KD TAR bergerak menuju ke boya tambatan yang disediakan khas oleh JLS bagi tujuan evolusi ini (all photos : TLDM)
Kru KD TAR sedang menarik tali untuk ertambat di boya
KOTA KINABALU – Kapal Diraja TUNKU ABDUL RAHMAN (KD TAR) telah melaksanakan penyelaman statik di perairan Laut China Selatan berdekatan Pulau Sepangar. Penyelaman statik ini merupakan evolusi kali kedua yang telah dijalankan oleh Markas Angkatan Kapal Selam (MAKS) selepas evolusi pertama berjaya dilaksanakan ke atas Kapal Diraja TUN RAZAK (KD TRZ) pada tahun 2013.
KD TAR bersedia untuk menjalankan evolusi penyelaman statik
Proses penyelaman statik sedang dilakukan
KD TAR semakin ‘tenggelam’
Evolusi berjaya apabila boya penanda ‘berdiri’ tegak seterusnya bacaan diambil
Evolusi ini turut disertai oleh tenaga pakar dari Direction des Contructions Navales Service (DCNS) dan Boustead DCNS Naval Corporation (BDNC). Selain itu, evolusi ini juga melibatkan aset-aset bantuan dari Markas Wilayah Laut 2 (MWL2) seperti bot tempur CB 90, tim penyelam dan perubatan serta agensi-agensi kerajaan lain seperti Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), Polis Marin, Jabatan Laut Sabah (JLS) dan Jabatan Pelabuhan & Dermaga Sabah (JPDS).
(TLDM)
Tidak ada komentar:
Posting Komentar