01 Agustus 2011

Projek 17 Kapal Meko 100 Diteruskan

01 Agustus 2011

KD Pahang 172 (photo : ImdexAsia)

PORT DICKSON — Projek kapal Meko 100 tidak pernah dihentikan dan baki 17 buah kapal yang menjadi opsyen kepada Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) akan disambung jika kedudukan kewangan negara mengizinkan, kata Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.

Pada masa sekarang, enam kapal dari jenis itu sedang berkhidmat dengan TLDM dan kapal-kapal berkenaan yang hanya dilengkapi dengan meriam akan dipertingkatkan kemampuannya.

"Keputusan untuk melengkapkan kapal perang itu dengan peluru berpandu antipermukaan masih belum berada pada peringkat akhir," katanya kepada pemberita selepas menyaksikan majlis Perbarisan Tamat Latihan Perdana Angkatan Tentera Malaysia-PDRM di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai status projek Meko 100 memandangkan TLDM tiba-tiba menukar arah untuk membeli kapal perang dari jenis "Littoral Combat Ship" yang lebih canggih.

Meko 100 yang direka bentuk di Jerman itu merupakan sebuah kapal rondaan generasi baru dan TLDM merancang untuk mempunyai 27 buah kapal jenis itu di dalam perkhidmatannya, ia mempunyai sistem yang modular dan ia boleh ditukar menjadi kapal perang apabila sistem peluru berpandu dipasang.

Baru-baru ini, sebuah akhbar tempatan mendedahkan, Kementerian Pertahanan bercadang untuk memasang peluru berpandu antikapal kepada kapal Meko 100 TLDM.

4 komentar:

  1. kapal meko 100(kedah class) ada teknologi stealth(x percaye tengok ni-http://en.wikipedia.org/wiki/Stealth_technology#List_of_stealth_ships)..tpi hanya dilengkapi meriam saje..mmg patut dipasang dengan missile..sye suggest kapal ni dipasang dengan missile Naval Strike Missile(NSM)..

    BalasHapus
  2. Tahniah Malaysia..
    TLDM semakin Berbisa di Lautan..
    Menggunakan Missile pertahanan Udara dan Permukaan yang canggih dan moden.
    Tanah Tumpahnya darahku..

    BalasHapus
  3. Malay= Moden
    English= Modern

    BalasHapus