15 Desember 2012

KD GAGAH SAMUDERA Diluncurkan

15 Desember 2012

Kapal latih KD Gagah Samudera (photo : TLDM)

BANTING - Upacara Penamaan dan Pelancaran kapal latihan GAGAH SAMUDERA milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) disempurnakan oleh YABhg Datin Paduka Seri Rosmah Mansor, isteri YAB Perdana Menteri Malaysia bertempat di Limbungan NGV Tech Sdn Bhd Sijangkang di sini petang tadi.

Pemilihan nama GAGAH SAMUDERA merupakan kesinambungan dari Kapal Layar Diraja (KLD) TUNAS SAMUDERA di mana 'samudera' merupakan identiti bagi kapal latihan milik TLDM. Kapal latihan GAGAH SAMUDERA mempunyai spesifikasi 75.9 meter panjang turut dilengkapi tempat pendaratan helikopter dengan berat 1366 tan metrik serta mampu beroperasi sejauh 2500 batu nautika tanpa henti atau selama 21 hari di laut sebelum ulang bekal dilaksanakan.  Kapal Latihan ini juga bakal menempatkan 47 orang krew dan mampu menampung seramai 60 pelatih pada setiap kali pelayaran.  Istimewanya, kapal latihan ini turut dilengkapi sistem kombat, radar, peralatan navigasi dan komunikasi serta senjata jarak dekat yang bukan sahaja akan dijadikan platform latihan di laut malahan boleh melaksanakan tugas operasi pada sebilang masa apabila diperlukan.

Peralatan pada KD Gagah Samudera (image : standupper)

Kapal Latihan GAGAH SAMUDERA telah berjaya di bina dengan usaha sama NGV Tech Sdn Bhd dan Syarikat Daewoo Shipbuilding Marine Engineering (DSME) dari Korea Selatan. Kejayaan pembinaan kapal ini telah membuktikan bahawa syarikat tempatan juga berupaya untuk menguasai kemahiran pembinaan kapal yang berteknologi tinggi serta mampu merealisasikan aspirasi kerajaan untuk membangunkan industri maritim negara. Dalam pada itu, kehadiran kapal latihan ini juga dilihat berupaya memperkasakan latihan dan kemahiran serta kecekapan the Navy People dalam mengendalikan operasi armada TLDM. Latihan di laut yang bakal ditempuhi juga membuktikan bahawa TLDM sentiasa melaksanakan pembaharuan dan  penambahbaikan terhadap aset sedia ada serta mutu kerja the Navy People agar lebih efisyen seiring dengan visi TLDM iaitu Menjadi Tentera Laut Bertaraf Dunia.   

Setelah penamaan dan pelancaran ini, kapal latihan GAGAH SAMUDERA akan menjalani kerja-kerja ujian penerimaan di pelabuhan dan di laut serta ujian penembakan meriam sebelum diserahkan kepada TLDM secara rasmi pada 19 Mei 2013.  Kerja-kerja mengintegrasikan sistem dan ujian sebelum penerimaan kapal merupakan satu cabaran yang paling getir dan penting kepada tim projek yang terlibat secara langsung terhadap perolehan kapal latihan ini.

(TLDM)

1 komentar:

  1. Bonus cashback setiap hari jumat bersama Anapoker
    agen judi online terbesar dan terpecaya di indonesia
    dengan minimal deposit hanya 10 dan proses cepat paling lama 3 menit!
    tunggu apa lagi segera bergabung bersama kami sekarang!!

    Contact Kami :
    BBM : D8B84EE1 / AGENS128
    Line id : agens1288
    WhatsApp : 085222555128

    BalasHapus