19 Desember 2016

APM Terima 6 Bot Amfibia

19 Desember 2016


Sealegs amphibious boat (photo : surfline, stuff, newenglandboating, boatsonline) 

KOTA BHARU - Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) menerima sebanyak enam buah bot amfibia daripada Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) di sini hari ini.



Timbalan Ketua pengarah (Pengurusan) APM, Sukiman Ahmad berkata, kesemua bot tersebut di tempatkan di negeri ini, Sabah, Sarawak dan ibu pejabat agensi itu.

“Bot ini boleh digunakan di darat serta air, memudahkan operasi menyelamat apabila berlaku bencana.



“Hari ini, kita menyerahkan dua buah bot kepada negeri ini bagi menghadapi musim tengkujuh, dua buah bot ditempatkan di ibu pejabat APM manakala bakinya diagihkan kepada Sabah dan Sarawak,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Penyerahan Sijil Tamat Latihan Pengendalian dan Penyelenggaraan Asas Bot Amfibia (ARIB) Sealegs di Tambatan Diraja, di sini hari ini.



Sukiman berkata, pihaknya merancang untuk membeli 23 buah bot lagi pada tahun depan.
Tambahnya, bot tersebut akan memudahkan agensi penyelamat untuk menyalurkan bantuan ketika bencana terutama banjir besar.

(Utusan)

Tidak ada komentar:

Posting Komentar