24 Agustus 2017

KD Maharaja Lela Dilancarkan

24 Agustus 2017


Fregat KD Maharaja Lela 2501 (photo : Metro)

KAPAL Tempur Persisir (LCS) tercanggih pertama milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang dinamakan Kapal Diraja (KD) Maharaja Lela dilancarkan hari ini di dermaga Boustead Naval (BN) Shipyard di Pangkalan TLDM Lumut.

Kapal pertama daripada enam LCS bernilai RM9 bilion yang dibina BN Shipyard itu akan dilepaskan buat pertama kali ke perairan hari ini.

Majlis penamaan dan pelancaran kapal bernilai RM1.5 bilion itu disempurnakan oleh Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim sambil disaksikan oleh Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah.


Fregat KD Maharaja Lela 2501 (photo : Lowyat)

Hadir sama Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir; Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Jeneral Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor; Panglima TLDM, Laksamana Tan Sri Ahmad Kamarulzaman Ahmad Badaruddin dan Pengarah Urusan Boustead Heavy Industries Corporation Bhd (BHIC), Tan Sri Ahmad Ramli Mohd Nor.

Hishammuddin dalam ucapannya berkata, nama Maharaja Lela dipilih sempena nama Datuk Maharaja Lela yang juga seorang pahlawan Melayu yang memimpin perjuangan rakyat Perak bagi menentang penjajahan British di negara ini.

Fregat KD Maharaja Lela 2501 (photo : Lowyat)

Beliau berkata, pelancaran kapal itu membuktikan keupayaan dan kemampuan anak tempatan untuk bersaing dalam industri berat, khususnya teknologi ketenteraan.

"Ia kerana KD Maharaja Lela adalah kapal kelas frigat pertama dibina sepenuhnya syarikat tempatan iaitu BN Shipyard Sdn Bhd," katanya.

Sementara itu, Ahmad Ramli dalam ucapannya pula berkata, kapal tempur terbesar dalam armada TLDM itu mempunyai rekabentuk halimunan atau 'stealth' yang sukar dikesan menerusi radar akan diserahkan kepada TLDM pada 2019 selepas menjalani proses ujian di pelabuhan dan laut serta ujian penembakan.

Fregat Gowind Littoral Combat Ship (image : TLDM)

Katanya, kapal berkenaan memiliki keupayaan peperangan empat dimensi dengan mempunyai daya tahan lasak mengatasi ancaman elektronik, udara, darat dan air serta sistem pengurusan peperangan yang terkini.

Kapal yang mempunyai kelajuan maksimum sehingga 28 knot dengan panjang keseluruhan kapal 111 meter serta dilengkapi beberapa senjata utama seperti sistem pelancar torpedo, sistem pelancar misil antipermukaan, sistem pelancar misil antiudara dan meriam kaliber sederhana bagi meningkatkan lagi kawalan keselamatan di perairan negara.

(Metro)

16 komentar:

  1. Frigate kedua tercanggih dan tercantik di asia tenggara selepas formidable class singapore..

    BalasHapus
    Balasan
    1. Shafiq@ tepatnya RCWS Golden millenium 35 mm mampu halau missile SSM dan missile ASM yg mendekat dgn jarak 4-6 km,jadi bila ada missile SSM atau ASM lawan yg mendekat PKR secara otomatis RCWS Golden millenium firing dan hancurkan missile yg mendekat tuh...RCWS Golden millenium ini cem RCWS Phalanx pada frigate USA dan cem goalkeeper

      Hapus
    2. Shafiq@ jgn terpukau dgn size dan jelajahnya pakcik,awak ingat korvet rusia yg kecik boleh hantar missile kalibr ke basis ISIS suriah,buat apa kapal besar bila weaponnya tak menggerunkan...NSM tuh jangkauannya cuma 200 km,kecepatan subsonik,radar zaman sekarang telah boleh deteksi missile stealth,jadi tak ada yg istimewa saya rasa...bila gowind punya main gun 100mm,punya RCWS untuk hadang missile dan punya missile kalibr atau tomahawk atau bila perlu gowind ada missile supersonik terbaru dgn kecepatan di atas mach 6 seperti yg di punya rusia,missile dgn kecepatan diatas mach 6 tak de satu senjata anti missilepun yg mampu menghadang,saya angkat topi kpd gowind dan saya hormat sama gowind

      Hapus
    3. Kelebihan saiz yg besar adalah boleh beroperasi lama dilautan dan krew berada dalam keadaan selesa... jadi tumpuqn penuh boleh diberi bagi setiap misi... senjata yg dipakai tu pun kira dah sesuai dgn keadaan semasa.. malaysia pun tak mahu dicop sebagai penyebab pembangkit pelumbaan senjata dinegara asean.

      Hapus
  2. A very powerful ship.
    Congratulations Malaysia

    BalasHapus
    Balasan
    1. @Iqram Razali

      Just sit back and enjoy the comments. Let them troll all they want. Otherwise, my advice is just to ignore them. There is really no point in "debating" with them :)

      Hapus
    2. 57mm gun can act as a ciws. Although the rate of fire is not as fast as what ciws afterall it is the main gun and is not a dedicated ciws platform like goalkeeper and phalax. It can play as a defensive role. However i think that the gun is not equiped with the round for such role as i read the comments from malaysian defence but i think they will buy that type of round eventually.

      Hapus
  3. Saya ucapkan selamat kepada malaysia karena sudah membangun bersama francis frigate gowind untuk menjaga kedaulatan maritimnya, meskipun ini langkah awal hanya tingkat merakit tapi untuk ke depan mungkin bisa menjadi pengalaman tersendiri untuk mampu mandiri di bidang pembangunan kapal perang maritim

    BalasHapus
  4. Udah2 gak usah ribut ah, yang pasti TNI AL di mef III masuk destroyer class yang terpilih masih dalam proses dan seleksi

    BalasHapus
  5. selamat RMN atas peresmian LCS KD Maharaja Lela.

    https://www.youtube.com/watch?v=21IMBK0wWmo
    https://www.navyrecognition.com/index.php/news/defence-news/2017/august-2017-navy-naval-forces-defense-industry-technology-maritime-security-global-news/5505-royal-malaysian-navy-launched-its-first-lcs-gowind-frigate-kd-maharaja-lela.html

    smoga smua rakyat malaysia & militer fans senag toh🤗🤗🤗

    BalasHapus
  6. sampe 200 komentar...salamet buat mimin..tapi kok komentar yg pinter nga sampe 20% ya..

    BalasHapus
  7. Fregat tercanggih milik tldm. Dirgahayu malaysia.

    BalasHapus
  8. Tahniah TLDM.

    Walaubagaimanappun fregat ini terdapat 2 kekurangan:-

    a) Fleet air defence. Memerlukan medium/long range air defence system seperti ASTER-30 atau ESSM.

    Boestead Shipyard memaklumkan bahawa VLS systen boleh ditambah melebihi 16. Diharap boleh ditambah kepada 32 seperti Formidable class dan letak ASTER-30 kat situ.

    b) Point defence seperti RIM-116 atau FL-3000N.

    BalasHapus
    Balasan
    1. utk mnutupi kekurangan. buat saja lebih bnyak. Sekitar 30 figate. Maka akn trtupupi kkurangan itu hahaah
      :D

      Hapus
    2. utk mnutupi kekurangan. buat saja lebih bnyak. Sekitar 30 figate. Maka akn trtupupi kkurangan itu hahaah
      :D

      Hapus