29 Januari 2016

Basic Operational Sea Training KD Pendekar dan KD Perkasa

29 Januari 2016


Latihan Taktikal Manuvra bersama KD PERKASA (all photos : TLDM)

Bagi merealisasi objektif Basic Operational Sea Training (BOST), satu siri latihan GUNEX antara KD PENDEKAR dan KD PERKASA telah dilaksanakan pada 23 Jan 16 di Pulau Aur. Cuaca sepanjang latihan dalam keadaan baik tetapi agak bergelora dengan kod laut 3. 


Latihan Penembakan Senjata Kecil (GPMG) bagi memahirkan anak-anak kapal dalam mengendalikan senjata tersebut

Antara latihan yang dilaksanakan adalah penembakan Meriam 57mm, 40/70mm, penembakan senjata kecil serta manuvra taktis. Objektif latihan diadakan adalah bagi meningkatkan kecekapan dan memberi pendedahan kepada anak-anak kapal dalam menghadapi situasi ketika perang.


Latihan Penembakan meriam 57mm

Secara keseluruhannya, semua siri latihan yang dirancang dapat dilaksanakan dengan jayanya dan mencapai objektif yang diperlukan. Diharap latihan seperti ini dapat diteruskan dari semasa ke semasa diantara kapal-kapal di dalam Skuadron Kapal Pembinasa Laju 1 (SKPL `1).


Latihan Penembakan Meriam 40/70mm

Sebagai penutup kapal telah melaksanakan latihan orang jatuh laut sebelum meneruskan pelayaran ke Kawasan Operasi Kekal Warisan. Ternyata terbukti walaupun dalam keadaan laut yang bergelora pihak kapal masih dapat melaksanakan latihan dengan baik demi meningkatkan kemahiran dan seterusnya menjamin kedaulatan Negara terpelihara.

(TLDM)

7 komentar:

  1. bahasa melayu kalau di degar langsung banyak cantik lah hehe...

    BalasHapus
  2. Kapan latihan bilateral dengan TNI AL yaa??



    .

    BalasHapus
  3. Tabung exocet mm38 nya masih ada..

    BalasHapus
  4. Kapal perang indonesia dinamakan pahlawan nasional...kapal malaysia kok enggak ?? Gak punya pahlawan ya ??

    BalasHapus
  5. Kapal-kapal TLDM diawali dengan sebutan "KD" iaitu singkatan bagi perkataan KAPAL DIRAJA.
    Penggunaan nama pahlawan sudah digunapakai untuk beberapa jenis kenderaan/kapal/pesawat ATM seperti kapal korvet KD Laksamana Tun Pusmah, kapal selam KD Tuanku Abdul Rahman ataupun kenderaan tempur IFV Adnan yg diambil dari nama Allahyarham Leftenan Adnan Saidi, salah seorang pejuang sewaktu penentangan terhadap tentera Jepun yang berkhidmat dengan RAMD (Rejimen Askar Melayu Diraja) terawal.
    Semoga dapat memberi penjelasan.

    BalasHapus
  6. Thanks buat infonya kubukansesiapa. Btw, saya kagum dengan semangat TDM, walaupun defence budgetnya dipotong Malaysia masih tetap bersemangat untuk menjaga keahlian pasukkannya dengan melakukan latihan berkala. Keep the spirit guys

    BalasHapus