23 Agustus 2014
Helikopter latih Alouette II TUDM (photo : 18mrt)
ALOR SETAR - Setelah lebih 50 tahun menabur bakti termasuk melahirkan ramai juruterbang berkaliber, Panglima Tentera Udara, Jeneral Tan Sri Rodzali Daud merasakan sudah tiba masanya untuk helikopter Alouette III yang masih digunakan sebagai pesawat latihan di Pusat Latihan Terbang 2 (Pulatibang 2) di sini digantikan.
Menurutnya, meskipun pesawat itu sehingga kini masih memberi perkhidmatan baik, namun atas beberapa faktor termasuk usianya sudah melepasi jangka hayat perkhidmatan, maka proses itu perlu dilakukan.
Kami sedang dalam proses untuk memohon agar helikopter itu digantikan. Dalam keadaan sekarang, kami amat berharap agar proses itu dapat dipercepatkan.
Setakat ini Alouette III memang memberikan kami khidmat yang baik tetapi disebabkan usianya sudah melepasi jangka hayat perkhidmatan, menyebabkan timbul sedikit sebanyak masalah buat kami," katanya tanpa memaklumkan berapa jumlah pesawat itu yang masih digunakan di pusat latihan tersebut.
Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar ketika menghadiri Majlis Sambutan Jubli Emas Pusat Latihan Terbang 1 (Pulatibang 1) di Kepala Batas, di sini hari ini.
Yang turut hadir, Timbalannya, Leftenan Jeneral Datuk Roslan Saad serta dua bekas pegawai memerintah terawal Pulatibang 1 iaitu Squadron Leader JF Woodard dan Marsyal Muda Udara (B) Tan Sri Sulaiman Sujak.
(Utusan)
Langganan:
Posting Komentar (Atom)
Ok....Jual pada saya.. kerajaan beli baru.
BalasHapus