11 April 2014

Pelbagai OEM Membuat Jangkaan untuk RfP Helicopter Serangan Malaysia

11 April 2014


 Bell AH-1Z Viper (photo : Mick Bajgar)

Jangkaan kekal tinggi terhadap potensi Malaysia untuk tender helicopter serangan, dengan pelbagai calon platform dari Bell, Airbus Helicopters dan Boeing bakal dipamerkan di expo Defence Services Asia di Kuala Lumpur.

Peningkatan aktiviti pemberotakkan di Malaysia telah menumpukan perhatian kepada kekurangan keupayaan serang balas negara serta mendorong Tentera Darat Malaysia untuk menilai platform yang sesuai.


Bell UH-1Y Venom (photo : Stewart Andrew)

Boeing dan Airbus Helicopters telah masing-masing menawarkan AH-6 Little Bird dan EC665 Tiger sedangkan Bell mempromosikan kedua-dua helikopter UH-1y dan AH-1Z.

Terdapat beberapa spekulasi sama ada AgustaWestland dan Turkish Aerospace Industries (TAI) akan turut bersaing dengan helikopter serangan T-129 yang telah dibentuk oleh kedua-dua syarikat tersebut walaupun mereka belum memberi sebarang komen setakat ini.

Pada masa ini, Malaysia tidak mempunyai kuasa helikopter serangan dalam inventori mereka, sebaliknya bergantung kepada pesawat pejuang pantas. 


Airbus Helicopter EC-665 Tiger (photo : jetpics)

Walaupun RfP rasmi masih belum diumumkan, jangkaan industri yang sesuatu tender akan datang adalah berdasarkan rancangan Malaysian Army Air Corps (AAC) untuk menggabungkan elemen serangan ke dalam skuadron helikopter pengangkutan taktikal AAC untuk melawan pengganas dan pemberontak bersenjata.

Serangan militan Sulu di timur Malaysia pada tahun 2013 telah memberi pendorongan awal untuk memperoleh keupayaan helikopter serangan untuk AAC. Walaubagaimanapun, kekurangan pembiayaan baru-baru ini telah mempersoalkan kebolehan program tersebut.


AgustaWestland dan Turkish Aerospace Industries T-129 ATAK (photo : pilotjhaber)

Dalam menghadapi kekurangan belanjawan ketenteraan, keperluan perolehan helikopter serangan berdedikasi yang berkos tinggi untuk menangani ancaman militan bersenjata ringan di seluruh Malaysia mungkin telah dijatuhkan keutamaannya.

Apapun, helikopter serangan kelihatan seperti akan kekal sebagai sebahagian pelan pembangunan jangka panjang AAC.

Airbus Helicopters telah mengambil helikopter serangan EC665 Tiger ke dua Langkawi Airshows yang lalu dalam usaha untuk merayu kepada pasaran Malaysia, dan juga telah membuat beberapa demonstrasi penerbangan pesawat tersebut dalam negara.


Boeing AH-6 Little Bird (photo : gouchy)

Boeing juga mempunyai harapan tinggi untuk AH-6 Little Bird memenuhi keperluan tersebut dan mungkin akan menawarkan pesawat ini sebagai respon kepada pembebasan RfP dan bukan pesawat AH-64 yang lebih kompleks yang pada asalnya dipertimbangkan untuk keperluan itu.

Apache telahpun melihat kejayaan serantau dengan Jepun, Singapura dan Korea Selatan sementara Indonesia dan India juga dalam proses untuk membuat perolehan.

(Shephard)

Tidak ada komentar:

Posting Komentar