06 September 2013
Latihan Static Line Airborne Parachute (all photos : Brunei Mindef)
PENGKALAN TUDB - Anggota Unit Payung Terjun Pembekal Udara Taktikal dan Skuadron No.5 TUDB telah berjaya mewujudkan satu lagi keupayaan Static Line Airborne Parachute Type Mc1-1c di Negara Brunei Darussalam.
Bagi menjayakan usaha tersebut anggota-anggota dari Unit TUDB telah mengemaskinikan prosedur dalam pesawat yang mana ianya melibatkan (Jumpmaster/Jurubuang) 11513 PW1 (U) Bahrin, 11909 PW2 (U) Zohan dan DZSO, 13140 SSjn (U) Hj Sahaddin membuat persiapan awal bagi mengendalikan kursus di masa yang akan datang.
Sebelum membuat penerjunan, para penerjun telahpun mengikuti latihan intensif selama 2 minggu yang dikendalikan oleh 3 orang jurulatih yang didatangkan dari Malaysia iaitu Kapt (B) Zainol, PW2 (B) Karim, PW2 (B) Yatim. Latihan di adakan di Unit Payung Terjun Pembekal Udara Taktikal, TUDB Rimba.
Latihan penerjunan bermula pada 2 Sept 2013 hingga 6 Sept 2013, dengan menggunakan pesawat CN235 dari No.5 Skuadron yang dikendalikan oleh juruterbang 557 Mejar (U) Hairy, 673 Kapt (U) Hasnol, 792 Lt (U) Adieb dan anak buah pesawat yang merangkumi 10041 PW1 (U) Azmain, 10621 PW1 (U) Arinawat Hashim, 13731 SSjn (U) Hj Md Zufrizal, 14111 SSjn (U) Jamil dan 16043 Sjn (U) Erwan. Penerjunan dibuat dari ketinggian 1000 kaki dari paras bumi berserta membuat kawad-kawad penerbangan payung dan tatacara pendaratan yang betul dan selamat di kawasan Drop Zone Pengkalan Tentera Udara Di Raja Brunei, Rimba.
Penerjun ujicuba ini terdiri dari 10 orang anggota-anggota Unit Payung Terjun Pembekal Udara Taktikal iaitu 15100 Sjn (U) Suhyini, 13426 Sjn (U) Shahri, 15236 Sjn (U) Md Sabri, 16027 Sjn (U) Pg Md Aqim, 13481 Sjn (U) Pg Hj Redzaini, 18220 Lkpl (U) Asri, 17791 Lkpl (U) Pg Erry, 18231 Lkpl (U) Md Ali, 16025 Sjn (U) Pg Md Faizal, 13594 Sjn (U) Hj Ahmad Bukhari.
Tujuan ujicuba ini dilakukan adalah untuk memastikan keberkesanan payung tersebut dan melatih jurubuang sebelum unit ini dapat menjalankan kursus Airborne pada masa akan datang. Di samping itu juga uji cuba ini adalah bertujuan bagi mengemaskinikan PROTAP Airborne.
(Brunei Mindef)
Langganan:
Posting Komentar (Atom)
Tidak ada komentar:
Posting Komentar