26 Desember 2016

Beechcraft B200T TUDM Digantung Operasi

26 Desember 2016

TUDM sebelumnya mempunyai 4 pesawat Beechcraft B200T Maritime Surveillance yang dioperasikan oleh Squadron 16  di pangkalan Subang AFB (photo : tohairforce1981)

KUALA LUMPUR - Operasi pesawat Beechcraft B200T milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) digantung buat sementara waktu sehingga siasatan selesai.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, sehubungan itu, pihaknya akan mengenal pasti punca nahas tersebut dan melaksanakan pelan tindakan yang berkesan bagi mengelakkan kejadian sama berlaku di masa depan.

Katanya, ia penting bagi memastikan keselamatan anggota dan tahap persediaan semua aset Angkatan Tentera Malaysia (ATM) termasuk TUDM berada dalam tahap tertinggi dan boleh dioperasikan pada bila-bila masa.

“Ia merupakan perkara serius. Jangan kita abaikan perkara penting terutama dalam aspek penyelenggaraan dan juga perolehan aset serta anggota yang kita ada,” katanya ketika menghadiri Majlis Perasmian Bangunan Baharu Institut Pertahanan dan Keselamatan Malaysia (Midas) di Kementerian Pertahanan di sini hari ini.

(Utusan)

1 komentar:


  1. My name is teuku, I come from Indonesia.

    I offer the service to edit the template of your website.

    contact me via email: teukufajrul@ymail.com

    my blog: http://teukuid.blogspot.com

    BalasHapus