12 September 2016

Radar AESA Pantau Perairan Sabah

12 September 2016


Radar AESA Spexer 2000 (photo : Cassidian)

TAWAU  – Kementerian Pertahanan akan menempatkan Sistem Pengawasan Pantai menggunakan radar AESA Spexer 2000 di lima lokasi utama di perairan pantai timur Sabah dalam ­usaha memantau sebarang insiden pencerobohan.

Menterinya, Datuk Seri ­His­­ham­­muddin Tun Hussein berkata, sistem yang dilengkapi dengan sistem pengenalan auto­matik (AIS), Electro-Optical dan peralatan pengurusan pemindahan data itu berupaya meningkatkan keupayaan memberi lebih liputan berbanding Radar 1206 sedia ada.

Menurutnya, pelaksanaan itu me­rupakan komitmen berterusan Kementerian Pertahanan dalam memastikan keselamatan Zon Selamat Timur Sabah (Esszone) terjamin.

“Pelaksanaan Sistem Pengawasan Pantai ini merupakan antara inisiatif baharu yang dilaksana Kementerian Pertahanan bagi memperkukuhkan keselamatan di Sabah,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Tawau di sini hari ini.

Tambah Hishammuddin, antara inisiatif lain yang akan dilaksanakan kementeriannya ialah merancang untuk menempatkan Briged Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) di Felda Sahabat oleh Tentera Darat bagi me­nguatkan pertahanan darat.

Kementerian itu menerusi Tentera Darat pula jelas beliau, akan menerima 20 buah kenderaan perisai pacuan empat roda yang dikenali sebagai Lipan Bara.

“Kenderaan-kenderaan ini akan dilengkapi dengan senjata Gatling Gun dan membolehkan diaturgerak dengan pantas serta efektif selain ditempatkan di ­Lahad Datu,” katanya.


Helikopter MD530G (photo : MD helicopters)

Helikopter tempur ringan

Dalam pada itu, Kementerian Pertahanan sedang menaik taraf Lapangan Terbang Lahad Datu ­sebagai Pangkalan Operasi Hadapan (FOB) untuk helikopter ATM.

Langkah tersebut, kata beliau, membolehkan ATM mengatur ge­rak semua helikopter milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dan Tentera Darat termasuk enam buah helikopter tempur ringan MD530G yang kini dalam proses perolehan.

“Penambahan aset-aset keten­teraan di negeri ini berupaya membantu pasukan keselamatan negara melakukan rondaan dan pengawasan dengan lebih berkesan serta teratur bagi mempertahankan kedaulatan tanah air daripada sebarang ancaman pihak luar,” katanya.

Sementara itu, mengulas me­ngenai insiden penculikan tiga nelayan di perairan Pulau Pom Pom Semporna malam tadi, Hi­shammuddin berkata, pihaknya memandang serius kes penculikan, penyeludupan dadah dan manusia di kawasan Esszone.

Kata beliau, pihaknya akan bekerjasama rapat dengan Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan mungkin seterusnya akan dibawa secara langsung kepada Majlis Keselamatan Negara yang dipengerusikan Perdana Menteri untuk menyelesaikan semua insiden ini.

(Utusan)

7 komentar:

  1. Aku mau nanya mana yg lebih kos effective pasang radar pada 5 lokasi atau membeli pesawat pantau lautan tau awacs....

    BalasHapus
  2. Pasang radar kerana operation kos utk pesawat pantau laut lbh tinggi berbanding radar

    BalasHapus
  3. MPA bole buat kerja tu j7gak lgi menyeluruh....satu pesawat pantau smua pesisir pantai...klu radar nak kena kirim real time pada pusat inteligensia bnyk krj..

    BalasHapus
    Balasan
    1. radar statik. pesawat perlu ada sekurang kurangnya 4 utk memastikan pemantauan secara berterusan 24 7, kos tnggi

      Hapus
    2. radar statik. pesawat perlu ada sekurang kurangnya 4 utk memastikan pemantauan secara berterusan 24 7, kos tnggi

      Hapus
  4. Radar boleh pantau 24jam setiap hari. Jika pesawat hanya utk ketika diperlukan barulah dioperasikan . Pesawat kelebihannya jarak jauh sedangkan radar tersebut jarak jangkaunya cuma 25km. Tp radar kosnya murah berbanding pesawat.

    BalasHapus
    Balasan
    1. Sory..bukan 25km tp 40km atau sekitar 21nautica miles

      Hapus