30 Maret 2015

A109M PUTD Kini Dilengkapi Gatling Gun

30 Maret 2015


Pandangan daripada luar mesingan M134D yang dipasang pada helikopter A109M PUTD. Tapak mesingan dapat dilihat dengan jelas. Komponen utama ini adalah amat penting untuk memastikan senjata stabil dan dapat dibidik dengan mudah kerana secara purata, mesingan ini menghasilkan daya anjalan (recoil) diantara 67.5 hingga 135kg (photo: Rentaka)

Review Ringkas Mesingan M134D "Minigun" PUTD

Meskipun TDM telah lama melahirkan keperluan untuk keupayaan helikopter penyerang, keperluan tersebut tidak pernah dipenuhi kerrana terdapat keperluan yang lebih mendesak disamping PUTD masih jumlah muda usia penubuhannya. Pun begitu harapan TDM tidak dihampakan apabila kerajaan membeli sejumlah 11 buah helikopter Agusta A109M yang dioptimakan untuk tugas pengawasan medan dan tugas kawalan dan perintah. Meskipun boleh dilengkapi dengan pod mesingan dan roket, helikopter PUTD tidak dilengkapi dengan sistem persenjataan tersebut. Terdapat spekulasi bahawa berat sistem pengawasan serta penderia elektro-optik yang dipasang pada helikopter A109M membataskan bebanan tambahan yang boleh dibawa terutamanya sistem persenjataan. Tambahan pula, keupayaan pengawasan serta sistem komunikasinya yang canggih menjadikannya satu aset pengganda kuasa dalam keupayaan tempur TDM.


Gatling gun helikopter A-109M PUTD (photo : Malaysian Defence)

Pun begitu, pencerobohan kumpulan bersenjata daripada kepulauan Mindanao telah mengubah segala- galanya dalam sekelip mata. Meskipun bantuan rapat udara diberikan secara berterusan oleh pesawat pejuang TUDM, operasi pasukan keselamatan seringkali dilakukan tanpa bantuan tembakan secara langsung daripada udara. Bukan itu sahaja, helikopter pasukan keselamatan juga tidak dilengkapi dengan sebarang keupayaan ofensif untuk mempertahankan diri sekiranya diserang musuh.

Untuk itu, sejumlah helikopter milik PUTD mula dipasang dengan mesingan gatling M134D berkaliber 7.62mm keluaran firma Dillon Aero daripada Amerika.  Mesingan ini mempunyai enam laras dan beroperasi  menggunakan konsep gatling.  Oleh itu ia memungkinkan  mesingan ini mempunyai kadar tembakan yang sangat tinggi iaitu kira- kira 3,000 butir peluru seminit atau 50 butir peluru sesaat. Kadar tembakan yang tinggi  adalah penting bagi mesingan yang dipasang pada pesawat kerana ia memberi keupayaan untuk jurutembak menembak sasaran dengan jumlah tembakan yang tinggi  dalam jangkamasa yang singkat terutamanya ketika pesawat bergerak laju untuk menidakkan musuh peluang untuk membidik senjatanya ke arah pesawat dengan tepat. 

Semasa pameran LIMA 2015, tim RENTAKA telah dapat melihat dengan dekat mesingan M134D yang dipasang pada helikopter A109M PUTD. 

(Rentaka)

2 komentar:

  1. Rakyat malon...harus berontak...jangan mau jadi taik mahatir

    BalasHapus
  2. Rakyat malon ..harus berontak..jangan mau jadi sandal & sampah..rezim abdulah badawi

    BalasHapus