Pesawat AEW&C yang diinginkan TUDM adalah Saab 340 AEW&C (photo : KGG1951)
KUALA LUMPUR
- Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) berminat untuk memiliki Pesawat Kawalan
dan Amaran Awal (AE&C) tetapi tidak mendapat peruntukan kerajaan, kata
Panglima TUDM, Jen. Tan Sri Rodzali Daud.
Katanya, hasrat
TUDM untuk memperoleh pesawat AEW&C bernilai bilion ringgit itu telah
dibentangkan dalam Rancangan Malaysia Ketujuh (RMK-7) namun tidak diluluskan
oleh kerajaan.
Katanya,
mereka masih memerlukan pesawat AEW&C untuk memenuhi jurang keupayaan
walaupun pesawat TUDM sekarang dilengkapi ciri-ciri persenjataan, sensor serta
sistem kawal dan perintah.
"Hasrat
TUDM ini tidak ada kena mengena dengan negara lain, apa yang penting adalah
untuk negara kita dilengkapi dengan aset pertahanan," katanya selepas merasmikan
Amal Shoppe Bakat (Badan Amal, Kebajikan Angkatan Tentera Udara) di Kem TUDM
Sungai Besi di sini semalam.
(Kosmo)
Tidak ada komentar:
Posting Komentar