28 September 2009

Perolehan VAB 6X6 Masih Adalah Satu Khabar Angin

28 September 2009

Renault VAB 6x6 (photo : Army Technology)

Kuala Lumpur, KLS: Cerita kononnya Tentera Darat Malaysia akan memperolehi kenderaan VAB 6X6 terpakai untuk mengganti Condor 4x4 yang beroperasi di Lebanon masih berstatus khabar angin. 

Sumber rasmi memberitahu pihak KL Security Review, perolehan kenderaan VAB 6X6 terpakai untuk pasukan pengaman TDM di Lebanon adalah satu sumber khabar angin dan belum ada sebarang keputusan rasmi. 

Sumber tersebut menyatakan, adalah tidak wajar TDM menggantikan kenderaan Condor 4X4 dengan kenderaan 6x6 dan sekiranya wujud keperluan tersebut, maka kenderaan AV4 yang harus dijadikan sebagai keutamaan. 

Condor 4x4 Tentara Darat Malaysia (photo : Militaryphotos)

“Perolehan VAB 6X6 adalah tidak wajar dilakukan, jikalau ada keperluan tersebut, maka perolehan kenderaan haruslah terdiri daripada satu siri kenderaan keluarga(family vehicle)iaitu kenderaan 8x8 yang kini menjadi keutamaan TDM.”

Sumber itu turut berkata, sekiranya untuk kegunaan sementara untuk menyokong operasi pengaman TDM di Lebanon, maka kerajaan seharusnya mengutamakan kenderaan AV4 4x4 di mana AV4 adalah kenderaan buatan Malaysia yang boleh diperolehi dengan kadar segera. 

Minggu lepas, sebuah blog pertahanan tempatan memetik sumber yang tidak diketahui menyatakan sejumlah kenderaan VAB 6X6 terpakai akan menggantikan kenderaan Condor yang beroperasi di Lebanon. 

Mengikuti cerita blog tersebut, Condor yang kini beroperasi di Lebanon perlu diganti dengan secepat mungkin.


Tidak ada komentar:

Posting Komentar