EC-725 Tentera Udara Diraja Malaysia (photo : Eurocopter)
Eurocopter
EC725 terbaik ganti Nuri
Sultan
Pahang, Sultan Ahmad Shah (kanan) berkenan mendengar penerangan daripada
Pegawai Memerintah No. 10 Skuadron Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Lt.
Kolonel Mohd. Kahar Mohd. Kassim ketika melihat pesawat Eurocopter EC725 yang
baru dimiliki oleh pasukan itu.
TENTERA
Udara Diraja Malaysia (TUDM) kini giat melakukan transformasi dalam usaha
memenuhi misi pasukan keselamatan itu untuk menjadi 'kuasa yang dominan'.
Dalam kata
lain, TUDM perlu menguasai angkasa bagi membolehkannya melaksanakan operasi dan
misinya dengan efektif.
Oleh sebab
itu, pihak pengurusan TUDM sentiasa membuat perancangan rapi untuk memastikan
mereka berada di landasan tepat bagi memacu pasukan tersebut menjadi sebuah
angkatan yang kredibel.
Perolehan
pesawat moden dan berteknologi tinggi seperti Eurocopter EC725 adalah
sebahagian daripada perancangan yang telah diatur bagi memastikan TUDM berupaya
melaksanakan peranannya dengan berkesan.
EC725 juga
dilihat sebagai helikopter terbaik diperoleh TUDM bagi menggantikan sepenuhnya
perkhidmatan 28 unit Sikorsky S61A-4 Nuri yang digunakan sejak 1968 lagi.
Panglima
Tentera Udara, Jeneral Tan Sri Rodzali Daud berkata, EC725 merupakan helikopter
yang berupaya melaksana dua peranan utama iaitu untuk fungsi taktikal dan juga
utiliti.
Beliau
berkata, untuk fungsi taktikal, helikopter itu berkeupayaan melaksanakan misi
mencari dan menyelamat serta melaksanakan operasi-operasi khas.
"Bagi
fungsi utiliti, helikopter ini mampu meningkatkan keupayaan daya mobiliti udara
melalui penugasan pengangkutan tentera serta melakukan misi-misi waktu siang
dan malam dalam semua keadaan cuaca dengan lebih pantas dan selamat.
"TUDM
akan memastikan perolehan aset baharu ini dioperasikan sebaik mungkin ke tahap
optimum bersesuaian dengan perbelanjaan besar yang telah diperuntukkan oleh
kerajaan," katanya.
Beliau
berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pengenalan Dua Pesawat Eurocopter
EC725 kepada Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah selaku Kolonel Yang Dipertua TUDM
di Pangkalan Udara Kuantan, di sini, baru-baru ini.
Rodzali
berkata, pihaknya berterima kasih di atas komitmen kerajaan meluluskan
perolehan pesawat berteknologi tinggi ini, yang akan meningkatkan keupayaan dan
keberkesanan operasi TUDM secara menyeluruh.
Perolehan
pesawat
Beliau
berkata, perolehan kesemua 12 buah pesawat EC725 akan selesai menjelang 2014.
"Pada
awal bulan ini, kita telah terima dua buah helikopter ini. Insya-Allah pada
tahun 2013 kita akan terima sembilan lagi dan yang terakhir akan diterima pada
awal tahun 2014.
"Saya
yakin menjelang tahun 2015, kesemua helikopter berserta anak-anak kapal akan
beroperasi sepenuhnya iaitu bagi melaksanakan setiap tugas yang
diberikan," katanya.
Mengenai
aspek penempatan, beliau berkata, lapan Eurocopter akan ditempatkan di
Pangkalan Udara Kuantan di sini manakala empat lagi di Pangkalan Udara Labuan,
Sabah.
Katanya,
kriteria utama pemilihan kedua-dua pangkalan udara itu adalah berdasarkan pada
kepentingan strategik, kawasan operasi serta infrastruktur yang sedia ada.
(Utusan)
Kita kalah lagi dari Malingesia, mereka sudah maju dan bagus dari aspek sistim pengadaan material Alutsistanya, nggak banyak publikasi tahu2 punya dan siap dioperasikan. Belum ada berita "miring" mengenai persoalan sistim pengadaan. Kita.....??? tauk, ach pusing... ciussss
BalasHapusTNI hrs siapkan sniper 100 personil masing2 setiap matra di perbatasan kalimantan, kaliamantan jadikan ajang latihan TNI dan sekaligus mengamankan kalimantan dr pencuri tanah wilayah NKRI serta kayu NKRI. Jayalah NKRI Raya
BalasHapusButuh penghasilan lebih? yuk bergabung bersama kami di Anapoker
BalasHapusminimal deposit hanya 10rb dan proses yang kurang dari 3 menit!
tunggu apa lagi segera bergabung bersama kami dan nikmati promo menariknya !!
Contact Kami :
BBM : D8B84EE1 / AGENS128
Line id : agens1288
WhatsApp : 085222555128