginex EMB 145 jeblok cz ngga tahan dh suhu tropis........

    BalasHapus
  5. terima aksih untuk infonya hehe
    salam kenal :)

    BalasHapus
  6. kalau EMB 145 ngak tahan suhu tropis, Tucano juga ngak tahan. dua2nya kan dari Brazil, negara iklim sejuk ;D

    BalasHapus
  7. utk kita sebaiknya P-8 poseidon 4 biji....

    BalasHapus
  8. Trma ksih untuk info nya temen2..salam Damai Malindo, sama2 BERSATU dan MAJU..Amiiinnn Ya Rabb..ALLAHUAKHBAR.. =)

    Tp gimana dgn Gulfstream G550 nya Singapore..?

    BalasHapus
  9. Belum ada sebarang pengesahan oleh kerajaan Malaysia, hanya spekulasi oleh pihak akhbar. Jika ianya benar, jangan ada pula pihak yang mengatakan ia bakal mencetuskan "arms race" di kalangan negara serantau sebagaimana pendapat seorang pengkritik yang mengatakan bakal berlaku perlumbaan senjata hanya kerana KRI Oswald Siahaan membuat uji tembak (test fire)anti-ship missile "YAKHONT" buatan Russia bulan Apr lalu.

    Pada saya, sekiranya RI juga mahu beli pesawat amaran awal udara, itu adalah hak negara itu. Tidak timbul soal mengenai perlumbaan senjata. Saiz negaranya yg luas merangkumi belasan ribu pulau dan pelaksanaan dan penguat kuasaan konsep archipelagic mewajarkan RI memiliki pesawat-pesawat jenis itu.

    BalasHapus