Antara peralatan
senjata yang digunakan oleh 3 RAMD dalam demonstrasi di Kota Belud, Sabah
baru-baru ini. (photo : Utusan)
SUASANA
perbukitan di Tapak Tembak 6 di Kota Belud, Sabah pada pagi itu amat indah. Di
utara, Laut China Selatan terhampar kebiruan mendamaikan pandangan, sedangkan
di selatannya megah berdiri Kinabalu diselaputi awan putih bersih.
Dentuman
senjata jenis Carl Gustav membuatkan keheningan pagi itu itu semakin bingit.
Bola api deras meluncur ke arah sasaran yang terletak beberapa kilometer nun di
atas bukit dan sasaran itu meledak, lalu angin menyebarkan bau bahan api ke
udara.
Malahan
beberapa jenis senjata bantuan seperti HMG, LMG, AGL, mortar dan beberapa jenis
lagi telah dipertontonkan kemampuannya dalam menembak sasaran yang jauh.
Sebelum
tembakan daripada senjata-senjata bantuan itu, demonstrasi pada pagi itu
dimulai oleh kumpulan penembak tepat 3 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD).
Di khemah
kenamaan yang agak tinggi berhampiran tembakan itu berasal, Yang Dipertua
Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin bersama isterinya Toh Puan Norlidah RM Jasni
beserta rombongan sedang menyaksikan demonstrasi itu.
Turut berada
di lokasi ialah Panglima Briged Kelima Infantri Malaysia, Brigedier Jeneral
Datuk Abdul Halim Abdul Jalal bersama dengan pegawai-pegawai tertinggi tentera
yang lain.
Sebelum
acara di Tapak Tembak 6 berakhir, Tun Juhar dipelawa untuk mencuba sendiri
senjata-senjata bantuan itu antaranya senjata AGL (Automatic Gun Launcher) dari
G-wagon sambil dibantu oleh Abdul Halim.
Beliau
begitu tenang melepaskan tembakan dari atas kenderaan tersebut dan berhasil
mengenai sasaran walaupun dilihat agak payah bagi mereka yang kurang latihan
dalam bidang ketenteraan.
Program
tersebut merupakan Demonstrasi Tembakan Senjata Bantuan dan Persendirian
Bersama Juhar yang mempamerkan pelbagai jenis senjata berat dari Batalion 3
RAMD yang berpangkalan di Lok Kawi.
Prajurit membawa senjata Carl Gustav (photo : USNavy)
Menurut Abdul Halim, latihan tersebut membabitkan RAMD dan dibantu oleh pasukan 507 Askar Wataniah itu mempamerkan tembakan seksyen, tembakan platun dan tembakan senjata bantuan.
Menurut Abdul Halim, latihan tersebut membabitkan RAMD dan dibantu oleh pasukan 507 Askar Wataniah itu mempamerkan tembakan seksyen, tembakan platun dan tembakan senjata bantuan.
Katanya,
antara tujuan aktiviti tersebut dianjurkan ialah untuk mengeratkan hubungan
antara pemimpin, terutamanya Juhar dengan angkatan tentera dan berharap beliau
dapat melihat sendiri kehidupan dan latihan di kawasan latihan khususnya di
daerah ini.
"Bukan
itu sahaja, kita turut memperlihatkan bahawa kita terus menerus berlatih untuk
menghadapi sebarang kemungkinan dan bukan duduk di kem sahaja untuk menunggu
arahan," tegasnya.
Program
tersebut merupakan antara tugas terakhir Abdul Halim sebagai Panglima Briged
Kelima Infantri Malaysia yang berpangkalan di Lok Kawi sebelum berpindah
Kementerian Pertahanan, Kuala Lumpur, sebagai Pengarah Pengurusan Latihan di
Markas Latihan Tentera Darat.
(Utusan)
Tidak ada komentar:
Posting Komentar