Tampilkan postingan dengan label MALAYSIA. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label MALAYSIA. Tampilkan semua postingan

13 September 2025

RMAF A400M Flight Crews Underwent Flight Simulator Training in Germany

13 September 2025

RMAF pilots underwent A400M flight simulator training at the Luftwaffe Air Transport Wing 62 (photos: German Embassy KL)

The German Air Force (Luftwaffe) started simulator training for Royal Malaysian Air Force A400M pilots. Wunstorf Air Base, home of the German Air Force Air Transport Wing 62, offers state-of-the-art simulators, allowing up to 95% of the training to take place virtually, saving costs, emissions, and real flight hours.


Since 2017, Air Transport Wing 62 has been certified as an Approved Training Organisation (ATO), providing training that meets both military and civilian standards. Pilots from France, the UK, and the US have already been trained there.
 

Malaysia is the first non-NATO partner to benefit from this expertise. With Malaysia’s participation, this program expands international cooperation into the Indo-Pacific, reinforcing the Bundeswehr’s defence diplomacy and partnerships in the region.

09 September 2025

Malaysia Pertimbang Alternatif Berikutan Ketidaktentuan Terima Pesawat F/A-18 Legacy Hornet Kuwait

09 September 2025

Pesawat tempur F/A-18C/D Legacy Hornet Kuwait (photo: MilitaerAktuell)

JOHOR BAHRU: Malaysia akan mempertimbangkan pilihan lain bagi memenuhi keperluan pertahanan udara negara susulan kelewatan penghantaran pesawat pejuang F/A-18 Legacy Hornet dari Kuwait, kata Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Beliau berkata perkara itu timbul susulan ketidaktentuan mengenai penerimaan pesawat baharu oleh Kuwait daripada Amerika Syarikat, sekali gus menyebabkan penyerahan pesawat kepada Malaysia masih tertangguh.

"Saya difahamkan bahawa penghantaran jet-jet baharu Kuwait daripada Amerika telah ditangguhkan lagi. Justeru, kita tidak boleh menunggu tanpa kepastian kerana Kuwait hanya boleh menyerahkan F/A-18 itu selepas mereka menerima pesawat baharu.

"Kalau mereka tidak dapat, maka mereka tidak boleh serah kepada kita. Jadi di sinilah timbul masalah berapa lama kita boleh tunggu untuk memenuhi keperluan kita," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Program Penyampaian Sumbangan Zakat Wakalah BHPetrol di Dewan Muafakat Taman Air Biru, di sini hari ini.

Beliau berkata justeru, pihaknya kini sedang meneliti pilihan lain agar Malaysia tidak berada dalam kedudukan yang merugikan, termasuk menilai pesawat yang tersedia di pasaran.

"Kalau kita tunggu sahaja, kita tidak akan buat apa-apa untuk pertimbangkan benda lain. Jadi di sinilah kita fikirkan kita perlu ada pilihan lain supaya kita tidak berada dalam keadaan yang tidak berpihak kepada kita," katanya.

Pada 26 Ogos, Panglima Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Jeneral Datuk Seri Muhammad Norazlan Aris dilaporkan berkata pihaknya sedang meneliti setiap aspek, sebelum membuat keputusan muktamad rancangan pembelian jet pejuang F/A-18 Hornet terpakai dari Kuwait.

Beliau turut menolak dakwaan bahawa perjanjian itu telah dibatalkan, sambil menegaskan bahawa semua pertimbangan masih dalam proses penilaian ketika ini.

Sementara itu, Mohamed Khaled yang juga Ahli Parlimen Kota Tinggi berkata, pembelian 18 jet pejuang FA-50 daripada Korea Aerospace Industries (KAI) yang bakal diterima pada 2027 dijangka akan menampung keperluan pengoperasian TUDM.

"Selain itu, kita juga akan melihat kemampuan jet pejuang Sukhoi MKM yang dimiliki ketika ini, sama ada ia mencukupi untuk keperluan pertahanan negara.

"Kajian terperinci perlu dibuat kerana bermula 2027, semua pesawat tempur ringan, Hawk 108 dan Hawk 208, akan ditamatkan perkhidmatan secara berfasa," katanya.

(Bernama)

08 September 2025

Kapal Ex USCG Cutter Steadfast Resmi Diserahterimakan kepada Malaysia

08 September 2025

Kapal Ex USCGC Steadfast ini akan menempuh perjalanan ke Malaysia melewati Samudera Atlantik, Mediterrania, Laut Merah, Terusan Suez dan Samudera Hindia (photo: APMM)

Kapal Ex USCG Cutter Steadfast Rasmi Milik Maritim Malaysia, Laskar Sejarah Baru Keselamatan Maritim Negara

BALTIMORE – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) melakar sejarah baharu apabila menerima secara rasmi kapal Ex-United States Coast Guard (USCG) Cutter Steadfast dalam satu majlis penuh istiadat di Waterfront Operation Training Center (WOTC), Amerika Syarikat hari ini.

Majlis berkenaan menyaksikan detik bersejarah apabila Deputy Chief Acquisition Officer and Director of Domain & Integration Services USCG, Mr James Knight, menandatangani Certificate of Transfer dan menyerahkan Kapal Ex-USCG Cutter Steadfast kepada Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana Maritim Datuk Haji Mohd Rosli bin Abdullah, sambil disaksikan Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri (KDN), Datuk Awang Alik bin Jeman.

USCGC Steadfast (WMEC-623) termasuk dalam kelas kapal 210' Reliance Class Medium Endurance Cutter (WMEC) (photo: Reddit)

Turut hadir sama ialah Duta Besar Malaysia ke Amerika Syarikat, Tan Sri Muhammad Shahrul Ikram bin Yaakob, Pengarah Bahagian Risikan Maritim, Laksamana Pertama Maritim Datuk Md Fauzi bin Othman dan Pengarah Bahagian Siasatan Jenayah Maritim, Laksamana Pertama Maritim Shahref Steve Mac Queen bin Abdullah.

Dalam ucapannya, Mr James Knight berkata, kapal yang diserahkan merupakan kapal yang ditauliahkan pada 1968 dan telah berkhidmat dengan cemerlang selama 56 tahun.  Menurutnya lagi, kehadiran kapal ini dalam armada Maritim Malaysia diharap mampu memperkukuh keselamatan maritim negara.

