20 Desember 2012

TUDM Perlu 27 Eurocopter EC725

20 Desember 2012

EC-725 Tentera Udara Diraja Malaysia (photo : SuperSpotter)


KUANTAN  - Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) memerlukan 27 unit helikopter pengangkut jarak jauh, Eurocopter EC725 bagi menggantikan sepenuhnya perkhidmatan 28 unit Sikorsky S61A-4 Nuri yang digunakan sejak 1968.

Panglima Tentera Udara, Jeneral Tan Sri Rodzali Daud berkata, perolehan 12 unit Eurocopter EC725 adalah tidak mencukupi.

Sehubungan itu katanya, sebagai langkah interim, TUDM akan menggunakan 15 helikopter Nuri yang akan ditambah baik bagi meningkatkan keupayaannya sehingga kesemua 27 buah Eurocopter EC725 diterima.

"Kita (TUDM) akan menunggu bila penggantian akan dilakukan dan sekiranya kita menerima kesemua 27 helikopter ini (Eurocopter EC725), perkhidmatan Nuri akan ditamatkan," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas Majlis Pengenalan Pesawat Eurocopter EC725 kepada Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah selaku Kolonel Yang Dipertua TUDM di sini hari ini.

Yang turut hadir, Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob.

Rodzali berkata, pihaknya bagaimanapun berterima kasih kepada kerajaan kerana meluluskan perolehan 12 Eurocopter EC725 yang mana pesawat berteknologi tinggi itu akan meningkatkan keupayaan dan keberkesanan operasi TUDM secara menyeluruh.

"Perolehan 12 pesawat ini akan selesai menjelang 2014 nanti, yang mana pada tahun depan, insya-Allah sembilan buah lagi akan diterima dan yang terakhir pada awal 2014.

"Saya penuh yakin, menjelang 2015, kesemua helikopter beserta anak-anak kapal akan beroperasi sepenuhnya bagi melaksanakan setiap tugas yang diberikan," katanya.

Mengenai aspek penempatan, beliau berkata, lapan Eurocopter akan ditempatkan di Pangkalan Udara Kuantan di sini manakala empat lagi di Pangkalan Udara Labuan, Sabah.

Katanya, kriteria utama pemilihan kedua-dua pangkalan udara itu adalah berdasarkan kepada kepentingan strategik, kawasan operasi serta infrastruktur yang sedia ada.

Sementara itu, Sultan Ahmad Shah yang ditemui pemberita selepas majlis tersebut bertitah, perolehan 12 unit Eurocopter EC725 berkenaan merupakan satu kebanggaan kepada TUDM.

"Ini satu penghargaan daripada kerajaan Malaysia dan saya sebagai Kolonel Yang Dipertua TUDM merasakan kita tidak boleh ketinggalan dalam memiliki aset-aset ketenteraan yang terkini," titah baginda.

(Utusan)

3 komentar:

  1. rangka dan ekornnya bikinana bandung gan...

    BalasHapus
  2. klo mau service tu heli ke bandung aja gan.. hehe

    BalasHapus
  3. Bonus cashback setiap hari jumat bersama Anapoker
    agen judi online terbesar dan terpecaya di indonesia
    dengan minimal deposit hanya 10 dan proses cepat paling lama 3 menit!
    tunggu apa lagi segera bergabung bersama kami sekarang!!

    Contact Kami :
    BBM : D8B84EE1 / AGENS128
    Line id : agens1288
    WhatsApp : 085222555128

    BalasHapus