29 April 2017

Markas Pemerintahan Armada Timur, Barat Ditubuh

29 April 2017


Pangkalan Angkatan Laut Malaysia (image : Wiki)

KOTA KINABALU – Pelancaran Penubuhan Markas Peme­rintahan Armada Timur dan Armada Barat, Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dilihat sebagai satu keperluan penting dan kritikal bagi memastikan kedaulatan di kawasan perairan negara sentiasa terpelihara.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, penubuhan itu juga sejajar dengan pelaksanaan teras hala tuju kementeriannya yang menekankan aspek kesiapsiagaan serta keselamatan negara berada pada tahap tertinggi.

“Sebelum ini, penugasan operasi di kawasan perairan Semenanjung, Sabah dan Sarawak hanya dilaksanakan serta dipantau di Markas Pemerintahan Armada yang berpangkalan di TLDM Lumut, Perak (sekarang Markas Pemerintahan Armada Barat).

"Melalui pelaksanaan sistem pemerintahan dua wilayah ini, penugasan operasi di perairan Sabah dan Sarawak akan dilaksanakan di Mar­kas Pemerintahan Armada Timur yang berpangkalan di TLDM Teluk Sepanggar di sini manakala operasi di kawasan perairan Semenanjung kekal di Pangkalan TLDM Lumut,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Pelancaran Markas Pemerintahan Armada Timur dan Barat serta Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM ke-83 di Pangkalan TLDM Kota Kinabalu, Sepanggar, di sini hari ini.


Pangkalan Angkatan Udara Malaysia (image : Wiki)

Hishammuddin yang juga Menteri Dengan Tugas-Tugas Khas berkata, penubuhan Markas Pemerintahan Armada Timur dan Armada Barat itu turut sejajar dengan Pelan Transformasi 15 kelima yang dilaksanakan TLDM ketika ini.

Ini katanya kera­na, selain mengurangkan bilangan pengkelasan kapal daripada 15 kepada lima, TLDM turut merancang penyusunan semula pengurusan organisasi serta aset dari semasa ke semasa bagi meningkatkan tahap kesiapsiagaan dan keberkesanan entiti tersebut.

“Penubuhan markas pemerintahaan ini turut seiring dengan penubuhan Markas Pemerintahan Medan Barat di Sungai Besi, Kuala Lumpur dan Markas Pemerintahan Medan Timur di Kuching, Sarawak oleh Tentera Darat serta penubuhan Markas Wilayah Udara 1 di Sungai Besi, Kuala Lumpur dan Markas Wilayah Udara 2 di Labuan oleh Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM),” katanya.

(Utusan)

26 komentar:

  1. Di tubuh apa itu di tubuh = bukan y tubuh itu badan ?

    BalasHapus
    Balasan
    1. Ditubuh itu artinya dibentuk bung...ditubuhkan markas armada timur artinya di bentuk markas armada timur

      Hapus
    2. Owwh gitu jauh banget ya artinya
      Wkwkwk

      Hapus
    3. @doni sugara

      Loh..bahasa indonesia lahir dari standar bahasa melayu riau..kalau bahasa melayu riau juga ada perkataan di tubuh,penubuhan,ditubuhkan...anda malah gagal faham..wkwkw

      Ini bro saya kasih pembelajaran Bahasa Melayu standar Malaysia gratis buat anda..

      DITUBUH : Dibentuk
      DI TUBUH: di badan

      Hapus
    4. kalo setubuh apa om anak kerokan, hayoooww haha!

      Hapus
    5. @palu gada

      apa arti "Se" ?? hayoooo hahaha

      Hapus
    6. imbuhan sperti di, ter, ber dll weeeew
      jd apaan dong setubuh om, haha!

      Hapus
    7. @palu gada

      setubuh itu pesawat siluman gen 6 russia lah bro..adiknya sukhoi..

      setubuh itu khusus utk peperangan malam..tp klu udah ga tahan,siang pun boleh..wakakaka..

      Hapus
    8. tung tung tung...internet positip

      artinya budak satu nich tak pahem bhs gaul kite haha! tung tung tung

      Hapus
  2. armada nie semua ade enjin tak???siapa body guard armada nie????tok bomoh kelapa ke????

    BalasHapus
    Balasan
    1. om om "tok bomoh kelapa ke"itu bahasa planet mana lagi, ada terjemahaannya kagak haha!

      Hapus
    2. ow kiraiin salah satu nama rudal mrk om haha!mksi

      Hapus
    3. Rudal tu apa.. roda basikal ke...

      Hapus
    4. Rudal tu apa.. roda basikal ke...

      Hapus
    5. mo tau aje luh om dendeng haha!

      Hapus
  3. kalo liat gambarnya base kapal selam cuman di sepanggar. di semenanjung tak ade ka?

    BalasHapus
    Balasan
    1. Pangkalan Submarine di sepanggar mmg begitu kerana strategis nya di LCS bg mengekang ancaman di spratly.

      Hapus
    2. ow begitchu. nampaknya harus tambahkan pangkalan lagi di semenanjung tuch om ariffazim, selat melaka ramai lalu lalang penerobos bawah laut juge kan.smoga aman selalu

      Hapus
  4. Langkah yang tepat dan strategis.
    Sebab dengan semakin kukuhnya cina di lcs dan semakin bertaringnya Indonesia di natuna maka pemekaran armada ini merupakan langkah yang strategis dan merupakan suatu keharusan bagi malaysia.
    Great sukses bro2 malaysian

    BalasHapus
  5. selalunya orang yang kecewa sahaja yang akan ulang apa yang dia bilang setiap masa. kerana apa...jika malaysia hilang 1@2 enjin akibat di curi...di sana enjin nya juga hilang bukan 1..bukan 2 tapi 10 gara2 pesawatnya jatuh..t'bakar...dan paling malang t'balik tayarnya ke atas..hahahhaa

    BalasHapus
  6. Tapi yang paling teruk..kapal yang paling modern leh terbakar masa pelancaran... malu weiiiii.... katanya kapal tu stealth.. tapi awal2 lagi terbakar...keh keh keh

    BalasHapus
  7. Tapi yang paling teruk..kapal yang paling modern leh terbakar masa pelancaran... malu weiiiii.... katanya kapal tu stealth.. tapi awal2 lagi terbakar...keh keh keh

    BalasHapus
    Balasan
    1. eiitt..tp kan bikin lagi om dendeng, kan ada asuransinye wueeek, sini stor jidat pliss tung tung tung haha!

      Hapus