29 Desember 2015

Pesawat A400M Kedua TUDM Tiba di Pangkalan Subang

29 Desember 2015


M54-02, second A400M for RMAF (photo : Manuel Perez)

Pesawat A400M negara memasuki inventori TUDM hari ini

SUBANG – Tentera Udara Diraja Malaysia menerima pesawat A400M kedua daripada empat yang ditempah keseluruhan.

Ini merupakan pesawat kedua daripada empat pesawat yang dibeli pada Disember 2005. Yang pertama telah diterima pada 9 Mac lalu.

Pesawat A400M merupakan pesawat moden dari segi teknologi berbanding pesawat C130 yang berada dalam inventori TUDM.

Pesawat A400M mempunyai jangkauan operasi yang lebih jauh serta berkeupayaan untuk mengangkut kapasiti kargo yang lebih besar berbanding pesawat yang dimiliki TUDM ketika ini.

Selain untuk tujuan pertahanan, pesawat itu juga berupaya melaksanakan misi yang merangkumi penugasan berkaitan ‘Medical Evacuation’ (Medevac), ‘Air-to Air Refuelling’ (AAR), ‘Aerial Delivery (Paratroop & Logistic)’ serta operasi Humanitarian Aid and Disaster Relief (HADR).

Baki dua buah pesawat lagi, dijangka tiba menjelang pertengahan tahun depan secara berperingkat.

Ketibaan pesawat ini di Pangkalan Udara Subang telah disambut secara simbolik dengan diiringi dua buah pesawat tempur MiG29N.  Pancuran air dari kenderaan pemadam api pesawat menandakan ketibaan secara rasmi pesawat di hadapan Bangunan Pergerakan Udara Pangkalan Udara Subang dengan disambut oleh Panglima Tentera Udara serta pegawai-pegawai kanan TUDM yang lain. 

(Airtimes)

5 komentar:

  1. pesawat A400M 4 buah tak cukup..Malaysia perlu menambah 2 buah lagi A400M. .iaitu 2 disemenanjung. 2 disabah dan 2 diserawak.

    BalasHapus
  2. Boleh...guna duit derma RM2.6 billion yang 'didermakan' oleh Tok Syeikh Arab kepada Najeeb

    BalasHapus
  3. Saiful nazim

    Sepatutnya.. nilai awal derma tersebut adalah sekitar 600 juta usd. X kisahla apa pun niat "ikhlas" derma tersebut tp ianya mencukupi utk membeli sekitar 12 unit ah64e minus the accries la bro.

    BalasHapus
  4. Malaysia hebat sdh beli pesawat berbadan lebar, selamat utk pengadaan dan juga siap2 pecahnya LCS Malaysia pulaunya kan diklaim oleh China. Kalau sampai terjadi koflik LCS wilayah Sabah/Serawak bisa2 diambil para pejuang Moro/PLA. Kalau terjadi konflik tetapi mudah2 tdk terjadi shg Malaysia aman2 aja..........

    BalasHapus
  5. Butuh penghasilan lebih? yuk bergabung bersama kami di Anapoker dan Agens128
    minimal deposit hanya 10rb dan proses yang kurang dari 3 menit!
    Kalian bisa juga melakukan transaksi deposit via pulsa loh
    tunggu apa lagi segera bergabung bersama kami dan nikmati promo menariknya !!

    Contact Kami :
    BBM : D8B84EE1 / AGENS128
    WhatsApp : 0852-2255-5128
    Line id : agens1288
    Telegram : AgenS128 / https://t.me/AgenS128
    Poker Deposit Pulsa
    Poker Pulsa
    Sabung Ayam Online
    link sbobet

    BalasHapus