Sementara itu, Datuk Haji Mohd Rosli menzahirkan ucapan tahniah kepada semua kru yang berjaya menamatkan latihan dengan penuh komited dan dedikasi. Beliau menyifatkan penerimaan Ex-USCG Cutter Steadfast sebagai simbolik kepada hubungan kerjasama erat Malaysia dan Amerika Syarikat, khususnya antara Maritim Malaysia dan USCG.
 
USCGC Steadfast (WMEC-623) (photo: Frans Eykel)

Beliau turut memaklumkan, kapal ini bakal memulakan pelayaran pertamanya dengan kru baharu yang bakal mencatat sejarah tersendiri sebagai pelayaran paling jauh dan paling lama dalam sejarah Maritim Malaysia iaitu dengan merentasi Lautan Atlantik, Mediterranean, Laut Merah, Terusan Suez dan Lautan Hindi.

Datuk Haji Mohd Rosli menambah, aset baharu ini diharap akan meningkatkan keupayaan Maritim Malaysia dalam memastikan keselamatan zon maritim negara, selain memperluas ruang kerjasama antara Malaysia dan Amerika Syarikat dalam aspek latihan, pertukaran teknikal serta pembangunan kapasiti.

Terdahulu seramai 50 kru terdiri daripada sembilan pegawai dan 41 anggota Maritim Malaysia menerima Sijil Tamat Latihan selepas berjaya menamatkan program intensif tujuh minggu bagi pengoperasian 210’ Reliance Class Medium Endurance Cutter (MEC).

06 September 2025

Uji Coba Kendaraan Tempur K200 Varian Upgade

06 September 2025

Kendaraan tempur K-200 Tentera Darat varian upgrade oleh Cendana Auto Sdn Bhd (photos: Ediiew DC)

Proposal peningkatan MIFV K-200 Cendana Auto Sdn Bhd kepada Tentera Darat Malaysia terlihat di Latihan Kuasa Tembak (LKT) 2025 kemarin. Berdasarkan informasi diterima, Cendana Auto membagikan beberapa detail dan foto proposal dengan kode nama MIFV-CH25 tersebut. Bermitra dengan Hanwha Aerospace Korea Selatan, bukti riil konsep kendaraan ini akan mengalami beberapa peningkatan modernisasi.

Perombakan menyeluruh ini mencakup mesin, transmisi, pendingin kabin dan jok, sistem elektronik, pintu ramp bantuan hidrolik, sensor optik kesadaran situasi, sistem deteksi akustik, dan RCWS.

Peningkatan ini dikatakan serupa dengan KIFV milik Angkatan Darat Korea Selatan. Foto-foto yang disediakan berasal dari berbagai uji coba yang dilakukan oleh Angkatan Darat dan uji tembak langsung di LKT.

- Mesin baru yang diusulkan dan lebih bertenaga adalah mesin MAN-Doosan D2848T V-8, yang menghasilkan tenaga 350hp dan transmisi otomatis Allison X200-5K.

- Sistem pendingin kabin dan jok baru untuk kenyamanan dan keselamatan awak. - Sistem elektronik yang disempurnakan dengan panel instrumen dan tampilan terintegrasi untuk penanganan yang lebih baik.

- Pintu ramp belakang berbantuan hidrolik baru untuk pengoperasian yang efisien.

- Perlindungan kewaspadaan situasional yang ditambahkan dan ditingkatkan kini hadir dengan lampu kendaraan LED baru, kamera LED termal dan inframerah depan dan belakang, sistem deteksi tembakan akustik Pilar V, dan enam peluncur granat asap.

- Sistem persenjataan yang diusulkan adalah Hanwha RCWS untuk meriam 12,7 mm. Beberapa fitur termasuk image stabiliser, tracking lock dan pengisian ulang otomatis jarak jauh. Sensor optik sistem juga berfungsi sebagai sistem pengawasan.

Tidak yakin apakah akan ada uji evaluasi lebih lanjut yang dilakukan oleh Angkatan Darat, dan seperti apa hasilnya nanti. Dengan aset yang semakin tua, dan dana yang terbatas untuk perangkat keras baru, peningkatan IFV dapat dianggap sebagai cara yang efektif untuk memelihara platform bergerak lapis baja yang dibutuhkan. Akankah program ini menerima dana untuk RMK13 ini? Hanya PMX Anwar Ibrahim yang punya jawabannya.

(Cendana Auto-Ediiew DC)

04 September 2025

Sukhoi Su-30MKM Masih Boleh Beroperasi Dengan Baik Hingga 2035 – Panglima Tentera Udara

04 Agustus 2025

Terbang formasi 6 pesawat tempur Su-30MKM (photos: TUDM)

KUALA LUMPUR: Panglima Tentera Udara (PTU), Jeneral Datuk Seri Muhamad Norazlan Aris yang menerbangkan pesawat Sukhoi Su-30MKM pada persembahan udara sempena sambutan Hari Kebangsaan ke-68 di Dataran Putrajaya, kelmarin, mengesahkan semua pesawat tempur itu masih boleh beroperasi dengan baik sehingga 2035.

Beliau berkata, pesawat itu yang sudah berusia 18 tahun masih lagi relevan dan berkeadaan baik serta boleh diguna pakai sekurang-kurangnya untuk tempoh 10 tahun jika komponen disenggara dan mematuhi jadual penyelenggaraannya.


Katanya, keadaan pesawat Sukhoi Su-30MKM yang dikendalikannya kelmarin masih sama seperti kali pertama beliau memandu pesawat tempur itu selepas menjalani latihan di Zukovsky, Moscow pada 2007.

“Saya antara empat juruterbang kumpulan pertama yang membawa pesawat tempur Sukhoi Su-30MKM pada 2007 dan kemampuan pesawat itu masih sama hingga kini.


“Bagi pesawat pejuang, tempoh minimum boleh beroperasi adalah 20 tahun tetapi ia boleh dilanjutkan sehingga 30 tahun atau lebih, jika penyelenggaraan dilakukan dengan baik dan dinaik taraf.

(ATM)

03 September 2025

Bot Kelas Ibrahim Curi Tumpuan Sambutan Hari Kebangsaan Ke-68

03 Agustus 2025

Bot kelas Ibrahim (photo: MMEA)

PUTRAJAYA – Sambutan Hari Kebangsaan ke-68 hari ini mencatat sejarah tersendiri apabila Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) buat julung kali mempamerkan Bot Kelas Ibrahim yang menjadi simbol sokongan Yang di-Pertuan Agong terhadap keselamatan maritim negara.

Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana Maritim Datuk Haji Mohd Rosli bin Abdullah memaklumkan, bot yang dikurniakan Seri Paduka Baginda Sultan Ibrahim dibina khas oleh Royal Boat Hangar Johor dan telah diserahkan kepada Maritim Malaysia pada 6 Mac lalu.

Tegas beliau, penyerahan itu melambangkan iltizam Seri Paduka Baginda dalam memperkukuh kawalan perairan negara sekaligus meletakkan kepercayaan penuh kepada Agensi ini dalam menjaga keselamatan perairan negara.

Kelajuan maksimum 56 knot
“Bot sepanjang 12.6 meter dengan lebar 3.5 meter ini diperbuat daripada aluminium marin berkualiti tinggi serta dipacu tiga enjin Mercury OBM  (Outboard Motor) berkuasa 300 kuasa kuda setiap satu.” 

“Ia mampu mencapai kelajuan maksimum 56 knot, dan kelajuan pelayaran  optimum ialah 40 knot menjadikannya antara bot pemintas berkelajuan tinggi yang dimiliki Maritim Malaysia,” katanya lagi.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas hadir pada Majlis Sambutan Hari Kebangsaan Ke-68 di Dataran Putrajaya, pagi tadi.

Bot kelas Ibrahim (photo: Utusan Sarawak)

Sambutan Hari Kebangsaan diserikan dengan keberangkatan Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong, serta dihadiri YAB Perdana Menteri Datuk Seri Anwar bin Ibrahim dan dua Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid bin Hamidi dan Datuk Seri Fadillah bin Yusof.

Mengulas lanjut mengenai bot berkenaan, Datuk Haji Mohd Rosli menjelaskan, bot tersebut dipinjamkan tanpa kos selama lima tahun dan bot berkenaan telah diserahkan kepada Maritim Negeri Johor untuk memperkukuh rondaan dan operasi penguatkuasaan di perairan strategik negeri tersebut.

Selain Bot Kelas Ibrahim, Maritim Malaysia turut menampilkan pasukan elit Rescue Swimmer (Perenang Penyelamat) yang berperanan melaksanakan misi menyelamat di laut dalam keadaan ekstrem. Setakat ini, pasukan itu mempunyai kekuatan 11 anggota operasi dan 12 lagi dalam latihan.

Dalam pada itu, Datuk Haji Mohd Rosli memaklumkan jenayah maritim termasuk penyeludupan manusia, pencerobohan nelayan asing dan penyeludupan dadah menunjukkan trend penurunan.

“Perairan negara kita berada pada tahap aman dan terkawal. Walaupun ada insiden berlaku, jumlahnya semakin berkurangan hasil kerjasama erat Maritim Malaysia dengan Pasukan Polis Marin serta Tentera Laut Diraja Malaysia,” ujar beliau lagi.

Terdahulu, kontinjen Maritim Malaysia dengan 327 pegawai dan anggota dari Maritim Negeri, Pasukan Tindakan Khas dan Penyelamat (STAR Team), Penerbang Maritim Malaysia, Akademi Maritim Sultan Ahmad Shah (AMSAS) lengkap dengan enam jenis pakaian rasmi telah bersama-sama mengikuti perbarisan pada sambutan tersebut.

Selain itu, turut serta Pasukan Pancaragam Maritim Malaysia terdiri dari 40 anggota di samping beberapa buah aset lain turut diperagakan seperti Bot PERKASA 36, Bot BENTENG 2, Air Boat 03, Mobile Surveillance Unit (MSU) serta Helikopter Dauphin AS365 N3. 

01 September 2025

Pakar: Rafale Pilihan Paling Rasional untuk Armada Tempur Masa Depan Malaysia

01 September 2025

Pesawat tempur Rafale (photo: Etat major des Armees)

KUALA LUMPUR: Malaysia akan lebih diuntungkan dengan mengakuisisi jet tempur generasi 4,5 seperti Dassault Rafale, Eurofighter Typhoon Tranche 3, atau F/A-18E/F Super Hornet sebagai pengganti armadanya yang menua pada tahun 2040, menurut seorang pakar pertahanan.

Analis keamanan penerbangan dan mantan peneliti di Centre for Maritime Research and Excellence Universiti Pertahanan Nasional Malaysia's (UPNM) , Letnan Komandan (Purn.) Farizha Ibrahim, mengatakan pesawat 4,5G menawarkan teknologi mendekati generasi kelima dengan biaya yang lebih praktis sekaligus memastikan kompatibilitas dengan sistem pertahanan Malaysia yang ada dan meminimalkan risiko geopolitik.

Rafale
Di antara pilihan yang ada, ia menggambarkan Dassault Rafale sebagai pilihan paling rasional, dibandingkan dengan Typhoon atau Super Hornet, karena kemampuan "omnirole"-nya — sebuah pesawat tunggal yang dirancang untuk menjalankan berbagai misi, termasuk superioritas udara, serangan darat, serangan maritim, pengintaian udara, dan peperangan elektronik.

"Kemampuan omnirole ini sangat penting bagi Malaysia mengingat kendala keuangan saat ini dan kebutuhan akan fleksibilitas," ujarnya.

Farizha mengatakan bahwa meskipun Eurofighter Typhoon memiliki dominasi udara-ke-udara yang kuat, kemampuan serangan darat dan maritimnya baru ditambahkan kemudian melalui program peningkatan, karena awalnya dikembangkan selama Perang Dingin untuk superioritas udara.

Super Hornet
Super Hornet, katanya, menawarkan beberapa keunggulan karena interoperabilitasnya dengan armada Hornet Malaysia yang ada, tetapi teknologinya sudah ketinggalan zaman dan Angkatan Laut Amerika Serikat secara bertahap menghentikannya demi F-35 — menimbulkan kekhawatiran tentang dukungan logistik jangka panjang.

Mengenai F-35, Farizha mengakui bahwa pesawat itu adalah pesawat tempur tercanggih dan teruji di medan tempur, tetapi menambahkan bahwa harga satuannya, biaya operasionalnya, dan akses teknologinya yang terbatas akan membuatnya tidak realistis bagi Malaysia.

Mengacu pada Rusia dan Tiongkok sebagai pemasok alternatif, ia memperingatkan sanksi Barat, kendala logistik, dan interoperabilitas yang buruk, yang menjadikan opsi-opsi tersebut berisiko tinggi.

