16 November 2016
MV Aishah Aims 4 (photo : Sinar Harian)
Kapal MV Aishah Aims 4 laksana pengukuran hidrografi
PELABUHAN KLANG - Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) hari ini menerima kapal MV Aishah Aims 4 (Aishah Aims 4) yang berkeupayaan dalam melaksanakan liputan data pengukuran hidrografi yang meluas dan komprehensif.
Panglima TLDM Laksamana Tan Sri Ahmad Kamarulzaman Ahmad Badaruddin berkata Aishah Aims 4 diperoleh melalui kontrak sewaan bagi menggantikan dua kapal hidrografi sedia ada milik TLDM iaitu KD Mutiara dan KD Perantau yang akan melalui proses lucut tauliah secara berperingkat.
"KD Mutiara yang telah berusia 40 tahun tidak dapat dioptimumkan fungsinya sebagai platform ukur disebabkan memerlukan kos operasi dan selenggara yang tinggi. Perbelanjaan untuk operasi KD Mutiara dan KD Perantau melibatkan kos antara RM25 juta ke RM30 juta setahun.
"Sehubungan itu, TLDM telah mengambil pendekatan di luar kotak dengan mendapatkan Aishah Aims 4 melalui konsep sewaan yang mana kos operasinya jauh lebih rendah tetapi mampu keluarkan input lebih cepat dan berkesan," katanya kepada pemberita selepas menyempurnakan majlis penerimaan kapal itu di Jeti Pusat Hidrografi Nasional (PHN) di sini.
Bagaimanapun, beliau enggan menyatakan kos operasi kapal baharu itu.
Pada majlis itu Ahmad Kamarulzaman turut menyaksikan upacara menandatangani penerimaan Aishah Aims 4 antara Ketua Pengarah Hidrografi, Laksamana Muda Datuk Pahlawan Zaaim Hasan dan Pengerusi Breitlink Engineering Services Sdn Bhd (BESSB) Datuk Seri Wan Adnan Wan Mamat.
BESSB yang berpengalaman dalam industri minyak dan gas merupakan firma yang diberi kontrak sewaan Aishah Aims 4 bagi tempoh tiga tahun.
"Melalui kontrak sewa ini, kita hanya akan bayar sekiranya kita puas hati dengan kualiti data yang diperolehi. Pendekatan ini juga secara tidak langsung dapat menghasilkan kecekapan iaitu melaksanakan tugas yang lebih efisien dan pada masa sama penjimatan yang tinggi.
"TLDM mensasarkan keluasan pengukuran sekurang-kurangnya 18,000 km persegi dalam tempoh setahun supaya kontrak ini benar-benar kos efektif," kata Ahmad Kamarulzaman.
Terdahulu, dalam ucapannya, Ahmad Kamarulzaman berkata menerusi kontrak sewaan itu, BESSB perlu memastikan Aishah Aims 4 dapat dioperasikan sepenuh masa selama 300 hari setahun berbanding kapal-kapal biasa yang hanya beroperasi selama 100 hari setahun.
Beliau berkata kapal itu yang ditauliahkan pada September lepas dilengkapi dengan sistem pengukuran 'multibeam' yang terkini di pasaran dan mampu mendapatkan liputan kedalaman yang luas dalam densiti yang tinggi.
"Sistem pengukuran hidrografi akan dikendalikan sepenuhnya oleh 24 pegawai dan anggota TLDM secara giliran, berbanding dengan keanggotaan KD Mutiara yang mencecah 120 orang, manakala kru marin dan teknikal dipertanggungjawabkan kepada BESSB," katanya.
(Sinar Harian)
Langganan:
Posting Komentar (Atom)
finally that old ship is retired.
BalasHapusSewa ya...aduh...negara kaya masak sewa sih
BalasHapusThat thing look more like a tugboat to me.
BalasHapusyup it look like a tugboat but the system inside is much better than the one on the mutiara and perantau. so not really a bad choice. the hidrography survey role is suppose to be taken over by the lms but not the four currently ordered. it will be taken by the next batch of lms if the first four are to rmn liking. that's what i am told anyway, not sure about the real deal since we tend to face sudden problem.
HapusThe whole idea of using one hull for many purposes is good...but the problem right now is money...malaysia is stingy when it comes to defence expenditure unlike SG ...indons who knows wat they want for defending their country
BalasHapusActually, our defence expenditure also suffer from lack of money, budget cut and over priced items. But we managed to get a few great deal such as the leopard MBT and those (rejected) brunei light frigate. We also managed to maximize our local shipyard to build toys for the navy,which cost less money compare to foreign shipyard.
HapusFor malaysia anything that do not have any monetary returns is considered a waste of public fund.....
BalasHapusGood thinking.
BalasHapusim actually very happy with the new chief of navy. he tried to solve the the problem face by the navy which is lack of vessel by giving a solution that the government could not resist. using their own money to buy new ship instead of asking for extra fund from the stingy government.
BalasHapus