10 November 2015

14 RAMD (Mekanise) Mulai Beroperasi Penuh

10 November 2015

14 RAMD (Mekanise) menggunakan kendaraan tempur ACV-300 Adnan (photo : MMP, Panggilan Pertiwi, womms)

Perbarisan Pengisytiharan Pengoperasian 14 RAMD (Mekanise)

Gemas  – Satu perbarisan bersejarah telah diadakan di Lapang Sasar, Kem Syed Sirajuddin, Gemas oleh pasukan 14 RAMD (Mekanise). Perbarisan Pengisytiharan Status Pengoperasian pasukan 14 RAMD (Mekanise) diadakan bagi mengisytiharkan bahawa pasukan 14 RAMD (Mekanise) kini beroperasi sepenuhnya dan sedia untuk apa jua penugasan dan operasi. Perbarisan didahului dengan demonstrasi keupayaan pasukan 14 RAMD (Mekanise) iaitu satu serangan offensive menghancurkan kedudukan pertahanan musuh dan menawan lokasi musuh.

Ia dilaksanakan dengan penggunaan kenderaan pembawa anggota Malaysian Infantry Fighting Vehicle (MIFV). Serangan yang dimulakan secara mengejut berjaya mengkucar-kacirkan pertahanan musuh dan seterusnya melumpuhkan pertahanan dan memaksa saki baki musuh melarikan diri. Demonstari disaksikan oleh Panglima Medan Barat Tentera Darat, Leftenan Jeneral Dato’ Sri Zulkiple bin Hj Kassim, Panglima 3 Divisyen, Mej Jen Datuk Wira Zamrose bin Mohd Zain, barisan pegawai kanan tentera serta pegawai dan anggota Tentera Darat.




14 RAMD (Mekanise) telah ditubuhkan secara rasminya pada 1 Jan 1970 di Kem Majidee, Johor Baharu. “TEGUH BERANI” merupakan cogan kata kemegahan pasukan ini. Perkataan ‘Teguh’ memberi pengertian keutuhan azam dan semangat dalam melaksanakan setiap amanah dan tanggungjawab meskipun nyawa menjadi taruhan. Manakala perkataan ‘Berani’ memberi pengertian keberanian dalam pengorbanan semasa melaksanakan tugas dan tanggungjawab demi mencapai misi batalion.



Zulkiple dalam ucapannya telah mengiystiharkan bahawa pasukan 14 RAMD (Mekanise) kini berada dalam status penuh untuk beroperasi. Perbarisan diketuai oleh Leftenan Kolonel Roshidi bin Md Saad, Pegawai Memerintah 14 RAMD (Mekanise) bersama 17 orang pegawai dan 308 orang anggota. Sepanjang penubuhannya, pasukan ini telah terlibat pelbagai siri gerakan di merata pelusuk negara sama ada di Semenanjung Malaysia mahupun di Sabah dan Sarawak dengan mengharungi berbagai cabaran onak dan duri. Berpandukan pahit getir inilah telah membibitkan anggota untuk mendokong dan memegang teguh kepada Cogan Kata Pasukan “TEGUH BERANI” demi pasukan tercinta. Perbarisan diakhiri dengan acara bergambar beramai-ramai.

(Panggilan Pertiwi)

Tidak ada komentar:

Posting Komentar