29 Februari 2016

Tentera Darat Akan Terima 56 Buah Kereta Perisai AV-8 Tahun Ini

29 Februari 2016

 AV-8 Gempita (photos : savunmaveteknoloji, drbhicom)

KUALA LUMPUR (Bernama) -- Tentera Darat akan menerima 56 buah lagi unit kereta perisai 8x8 (AV-8) secara berperingkat tahun ini, kata Panglimanya Jeneral Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor.

Beliau berkata buat masa ini, pihaknya mempunyai 27 AV-8 yang ditempatkan di Tawau, Sabah.

"Aset yang akan diterima ini juga akan diletakkan di Sabah bagi memudahkan kawalan dibuat selain memperkukuhkan pertahanan di kawasan itu.



"Jumlah keseluruhan yang kita akan ada, adalah sebanyak 83 buah kereta AV-8 tahun ini," katanya.

Raja Mohamed Affandi berkata demikian kepada pemberita dalam sidang media Khas Sempena Hari Tentera Darat ke-83 di Kem Perdana Sungai Besi di sini, Jumaat.

Kereta perisai beroda lapan itu dibangunkan dengan teknologi Turki dan dikenali sebagai 'Pars'.



Malaysia membuat pelaburan RM8 bilion beberapa tahun lepas dengan Turki untuk membangunkan AV-8 dengan perolehan pertama berjumlah 257 kereta perisai pelbagai varian.

Beliau berkata pasukan itu juga dijangka akan menerima empat buah helikopter Black Hawk daripada Brunei tahun ini.

"Kami dari Tentera Darat ucapkan terima kasih kepada Brunei kerana sudi memberikan helikopter berkenaan," katanya.


Sebelum ini, Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dilaporkan berkata empat buah helikopter Blackhawk milik Brunei akan diserah kepada Malaysia bagi memantapkan pertahanan di perairan kedua-dua negara.

Dalam perkembangan sama, Raja Mohamed Affandi berkata beliau berkata pihaknya mahu memperbanyakkan lagi aset udara milik Tentera Darat dalam memantapkan lagi pertahanan negara.

"Selain itu, kita alu-alukan cadangan untuk membuat kawalan di kawasan sempadan menggunakan dron, ia satu idea yang bagus," katanya.

(Bernama)

25 komentar:

  1. Ground clearance sepertinya terlalu rendah. Sbtulnya kelebihan 8x8 dibanding 6x6 selain kapasitas?

    BalasHapus
    Balasan
    1. Selain kapasitas (angkut personel) kelebihan 8x8 adalah platform yang lebih besar untuk memuat meriam ukuran besar, untuk versi tank destroyer/hunter variant.

      Berbeda dengan 6x6 Badak yang meriamnya ukuran kecil. Tapi 6x6 lebih cocok untuk operasi di jalan kecil yang banyak ditemui di Indonesia, lebih lincah dan mudah transportasinya.

      Hapus
    2. Proteksi juga lebih baik, dg proteksi lebih baik maka keselamatan kru lbh terjamin.

      Hapus
    3. Senjata meriam caliber 90 mm meriam ukuran ketcil di dunia sudah buang usang kualitasnya di medan tempur yaris ga berguna . Sebaliknya di indonesia jadi primadona biasa negara kalau sudah di kuasai babu antec barat hasilnya anda tahu sendiri .

      Hapus
    4. Senjata meriam caliber 90 mm meriam ukuran ketcil di dunia sudah buang usang kualitasnya di medan tempur yaris ga berguna . Sebaliknya di indonesia jadi primadona biasa negara kalau sudah di kuasai babu antec barat hasilnya anda tahu sendiri .

      Hapus
  2. Berapa prosentase kandungan material lokal yang dibuat oleh malaysia?

    BalasHapus
  3. kayaknya cuma bru tahap ngerakit.

    BalasHapus
    Balasan
    1. Tidaklah bro ..menurut ggk mmp separuh hullnya dibina di turki manakala separuh dibina di kilang deftech malaysia ..mungkin utk mencepatkan proses pembinaan ... tiada lagi istilah pasang(rakitan) pada av8 gempita tapi kami sdh bisa membina sendiri.. badannya.. cuma persenjataanya saja masih rakitan

      Hapus
    2. Agak kurang tepat tu bro..

      Hapus
    3. Klu kurang tepat..tepatkan bro..agar kita tidak tersalah informasi...ehehe

      Hapus
    4. Klu kurang tepat..tepatkan bro..agar kita tidak tersalah informasi...ehehe

      Hapus
  4. Mantap...smoga kelak bisa bikin sendiri..

    BalasHapus
    Balasan
    1. Gempita inilah bikinan kami bro ..dengan bantuan turki kami bisa menaiktaraf pars kepada gempita utk memenuhi spec ATM ..kalu anda dpt lihat byk beza antara pars dengn gempita...blog MMP ada post pasal ini

      Hapus
  5. Nice, untuk kerjasama ini apakah Malaysia mendapatkan lisensi untuk membuat varian atau semacamnya?

    BalasHapus
    Balasan
    1. Gempita itulah varian malaysia bro.. jikalau turki versinya menjadi pars... and yea kami lisensi produk ini bermakna kami boleh memodified sesuka hati kami kerana blueprirtnya sdh kami beli dan kami boleh menjual kenegara lain kalu berminat ..itulah kelebihan usahasama kami ini bro... dan disebabkan inilah kosnya mahal kerana kami bukannya membeli sebiji terus dari turki

      Hapus
    2. Selamat utk kemajuannya.

      Hapus
  6. Ketahanan baja pada hullnya masuk level berapa ya?
    Selama ini apa ada pengembangan design dari pars?

    BalasHapus
    Balasan
    1. Mengikut wiki level 4...banyak bro antara saiznya lebih besar dan lebih berat dari pars

      https://en.m.wikipedia.org/wiki/DefTech_AV8

      Hapus
    2. Waow level 4, hebat malaysia.
      Semoga ATM berjaya dengan adanya gempita.
      Sekali lagi selamat....

      Hapus
    3. Tq bro..kalian juga..harap asean akan terus maju kehadapan

      Hapus
  7. Malaysia pinter cara billi senjata tegnologi panser dari turki belli secara utuh tot sekali pun mahal tapi hasilnya yata ...kita sarankan buat pemerintahan jokowi pindad harus di rombak managemant baru kerjasama rusia tot yata mbt tank 90 ms ahli tehnolgi mahal hasil memuaskan buat masa panjang , megigat kebutuan super tank mbt buat pasukan infantri perang moderent sudah tidak bisa di tawar 2 lagi jalan keluarnya t90 ms berat hanya 40 ton dan anti embargo layak cepat di belli indonesia .

    BalasHapus
    Balasan
    1. Kenapa tak beli T14 armata saja bro..

      Hapus
    2. Beli armata lg hangatla dlm parlimen bro...

      Hapus