08 Desember 2012

Latihan Bersama TLDM dan TLDB, HORNBILL 22/2012 Berakhir dengan Jaya

08 Desember 2012

Kunjungan ke ASTT simulator (photo : TLDM)

LUMUT - Latihan bilateral antara Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan Tentera Laut Diraja Brunei (TLDB) Eksesais HORNBILL 22/2012 yang telah berlangsung mulai 3 Dis telah melabuhkan tirainya pada hari ini. Latihan bilateral tahunan di antara TLDM dan TLDB yang berlangsung selama lima hari ini telah berjaya mencapai objektif yang telah disasarkan.


HORNBILL 22/2012 kali ini telah dirasmikan pembukaannya oleh Pegawai Memerintah Pusat Taktik dan Maritim (PUSTAKMAR) Laksmana Pertama Chin Yoon Chin di Auditorium Zain di sini. Latihan kali ini dilaksanakan secara Pos Pemerintahan atau Command Post Excersice (CPX)  tidak melibatkan latihan sebenar di lapangan atau Field Training Excersice (FTX) berlangsung di PUSTAKMAR dan sekitar Pangkalan TLDM Lumut. HORNBILL kali ini merangkumi perbincangan peringkat operasi bagi menghasilkan sebuah Perintah Operasi.  Perintah Operasi ini kemudiannya diterjemahkan kepada latihan praktikal olah perang atau wargame dengan menggunakan kemudahan Simulasi Olah Perang di PUSTAKMAR.

KD Laksamana Tan Pusmah-137 (photo : Hasnul Yakin)

Latihan selama 5 hari ini telah berlangsung dengan melibatkan sebanyak 3 buah Tim Pemerintah kapal daripada TLDM iaitu Kapal Diraja (KD) LEKIR, KD KASTURI dan KD LAKSAMANA TAN PUSMAH serta 2 buah Tim Pemerintah daripada TLDB iaitu Kapal Diraja Brunei (KDB) DARUSSALAM dan KDB IJTIHAD. Latihan ini telah menngaplikasikan penggunaan Action Speed Tactical Trainer (ASTT) simulator dalam melaksanakan latihan 2 hala bagi melatih kedua-dua Angkatan Tentera Laut dalam Latihan Olah Perang dan Naval Warfare Operations.

Latihan Kali ini telah diketui oleh Pemerintah atau Ketua Gugus Tugas Komander Ahmad Shafirudin bin Abu Bakar TLDM, Pegawai Memerintah KD LEKIR dan Timbalan Ketua Gugus Tugas ialah Leftenan Kolonel (L) Pg Omaralli bin Pg Jaya Indera Pg Hj Mokhtar Puteh, Pegawai Memerintah KDB DARUSSALAM.

KDB Darussalam 06 (photo : KoreaTC)

HORNBILL merupakan antara platform kerjasama serantau Malaysia-Brunei khusus dalam aspek ketenteraan bagi meningkatkan profesionalisme angkatan laut masing-masing. Upacara Perasmian Penutup pagi berlangsung di Auditorium Zain, PUSTAKMAR dan  telah disempurnakan oleh Timbalan Pemerintah Tentera Laut Diraja Brunei, Kolonel Pg Norazmi bin Pg Muhammad. Turut hadir ialah Ketua Staf Markas Armada, Laksmana Pertama Dato' Pahlawan Hj Mohamad Adib bin Abdul Samad, pegawai-pegawai memerintah, pegawai-pegawai kanan serta pegawai-pegawai dan anggota-anggota kapal terlibat dari TLDM dan TLDB.

(TLDM)

1 komentar:

  1. Bonus cashback setiap hari jumat bersama Anapoker
    agen judi online terbesar dan terpecaya di indonesia
    dengan minimal deposit hanya 10 dan proses cepat paling lama 3 menit!
    tunggu apa lagi segera bergabung bersama kami sekarang!!

    Contact Kami :
    BBM : D8B84EE1 / AGENS128
    Line id : agens1288
    WhatsApp : 085222555128

    BalasHapus