Dari perspektif otonomi strategis, pembelian pesawat AS seperti Super Hornet berada di bawah Peraturan Lalu Lintas Senjata Internasional (ITAR), yang dapat membatasi kebebasan Malaysia jika terjadi ketegangan politik.

Typhoon
"Sementara itu, Typhoon melibatkan konsorsium empat negara, yang membuat proses ekspornya lebih birokratis dan lambat," ujarnya.

Namun, Prancis telah menunjukkan konsistensi yang lebih besar dalam fleksibilitas ekspor, ujarnya, seraya menambahkan bahwa pengadaan Rafale akan memungkinkan Malaysia mempertahankan otonomi strategis sekaligus menciptakan sinergi regional.

Indonesia telah memesan 42 Rafale, yang menurut Farizha memberi Malaysia peluang skala ekonomi dalam pelatihan, perawatan, dan pembagian suku cadang, sehingga mengurangi biaya operasional jangka panjang.

"Memilih Typhoon atau Super Hornet akan membuat Malaysia semakin terisolasi di kawasan, tanpa sinergi regional," tambahnya.

Menyoroti kredensial tempur Rafale, Farizha mengatakan jet tersebut dilengkapi dengan radar AESA RBE2-AA, sistem peperangan elektronik SPECTRA, dan mampu mengerahkan berbagai serangkaian senjata Barat termasuk Exocet, SCALP, dan AASM Hammer.

"Senjata ini telah terbukti ampuh dalam operasi tempur nyata di Afghanistan, Libya, Mali, dan Suriah. Typhoon, meskipun modern, tetap lebih dominan dalam pertempuran udara-ke-udara, sementara Super Hornet, meskipun terbukti di laut, sudah mendekati akhir masa operasionalnya," ujarnya.

(NST)

28 Agustus 2025

MINDEF Buka Tender Baharu Sewaan 4 Helikopter Untuk TUDM, Ambil Kira Titah Agong

28 Agustus 2025

Saat ini PUTD mengoperasikan 10 helikopter ringan AW109 (photo: André Klöckner)

KOTA TINGGI (Bernama) -- Kementerian Pertahanan membuka tender baharu bagi penyewaan empat buah helikopter untuk kegunaan Pasukan Udara Tentera Darat Malaysia, selepas pembatalan penganugerahan terdahulu kepada sebuah syarikat yang gagal menunaikan penghantaran empat helikopter Black Hawk berkenaan.

Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata tender baharu yang akan ditutup pada September itu, akan mengambil kira pelbagai aspek termasuk jenis helikopter, usia aset, harga sewaan, jangka hayat operasi serta tahap keselamatan penerbangan sebelum sebarang keputusan dibuat.

“Tender untuk penyewaan empat buah helikopter bagi penggunaan Tentera Darat sudah dibuka dan kita akan tengok masa penilaian, supaya kita ambil kira pandangan-pandangan yang telah dititahkan oleh Yang di-Pertuan Agong,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

November tahun lepas, Kementerian Pertahanan menyatakan notis pembatalan kontrak sewaan empat helikopter Black Hawk kepada syarikat yang sebelum ini telah memenangi tender berkenaan setelah gagal memenuhi tarikh akhir ditetapkan, walaupun sudah dilanjutkan hingga akhir Oktober tahun lepas.

PUTD juga mengoperasikan 6 helikopter serang ringan MD530G (photo: Young Li)

Mohamed Khaled berkata kementerian telah mengambil tindakan tegas dengan mengenakan penalti serta menarik balik wang jaminan yang telah diserahkan daripada syarikat berkenaan.

Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim sebelum ini bertitah supaya cadangan pembelian helikopter Black Hawk berusia lebih 30 tahun dibatalkan, mengambil kira faktor usia dan tahap keselamatan pesawat terbabit yang dikhuatiri boleh mengancam nyawa juruterbang.

Sementara itu, mengenai insiden  pesawat pejuang Tentera Udara Diraja Malaysia F/A-18D Hornet yang musnah sepenuhnya akibat insiden di Pangkalan Udara Kuantan baru-baru ini, beliau memaklumkan sebuah lembaga siasatan khas telah ditubuhkan bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian berkenaan.

Beliau berkata pesawat jenis sama digantung operasi buat sementara waktu sehingga hasil siasatan diperoleh, bagi memastikan insiden seumpama itu tidak berulang.

“Daripada lapan pesawat Hornet, kini hanya tujuh beroperasi. Kita mahu pastikan aspek keselamatan diberi perhatian sepenuhnya,” katanya.

Beliau turut menzahirkan rasa syukur kerana juruterbang dan kru terselamat dalam insiden berkenaan, serta menyeru semua pihak memberi ruang kepada pasukan penyiasat untuk menjalankan kerja mereka dengan teliti.

27 Agustus 2025

ATM Dijangka Mula Terima Kenderaan Perisai HMAV 4x4 Tarantula Bermula 2027

27 Agustus 2025

Mildev HMAV 4x4 Tarantula (photos: Mal MoD)

SEREMBAN: Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dijangka menerima sebanyak 60 daripada keseluruhan 136 kenderaan berperisai mobiliti tinggi (HMAV 4x4) Tarantula bermula pada 2027, menurut Mildef International Technologies Sdn Bhd (Mildef).

Pengarah Urusan Mildef Datuk Seri Mohd Nizam Kasa berkata penghantaran itu, akan dilaksanakan secara berperingkat menerusi beberapa fasa selama tempoh lima tahun.

“Kita menyasarkan penghantaran pertama pada 2027, dengan tahun pertama dikhususkan untuk menyiapkan Final User Vehicle (FUV) atau Seal Pattern sebagai model rujukan sebelum pengeluaran penuh dimulakan.

“Kami menyasarkan penghantaran awal ini melibatkan sekitar 30 unit pada awal tahun 2027, manakala 30 unit lagi pada hujung tahun sama sebagai fasa pertama penghantaran,” katanya dalam temu bual eksklusif bersama BERNAMA di Ibu Pejabat Mildef di sini hari ini.


Mohd Nizam menegaskan proses itu penting untuk memastikan reka bentuk, keupayaan dan perlindungan balistik Tarantula menepati keperluan operasi Tentera Darat.

Tarantula HMAV 4x4 merupakan kenderaan perisai buatan tempatan yang dibangunkan Mildef dan direka bagi memenuhi keperluan operasi darat serta meningkatkan tahap kesiapsiagaan ATM.

Kementerian Pertahanan sebelum ini telah menandatangani surat hasrat (LOI) bernilai RM1.8 bilion kepada Mildef, bagi perolehan 136 unit Tarantula yang bakal menjadi aset terbaru Tentera Darat Malaysia.

Sementara itu, Mohd Nizam mendedahkan Mildef merupakan satu-satunya syarikat tempatan yang sedang berusaha untuk memenangi tender daripada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UN), bagi perolehan kenderaan taktikal ringan mobiliti tinggi (HMLTV) pertama negara, Ribat.


“Keputusan untuk penganugerahan perolehan kenderaan perisai itu dijangka akan diumumkan sebelum Oktober ini. UN memerlukan sebanyak 50 unit kenderaan HMLTV dan kapasiti pengeluaran kilang Mildef berupaya menghasilkan sebanyak 60 unit dalam setahun,” katanya.

Mohd Nizam berkata Ribat merupakan kereta perisai yang melambangkan kegigihan syarikat tempatan dalam mencipta aset pertahanan, yang selama ini dianggap hanya mampu dibangunkan oleh negara maju.

“Ribat itu sendiri membawa maksud semangat berkawal mempertahankan tanah air yang berteraskan iman dan diilhamkan sendiri oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim,” katanya.

Perdana Menteri dijadual merasmikan fasiliti pengeluaran baru Mildef iaitu kilang pembuatan kereta perisai nasional di Sendayan, Negeri Sembilan, Sabtu ini.

26 Agustus 2025

Malaysia Batalkan Pembelian F/A-18 Hornet Bekas Kuwait?

26 Agustus 2025

F/A-18C/D Hornet Kuwaiti Air Force (photo: Erwin van Dijkman)

Media independen asal Malaysia Twentytwo13 dalam edisi 25 Agustus 2025 kemarin, menyebutkan bahwa mereka mendapatkan informasi dari sumber yang tidak mau disebutkan namanya, bahwa Royal Malaysian Air Force (RMAF) membatalkan rencana akuisisi pesawat F/A-18C/D Hornet milik Kuwait Air Force (KAF). 

Penghentian ini terjadi dari serangkaian faktor rumit yang membuat kesepakatan itu semakin tidak dapat dilaksanakan. Salah satu masalah utama adalah molornya dalam proses transisi KAF dari F/A-18C/D Hornet ke F/A-18E/F Super Hornet, yang kini telah diundur ke tahun 2026. 

Mundurnya waktu Super Hornet diserahkan
Hal ini bermula saat Kuwait resmi membeli 22 unit F/A-18E/F Super Hornet senilai $1,5 Miliar pada Juni 2018, rencana awalnya batch pertama akan tiba pada tahun 2021 lalu. Namun, pandemi Covid-19 membuat proses pengerjaan dan pengirimannya tertunda hingga tahun 2026. Celakanya, Malaysia bisa dapat pesawat F/A-18C/D Hornet bekas Kuwait bila seluruh armada pesawat tempur Super Hornet baru telah diterima Kuwait.

Upgrade Honet Kuwait
Selain alasan tersebut, Malaysia menilai armada F/A-18C/D Hornet Kuwait ini meiliki teknologi yang sudah ketinggalan zaman bila dibandingkan F/A-18D Hornet milik RMAF sendiri. 

Hornet milik RMAF saat ini sudah dilengkapi radar AN/APG-73 yang canggih, Link-16, serta targeting pod, sedangkan Hornet KAF Kuwait masih memakai radar AN/APG-65 asli. 

Para ahli memperkirakan biaya upgrade setiap pesawat Hornet bekas Kuwait bisa mencapai US$4 Juta, jika dikalikan dengan total 33 jet, biayanya akan menjadi mahal, ini belum termasuk harga pembelian.

IOC dan FOC
Yang menambah kerumitan, skuadron biasanya membutuhkan waktu satu tahun untuk mencapai kemampuan operasional awal (IOC) dan satu tahun lagi untuk mencapai kemampuan operasional penuh (FOC). 

Jika KAF menerima Super Hornet pada tahun 2026, AU Malaysia kemungkinan besar tidak akan melihat Hornet lama sebelum tahun 2027. Mengingat AU Malaysia berencana untuk memensiunkan armada Hornetnya antara tahun 2032 dan 2035, Malaysia hanya akan memiliki sekitar delapan tahun penggunaan jet-jet tempur bekas Kuwait.

Integrasi perangkat lunak
Hornet-hornet bekas Kuwait beroperasi dengan konfigurasi perangkat lunak yang berbeda – SCS25XK, sedangkan AU Malaysia baru-baru ini meningkatkan Hornet-nya ke standar SCS29C. Meningkatkannya ke standar AU Malaysia 'SCS29C' akan membutuhkan investasi, waktu, dan upaya yang sangat besar.

Menyelaraskan jet-jet KAF dengan armada AU Malaysia akan membutuhkan peningkatan yang mahal, diperkirakan sekitar US$4 juta per pesawat dan lebih dari satu tahun pengembangan perangkat lunak. Perbaikan untuk masing-masing dari 33 pesawat eks-KAF juga akan memakan waktu sembilan bulan hingga satu tahun. 

25 Agustus 2025

Malaysia Batal Beli Black Hawk Usai Dikritik Yang di-Pertuan Agong

25 Agustus 2025

Helikopter Black Hawk US Army (photo: dvids)

Kuala Lumpur - Angkatan Bersenjata Malaysia membatalkan rencana pembelian empat helikopter Black Hawk, yang sudah menua, senilai 187 juta Ringgit, atau setara Rp 720,7 miliar. Pembatalan dilakukan setelah Raja Malaysia atau Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim mengkritik rencana pembelian tersebut.

Panglima Angkatan Bersenjata Malaysia, Jenderal Mohd Nizam Jaffar, seperti dilansir Malay Mail dan Straits Times, Rabu (20/8/2025), mengatakan bahwa pernyataan tegas Sultan Ibrahim tentang masalah ini telah mengubah situasi.

"MAF (Angkatan Bersenjata Malaysia) akan selalu menjunjung tinggi dan mematuhi keputusan Yang Mulia Sultan Ibrahim terkait pembelian helikopter Black Hawk yang sudah tua, yang sebagian besar berusia lebih dari 30 tahun," kata Jaffar dalam pernyataannya.

"Kami tidak akan mengusulkan (pengadaan) Black Hawk sama sekali, dan telah memperhatikan kekhawatiran Yang Mulia," ucapnya seperti dikutip harian berbahasa Melayu, Utusan Malaysia, pada Selasa (19/8).

Kritikan Sultan Ibrahim itu disampaikan saat berbicara dalam peringatan 60 tahun Resimen Layanan Khusus Malaysia yang digelar pada 16 Agustus lalu.

Dalam kritikannya, Sultan Ibrahim mengatakan bahwa Kementerian Pertahanan harus membatalkan rencana akuisisi helikopter Black Hawk yang berusia lebih dari 30 tahun, yang disebutnya sebagai "peti mati terbang".

Sultan Ibrahim juga mengingatkan Kementerian Pertahanan Malaysia untuk "tidak mengulangi kesalahan masa lalu" dalam pengadaan militer. Dia merujuk pada pembelian puluhan pesawat serangan darat A-4 Skyhawk oleh Malaysia tahun 1982 silam seharga US$ 1 juta per unit. Dari 88 unit yang dibeli, hanya 40 unit pesawat tempur era Perang Vietnam itu yang diperbarui dan dioperasikan.

Kantor berita Malaysia, Bernama, melaporkan pada saat itu bahwa jet-jet tempur tersebut dipensiunkan karena tingkat kecelakaan yang tinggi.

"Apakah kita akan menempatkan pilot kita di dalam 'peti mati terbang'? Pikirkan sendiri," tanya Sultan Ibrahim saat mengkritik rencana pembelian Black Hawk itu.

"Saya meyakini semua ini terjadi karena Kementerian Pertahanan penuh dengan agen-agen atau mantan jenderal yang menjadi salesman. Bahkan ada perusahaan tekstil yang ingin menjual drone kepada kita," katanya.

Sultan Ibrahim bahkan memperingatkan para pejabat Kementerian Pertahanan Malaysia untuk tidak "membodohi" dirinya.

"Jika kita harus mengikuti harga perantara (yang digelembungkan) dalam setiap pengadaan, maka alokasi yang ada tidak akan mencukupi. Jadi jangan coba-coba membodohi saya. Jika kalian tidak mau mendengarkan saya, saya tidak akan menegur kalian lagi setelah ini," ujarnya.

22 Agustus 2025

Dua Juruterbang TUDM Selamat Dalam Insiden Pesawat Hornet di Kuantan

22 Agustus 2025

Pesawat F/A-18D Hornet TUDM yang mengalami insiden di Kuantan (photo: Berita RTM)

KUANTAN - Dua juruterbang Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dilaporkan selamat selepas pesawat pejuang F/A-18D Hornet yang mereka pandu terbabit dalam kemalangan di Pangkalan Udara Kuantan, malam tadi.

Kedua-dua juruterbang tersebut dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) dengan menggunakan ambulans Angkatan Tentera Malaysia (ATM) untuk menerima rawatan lanjut di Jabatan Kecemasan dan Trauma.


Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Yahaya Othman, ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan memaklumkan pesawat berkenaan mengalami kemalangan ketika cuba berlepas.

Dalam kenyataan berasingan, TUDM menjelaskan insiden berlaku pada pukul 9.05 malam di landasan Lapangan Terbang Sultan Ahmad Shah, Kuantan. (Berita RTM)

21 Agustus 2025

Kementerian Pertahanan Timbang Perolehan Jet dari Perancis, AS dan Russia

21 Agustus 2025

Rafale F5, pesawat tempur Perancis Rafale yang akan ditingkatkan menjadi generasi kelima (infographic: Armee)

KUALA LUMPUR: Kementerian Pertahanan menimbang untuk melakukan perolehan jet generasi kelima (5G) sama ada dari Perancis, Amerika Syarikat (AS) dan Russia.

Menterinya, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, berkata ia adalah sebahagian usaha untuk menggantikan semua pesawat menjelang 2040.

Beliau berkata perolehan itu boleh difikirkan sekiranya penghantaran pesawat pejuang F/A-18 Hornet milik Tentera Udara Kuwait (KAF), mengambil masa terlalu lama.

"Kita sudah boleh menimbang untuk memikirkan perolehan jet baharu 5G sama ada dari Perancis, AS, Russia di mana keputusan penilaian akan ambil masa panjang.

"Mereka boleh kemukakan keputusannya mungkin hanya pada 2033 atau 2034 kerana jangkaan kita hendak menggantikan semua pesawat dengan pesawat baharu menjelang 2040," katanya.

Beliau berkata demikian pada sesi penggulungan Rancangan Malaysia ke-13 (RMK13), di Dewan Rakyat, hari ini.

Pesawat tempur generasi kelima Rusia Su-57 Felon (photo: Screengrab)

Terdahulu, Datuk Dr Zulkafperi Hanapi (BEBAS-Tanjong Karang) meminta kerajaan menyatakan status semasa pembelian pesawat terpakai F/A-18 dari Kuwait dan jangkaan jet itu tiba di Malaysia.

Menjawab soalan itu, Mohamed Khaled berkata, pasukan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) akan pergi ke Kuwait bagi menilai dan melihat pesawat pejuang F/A-18 Hornet bulan hadapan.

Beliau berkata, melalui proses itu, pasukan TUDM akan menilai kesediaan pesawat pejuang itu, selain melihat jika adanya kekurangan yang perlu dinaik taraf atau dipertingkatkan.

Beliau bagaimanapun menjelaskan penghantaran pesawat pejuang itu hanya boleh dilaksanakan apabila Kuwait menerima jet yang di tempat baharu dari AS.

Sehingga kini katanya, pihak Kuwait masih belum mempunyai ketentuan tempoh masa untuk memperoleh jet baharu terbabit.

"Rakyat Malaysia tertunggu-tunggu bila kita akan peroleh pesawat F/A-18 ini. Walaupun kita mendapat maklumat bahawa AS tiada halangan supaya Kuwait menjual F/A18 mereka kepada Malaysia tetapi kita perlu melalui beberapa proses yang mana bulan hadapan pasukan TUDM akan pergi untuk menilai dan melihat jet itu.

Pesawat tempur generasi kelima AS  F-35A, F-35B dan F-35C (image: funbrians)

"Ia membabitkan dari segi kesediaan dan kekurangannya, sama ada perlu dinaik taraf, dipertingkatkan dan sebagainya selain sama ada kos membeli itu wujudnya kos tambahan lain.

"Penghantaran jet itu hanya akan berlaku apabila Kuwait menerima jet tempahan baharu. Seperti kita sedia maklum masa untuk kita mendapat penyerahan jet, makan masa terlalu lama dan selagi mereka tidak jet baharu selagi itu tidak boleh serahkan F/A-18 kepada kita," katanya.

Pada masa sama, Mohamed Khaled berkata, perolehan F/A-18 adalah usaha mengisi kekosongan (stop gap) yang dilakukan kerajaan sebelum merancang untuk memperoleh pesawat jenis baharu menjelang 2040.

Beliau berkata, jika keadaan itu terlalu lewat, kementerian tiada halangan untuk memastikan 18 pesawat Sukhoi mampu beroperasi sepenuhnya menjelang 2030.

"Sekarang ini hanya ada beberapa, tidak perlu saya sebut jumlahnya, mungkin kerana peruntukan dan sebagainya tetapi jet itu memadai untuk melindungi keselamatan negara," katanya.

20 Agustus 2025

Pesawat F/A-18C/D Hornet Yang Bakal Dibeli dari Kuwait Boleh Diguna Sehingga Tahun 2040

20 Agustus 2025

F/A-18C/D Hornet Kuwaiti Air Force (photos: dvids)

TENTERA Udara Dirajaya Malaysia (TUDM) mengunjurkan pesawat F/A-18C/D Hornet yang bakal dibeli dari Kuwait boleh dioperasikan sehingga tahun 2040 tertakluk kepada kerangka dan sistem, penyelengaraan serta penyesuaian dengan operasi semasa TUDM.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, jangka hayat operasi pesawat F-18 termasuk yang dioperasikan oleh Kuwait Air Force (KAF), lazimnya adalah antara 6,000 hingga 8,000 jam penerbangan atau sekitar 30 tahun perkhidmatan bergantung kepada tahap penyelenggaraan, corak penggunaan dan program peningkatan keupayaan yang dilaksanakan.

Jelas beliau, pasukan Teknikal TUDM telah melaksanakan lawatan fizikal dan penilaian ke Kuwait pada Jun 2024.

Katanya, hasil penilaian mendapati pesawat F/A-18 KAF merekodkan jumlah jam penerbangan yang relatif rendah iaitu sekitar 1,500 hingga 3,000 jam berbanding pesawat F/A-18D TUDM sedia ada yang telah mencatat antara 4,000 hingga 6,000 jam penerbangan.

“Berhubung dengan kos peningkatan separuh hayat, pada masa ini TUDM belum merancang untuk melaksanakan apa-apa program pemanjangan separuh hayat ke atas pesawat F/A-18 KAF dalam tempoh terdekat.


“Hal ini memandangkan pesawat ini dilengkapi dengan perisian pemantauan 25X yang sama seperti pesawat F/A-18D TUDM sedia ada,” katanya dalam jawapan bertulis yang disiarkan di laman web Parlimen hari ini.

Beliau menjawab soalan daripada Ahli Parlimen Sibu yang meminta Menteri Pertahanan menyatakan perincian jangka hayat tertinggal F-18 yang bakal dibeli oleh Malaysia dari Kuwait dan jangkaan kos peningkatan separuh hayat bakal dilaksanakan.

Mengulas lanjut, Mohamed Khaled berkata, TUDM kini sedang melaksanakan program naik taraf pesawat F/A-18D TUDM ke perisian pemantauan 29C yang dijangka siap pada penghujung 2026.

Katanya, kajian terperinci sedang dijalankan untuk menilai sama ada pesawat F/A-18 KAF juga wajar dinaik taraf ke standard yang sama.

Menurut beliau, penilaian fizikal penuh ke atas semua pesawat F/A-18 KAF dijangka akan dilaksanakan pada September 2025 bagi menentukan keperluan penilaian teknikal dan kos anggaran yang akan terlibat.

“Kementerian Pertahanan melalui TUDM akan memastikan setiap perolehan dan program penyelenggaraan dilaksanakan mengikut analisis kos-manfaat selaras dengan keperluan operasi semasa dan aspirasi Pelan Pembangunan Keupayaan TUDM 2055 (CAP55),” katanya.

19 Agustus 2025

TUDM Selesaikan Kursus O-Level UAS Anka di TAI, Turkiye

19 Agustus 2025

TUDM akan menerima 3 UAV ANKA pada Februari 2026 (photos: TUDM)

7 Petugas dan 19 Anggota TUDM berhasil melengkapkan kursus penyelengggaraan aircraft tanpa pemeliharaan Anka O-Level

ANKARA – Sebanyak 7 petugas dan 19 anggota TUDM berhasil menyelesaikan Kursus Pensiunan Pemeliharaan O-Level UAS ANKA yang dilaksanakan di Turkish Aergantara industri (TAI), Ankara, Turkiye.


Kursus ini akan berlangsung dari 30 Juni hingga 15 Agustus 2025 meliputi tiga (3) modul yaitu Sistem Mekanik & Mesin, Sistem Avionik, dan Sistem Kontrol Tanah.


Kursus ini bertujuan untuk mempersiapkan para insinyur dan teknisi TUDM dalam melaksanakan pemeliharaan O-level pesawat UAS ANKA yang akan dimiliki oleh Angkatan Udara Kerajaan Malaysia (TUDM) awal tahun depan.


General Manager Akademik TAI menyampaikan apresiasi atas komitmen pegawai dan anggota TUDM sepanjang pelatihan dan beliau percaya bahwa TUDM mampu mengoperasikan aset baru dengan baik. 


Ia juga menekankan pentingnya keterampilan pemeliharaan yang sangat penting untuk memastikan kesiapan operasional pesawat selalu berada di level tertinggi.


Selamat kepada semua peserta. Meningkatkan keahlian utility diantara petugas dan anggota ini sangat penting untuk memastikan keberhasilan operasi TUDM dalam mengoperasikan aset baru yang lebih modern dan up-to-date.

18 Agustus 2025

LKT 2025 Menjadi Medan Pembuktian Kesiagaan dan Keupayaan Tempur ATM Sentiasa Ditahap yang Tertinggi

18 Agustus 2025

Latihan Kuasa Tembakan (LKT) 2025 di Gemas, Negeri Sembilan, Malaysia, dekat perbatasan negara bagian Negeri Sembilan-Johor, Malaysia (all photos: TDM, ATM)

GEMAS – Dentuman meriam, deruman pesawat pejuang dan kelincahan kenderaan perisai serta kereta kebal mewarnai kemuncak Latihan Kuasa Tembakan (LKT) 2025 yang berlangsung di Lapang Sasar Gemas menyaksikan kekuatan tempur dan kesiagaan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dipertontonkan kepada Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Hj Mohd Nizam bin Hj Jaffar dan Timbalan Menteri Pertahanan, YB Adly bin Zahari serta para pegawai penuntut Kursus Pemerintahan dan Staf Malaysia (KPSM) siri 54/2025 daripada Maktab Turus Angkatan Tentera (MTAT) dan anggota Angkatan Tentera Malaysia.


LKT merupakan latihan tahunan terbesar diselaraskan Tentera Darat Malaysia (TDM), yang menjadi platform latihan keupayaan aset dan sistem persenjataan ATM. Mendepani edisi penganjuran ke-54 ini, kira-kira seramai 2,500 anggota daripada TDM, Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) telah terlibat bagi menjayakan siri latihan pada tahun ini sekali gus melambangkan kesepaduan operasi bersama melibatkan ketiga-tiga cabang Perkhidmatan.


Buat julung kalinya, LKT 2025 menyaksikan penglibatan Askar Timbalan Setia Negeri Johor (JMF) dalam segmen Direct Fire Support Base (DFSB) yang merakamkan sejarah baharu dalam usaha memperkukuh konsep pertahanan menyeluruh atau Total Defence. 


Antara persembahan yang mencuri tumpuan adalah koordinasi tembakan meriam 155mm G5 yang menandakan sasaran dengan peluru asap sebelum disusuli serangan udara oleh pesawat pejuang F/A-18D Hornet dan SU-30MKM TUDM ke atas sasaran baharu yang dibina khusus untuk latihan kali ini.


Penggunaan Unmanned Aerial System (UAS) FlyEye turut menjadi sorotan apabila ia melaksanakan misi Target Acquisition dan Battle Damage Assessment secara masa nyata membuktikan keupayaan ATM mengintegrasikan teknologi moden dalam operasi medan pertempuran.


Panglima Angkatan Tentera turut berkesempatan mencuba kenderaan perisai MIFV yang baru dinaik taraf, yang kini dilengkapi sistem mobiliti dan perlindungan yang dipertingkatkan bagi meningkatkan keberkesanan di medan operasi.


LKT 2025 berlangsung selama 12 hari bermula 1 Ogos dan berakhir hari ini, membawa mesej jelas bahawa kekuatan ATM bukan sahaja terletak pada aset dan senjata, tetapi pada semangat, pengorbanan dan perpaduan warganya dalam melindungi dan mempertahankan tanah air tercinta.


Turut hadir adalah Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Dato' Seri Muhammad Hafizuddeain bin Jantan ; Panglima Tentera Udara, Jeneral Dato' Sri Hj Muhammad Norazlan bin Aris TUDM ; Timbalan Panglima Tentera Darat, Leftenan Jeneral Dato' Tengku Muhammad Fauzi bin Tengku Ibrahim. (ATM)


Latihan Kuasa Tembakan 2025: Bukti Kesiapsiagaan ATM

Latihan Kuasa Tembakan (LKT) 2025, salah satu acara tahunan terbesar Angkatan Tentera Malaysia (ATM), kembali menggamatkan Lapang Sasar Gemas, Kem Syed Sirajuddin, Negeri Sembilan hari ini dengan demonstrasi kuasa tembakan yang memukau.


Acara ini turut disaksikan Jeneral Tan Sri Hj Mohd Nizam bin Hj Jaafar, Panglima Angkatan Tentera; YB Adly bin Zahari, Timbalan Menteri Pertahanan serta Jeneral Tan Sri Dato’ Sri Muhammad Hafizuddeain bin Jantan, Panglima Tentera Darat. Kehadiran figura tertinggi dalam pertahanan ini menjadikan LKT 2025 lebih bermakna, sekaligus memperlihatkan kesepaduan kepimpinan tertinggi ATM dalam memperkukuh kesiapsiagaan dan keupayaan pertahanan negara.


LKT kali ke-54 ini berlangsung selama 12 hari bermula 1 Ogos 2025 dan telah mempamerkan kehebatan aset pertahanan darat, udara dan laut. Seramai 2,500 anggota dari ketiga-tiga perkhidmatan ATM telah terlibat dalam latihan ini yang menjadi platform pengukuhan keupayaan aset dan sistem persenjataan. 


Tentera Darat menampilkan Lipan Bara M134D, AV8 Gempita, INGWE ATGW dan PT-91M Pendekar, disokong oleh aset udara seperti Agusta 7.62mm dan helikopter MD530G. 


Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) membawa Super Lynx dan Fennec, manakala Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) mempersembahkan F/A-18D Hornet, Sukhoi Su-30MKM dan Eurocopter EC725.


Acara kali ini turut mencatat sejarah dengan penglibatan julung kali daripada Johor Military Force (JMF).


Pertunjukan ini bukan sekadar paparan, tetapi merupakan bukti nyata kesiapsiagaan ATM dalam mempertahankan tanah air. Pelaksanaan latihan ini juga sejajar dengan Tonggak Pertama Perintah Ulung Panglima Tentera Darat ke-30, iaitu kesiapsiagaan dalam memastikan Tentera Darat sentiasa bersedia menangkis sebarang ancaman terhadap kedaulatan negara.


Turut menyaksikan demonstrasi bersejarah ini ialah Leftenan Jeneral Datuk Malek Razak bin Sulaiman, Panglima Medan Barat Tentera Darat; Leftenan Jeneral Dato’ Ahmad bin Abu Bakar, Ketua Staf Tentera Darat; para Panglima Perkhidmatan;  penuntut Kursus Pemerintahan dan Staf Malaysia (Bersama) (KPSM) Siri 54/2025 serta Penasihat Pertahanan pelbagai negara.


LKT 2025 sekali lagi membuktikan bahawa ATM bukan sahaja memiliki keupayaan persenjataan moden, tetapi juga kekuatan integrasi, disiplin dan kesediaan tinggi untuk mempertahankan keamanan negara di medan sebenar. (TDM)