28 September 2016

KLD Tunas Samudera Kapal Layar Latih TLDM

28 September 2016

KLD Tunas Samudera (photo : Bruno Girin)

Pada tahun 1988, YAB Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mahathir bin Mohamad telah mengumumkan bahawa Kementerian Pendidikan bagi pihak kerajaan Malaysia dengan kerajaan British telah bersama bersetuju untuk membiayai pembinaan sebuah kapal layar latihan yang berhaga RM 18 juta . Kapal layar latihan ini akan dikendalikan dan disenggara oleh TLDM bagi pihak negara untuk faedah belia negara dan pelatih TLDM.

Pembinaan kapal ini telah bermula pada November 1988 di Brooke Yachts International LTD, Lowestoff, Suffolk di United Kingdom. Kapal layar latihan ini telah diberi nama KLD TUNAS SAMUDERA dan ditauliahkan pada 15 Oktober 1989.

KLD Tunas Samudera (photo : Skyscrapercity)

Istiadat penyerahan KLD TUNAS SAMUDERA telah dilaksanakan oleh Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Banginda Yang Di Pertuan Agong Ke-9 Sultan Azlan Shah dan Her Majesty Queen Elizabeth II di Pangkalan TLDM Lumut pada 16 Oktober 1989 dengan penuh adat istiadat tentera laut.


STS Young Endeavour, kapal layar latih Angkatan Laut Australia merupakan kapal kembaran KLD Tunas Samudera (photo : RAN)

KLD TUNAS SAMUDERA merupakan kapal layar latihan jenis Brigantine. Kapal layar latihan ini diwujudkan bertujuan memberi peluang kepada para belia dan beliawanis negara mengikuti program latihan pelayaran dan menghayati serta mencintai warisan maritim di samping menimba pengetahuan. Program ini juga bertujuan mengukuhkan disiplin diri, memupuk sifat kerjasama dan membina kualiti kepimpinan. Pendedahan kepada ilmu pelayaran seperti navigasi, kaji cuaca dan ilmu kelautan yang diberikan melalui program ini seterusnya akan melahirkan belia dan beliawanis yang berketrampilan dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek.

(TLDM)

4 komentar:

  1. nanti kalau bima suci sudah jadi mirip dengan la union....elcano

    BalasHapus
  2. ya jauh....kapal layar malaysia ini kembaran ama punya australia....panjang 44 meter.....bima suci....110 meter.....cuma herannya...kenapa kalau layar schooner...biasanya kalau berlayar suka miring2 gitu...beda ama konsep barque...kemiringan kapal gak ekstrem

    BalasHapus
  3. Beda di desain lambung kapalnya om.

    BalasHapus