Helikopter latih Alouette III (photo : Airliners)
TUDM terima helikopter baru
Butterworth - Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) akan
menerima dua helikopter Eurocopter Cougar jenis EC725 pada Disember ini atau
selewat-lewatnya Januari tahun depan.
Panglima TUDM, Jeneral Tan Sri Rodzali Daud, berkata
penghantaran Cougar EC725 yang dibangunkan khusus bagi misi mencabar seperti
tugas taktikal mencari dan menyelamat untuk menggantikan Sikorsky S61-A4 Sea
Kings atau Nuri akan dilaksanakan mengikut jadual.
Baki 10 helikopter dijangka diserahkan secara berperingkat
dengan pesawat terakhir bakal sampai pada Januari 2014.
“Selain itu, pesawat pengangkut jenis Atlas Airbus A400 yang
dibeli kira-kira RM600 juta akan tiba menjelang Januari 2015 seperti yang
dijadualkan,” katanya selepas menganugerahkan Sayap dan Sijil Penerbangan di
Pangkalan Udara TUDM Butterworth, di sini, semalam.
Beliau berkata, juruterbang TUDM kini berada di Perancis
untuk mengikuti latihan sebelum penghantaran pertama dua daripada 12 helikopter
itu.
Katanya mereka sudah tiba di kilang Eurocopter di Marseille,
dua hari lalu untuk mengikuti kursus latihan mengendali dan mengetahui ciri
pesawat itu supaya dapat digunakan secepat mungkin.
Sementara itu, Rodzali berkata, TUDM berharap kerajaan
meluluskan peruntukan menggantikan pesawat Pilatus PC-7 yang diminta ketika
Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK-10) selain menggantikan helikopter latihan
Alloute yang memasuki usia 50 tahun perkhidmatannya dengan TUDM tahun depan.
Penggantian Pilatus PC-7 dan armada Alloute itu memastikan
juruterbang muda dapat meneroka kemajuan teknologi pesawat moden di seluruh
dunia.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar