18 Maret 2011

TLDM Dijangka Dapat Kapal Tambahan Kedua September

18 Maret 2011

Kapal Bunga Mas 5 ketika berada di Oman. Kapal ini bertugas di Teluk Aden dibawah bendera TLDM untuk menjaga kapal-kapal dagang Malaysia dari serangan perompak (photo : Jerzy Nowak-VesselTracker)

KUALA LUMPUR – Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dijangka mendapat sebuah lagi kapal pengiring bagi melindungi keselamatan kapal-kapal dagang berkepentingan negara di perairan Teluk Aden pada September depan, kata Panglima Tentera Laut, Laksamana Tan Sri Abdul Aziz Jaafar.

Beliau berkata, pada dasarnya syarikat perkapalan, MISC Berhad telah meluluskan penugasan sebuah lagi kapal dagang untuk ditransformasikan sebagai kapal tambahan TLDM yang kedua.
"TLDM dan MISC masih berbincang termasuk menentukan konsep, bentuk dan ciri-ciri kapal kedua itu,” katanya di pejabatnya di sini hari ini.
Bunga Mas 5 merupakan kapal milik Malaysian International Shipping Corperation (MISC) yang dialih fungsikan sebagai auxillary fleet bagi TLDM sekaligus kapal markas bagi pasukan komando TLDM di Teluk Aden (photo : DeltaMarin, KLSReview)

"Kapal tambahan pertama iaitu Bunga Mas 5 mengambil masa tiga bulan untuk perbincangan awal dan tiga bulan lagi untuk diubah suai menjadi kapal bantuan TLDM.

"Justeru dengan pengalaman itu, anggaran paling lama untuk kita melihat cadangan itu direalisasikan ialah enam bulan dan saya percaya MISC Berhad telah pun membuat penilaian untuk penugasan kapal kedua tersebut,” katanya.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar