25 Juni 2014

TUDM Laksana Latihan Air Droppable Rigid Hull Inflatable Boat

25 Juni 2014



Latihan Air Droppable Rigid Hull Inflatable Boat TUDM (all photos : TUDM)

KUANTAN – TUDM telah melaksanakan latihan  Air Droppable Rigid Hull Inflatable Boat (ADRHIB) di Perairan Tanjung Gelang, Kuantan. Latihan ini merupakan salah satu siri latihan dalam Eksesais Cope Taufan/Teak Mint yang sedang berlangsung.




Latihan ini telah menyaksikan kemahiran anggota PASKAU khasnya anggota Maritime Para Rescue (MPR) dalam melaksanakan misi menyelamat di perairan sekiranya berlaku sesuatu kejadian yang tidak diingini. 




Selain itu ia juga untuk mengekalkan kompetensi dan tahap kesiapsiagaan juruterbang dan anak-anak kapal No 20 Skn dalam melaksanakan operasi pengguguran dari udara.




Turut membantu bagi menjayakan latihan ini adalah anggota dari Jabatan Laut Malaysia, TLDM, Jabatan Bomba dan Penyelamat serta Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia.

(TUDM)

1 komentar: