03 November 2012

Majlis Penerimaan ALTRIZ Naval Fleetwork Trainer oleh KD Pelandok

03 November 2012

Tampilan Training panorama dari sebuah kapal (all images : Altriz Technology)

Lumut – Bertempat di Auditorium KD PELANDOK(KDP), telah berlangsungnya Majlis Penerimaan Altriz Naval Fleetwork Trainer oleh KD PELANDOK yang mewakili Tentera Laut Diraja Malaysia(TLDM) daripada ME-Tech Solution Sdn Bhd.

Overview of Trainer Fleetwork

Altriz Naval Fleetwork Trainer telah dibangunkan oleh syarikat tempatan berasaskan kepada pengalaman dan kepakaran mereka dalam pembangunan aplikasi tersebut dengan kerjasama daripada Universiti Pertahanan Nasional Malaysia(UPNM).

Screen Shot Modul Instruktur

 Simbolik bagi penerimaan ini adalah acara menandatangani penerimaan yang telah dilakukan antara Ketua Fakulti Pelaut, Kdr Ajit Singh a/l Serjit Singh TLDM dengan Pengarah Urusan ME-Tech Solution Sdn Bhd, Encik Mohd Nazri bin Hussain.


Screen Shot Screen Operasional Trainee

Majlis penerimaan ini telah disaksikan oleh Pegawai Memerintah KDP, Kepten Shanmuganathan a/l Kanagasabai TLDM dan Pengurus Pembangunan Perniagaan ME-Tech Solution Sdn Bhd, Encik Ahmad Shafie Adam.

Screen Shot dari Layar 3D Trainee

Altriz Naval Fleetwork Trainer yang telah dibangunkan ini menawarkan pembelajaran yang memaparkan model-model kapal dalam bentuk 2D dan 3D, menggunakan Carta Navigasi Elektronik, Sistem Rangkaian Setempat dan pelbagai evolusi di laut yang dipraktikkan oleh TLDM. Kerja-kerja pengubahsuaian dan pemasangan sistem telah dimulakan pada 9 April 2012 dan siap sepenuhnya pada 10 Ogos 2012.  Kemudahan ini amat bersesuaian kepada TLDM terutamanya pegawai muda dan anggota dari kepakaran Komunikas(KOM) dan Juruplot Taktikal Peperangan(JTP).

Screen Shot dari Layar 3D Trainee

Kursus pengendalian Fleetwork Trainer juga telah diadakan selama 3 hari pada 12 hingga 14 Sep 12 yang lalu.  Seramai 20 peserta dari unit-unit Pangkalan TLDM Lumut yang terdiri daripada pegawai dan anggota Lain-lain Pangkat telah terpilih untuk menghadiri kursus tersebut.

FWT Kapal manuvering Formulir (Cobweb)

Pegawai Memerintah KDP turut menyampaikan ucapan di dalam majlis ini dan beliau menegaskan agar kemudahan ini digunakan secara maksimum dan ianya terbuka untuk digunakan oleh semua warga The Navy People.

(TLDM)

Tidak ada komentar:

Posting Komentar