18 Maret 2011

KUALA LUMPUR – Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dijangka mendapat sebuah lagi kapal pengiring bagi melindungi keselamatan kapal-kapal dagang berkepentingan negara di perairan Teluk Aden pada September depan, kata Panglima Tentera Laut, Laksamana Tan Sri Abdul Aziz Jaafar.
Beliau berkata, pada dasarnya syarikat perkapalan, MISC Berhad telah meluluskan penugasan sebuah lagi kapal dagang untuk ditransformasikan sebagai kapal tambahan TLDM yang kedua.
"TLDM dan MISC masih berbincang termasuk menentukan konsep, bentuk dan ciri-ciri kapal kedua itu,” katanya di pejabatnya di sini hari ini.


"Kapal tambahan pertama iaitu Bunga Mas 5 mengambil masa tiga bulan untuk perbincangan awal dan tiga bulan lagi untuk diubah suai menjadi kapal bantuan TLDM.
"Justeru dengan pengalaman itu, anggaran paling lama untuk kita melihat cadangan itu direalisasikan ialah enam bulan dan saya percaya MISC Berhad telah pun membuat penilaian untuk penugasan kapal kedua tersebut,” katanya.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar