09 Februari 2016

Helmet Mounted Cuing System (HMCS) untuk Helikopter MD 530G Tentera Darat Malaysia

09 Februari 2016


Helm HCMS untuk helikopter MD530G (image : MMP)

Tentera Darat Malaysia telah membeli enam buah MD 530G Scout Attack Helikopter untuk kegunaan PUTD. Pesawat ini agak unik kerana buat pertama kali MD 530G ini akan merangkumkan pakej persenjataan yang custom termasuk Mission Management System yang lengkap yang tidak pernah terdapat pada model MD 500 yang sebelumnya. 

Pakej khas ini juga akan merangkumi satu Store Managment System dan helmet yang dilengkapi Alat Helmet Mounted Cuing System (HMCS) hampir sama seperti helmet pesawat pejuang. Sistem HMCS yang canggih ini akan digunakan untuk mengenal pasti sasaran dan melakukan penjejakan, dan membolehkan roket berpanduan laser dan missile Hellfire ditembak dengan ketepatan tinggi.

Dengan jarak penerbangan pesawat ini lebih jauh berbanding model-model lain, pesawat MD 530G PUTD akan ditempatkan di ESSCOM untuk memburu dan memusnahkan penceroboh dari selatan Filipina.

(MMP)

Tidak ada komentar:

Posting Komentar