04 Juni 2014

Skuadron No 5 di Labuan Terima Penempatan 4 Buah Helikopter EC725

04 Juni 2014

Helikopter EC-725 Cougar TNI AU (photo : phantomojisan)

LABUAN – No 5 Skuadron yang berpangkalan di Pangkalan Udara Labuan telah menerima 4 buah helikopter EC725 untuk melaksanakan operasi di Wilayah 2. Empat buah pesawat ini telah diserahkan secara rasmi kepada No 5 Skuadron dalam satu majlis penyerahan yang disaksikan oleh Panglima Tentera Udara, Jeneral Tan Sri Dato’ Sri Rodzali bin Daud TUDM di Pangkalan Udara Labuan hari ini.

Empat buah helikopter ini adalah sebahagian dari 12 buah helikopter EC725 yang telah diterima sepenuhnya oleh TUDM dimana pesawat terakhir diterima pada 30 Mei 2014 lalu.  Pesawat ini berupaya melaksanakan fungsi tugas mencari dan menyelamat yang efisyen selain tugas-tugas dokongan domestik dan utiliti.

Terdahulu, Panglima Tentera Udara turut menyaksikan penyerahan 6 buah helikopter Nuri dari No 5 Skuadron kepada No 7 Skuadron yang berpangkalan di Pangkalan Udara Kuching. Majlis penyerahan inbentori pesawat Nuri tersebut telah dilaksanakan di antara Pegawai Memerintah No 5 Skuadron Leftenan Kolonel Mohd Rashidi bin Mohammad TUDM dengan Pegawai Memerintah No 7 Skuadron Leftenan Kolonel Mohamad Daud bin Sulaiman TUDM.

Walaubagaimanapun, helikopter ini akan terus beroperasi di Pangkalan Udara Labuan bagi membantu tugas-tugas operasi di sekitar negeri Sabah.

Dalam majlis yang sama juga, turut berlangsungnya serah terima tugas Pegawai Memerintah No 5 Skuadron di antara Leftenan Kolonel Mohd Rashidi bin Mohammad TUDM yang menyerahkan tugasnya kepada Mejar Engku Faizal bin Engku Mustaffa TUDM. Seterusnya beliau telah menerima inbentori pesawat EC725 dari Pegawai Memerintah No 10 Skuadron Leftenan Kolonel Mohd Kahar bin Mohd Kassim TUDM.

Turut hadir menyaksikan majlis ini adalah Panglima Bantuan Udara, Leftenen Jeneral Dato’ Che Akmar bin Mohd Nor TUDM serta Pegawai-pegawai Kanan TUDM lain dan anggota-anggota Pangkalan Udara Labuan.

(TUDM)

Tidak ada komentar:

Poskan Komentar