23 Oktober 2013
Kesepakatan kerjasama ini akan memudahkan TUDM dalam MRO pesawat TUDM di kawasan Sabah dan Serawak (photo : Airod)
Majlis Menandatangani Perjanjian Persetujuan Bersama TUDM Dan Airod Sdn Bhd
KUALA LUMPUR : Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) telah bersetuju permohonan Airod Sdn Bhd (ASB) untuk menggunakan ruang hangar dan bay Cawang Kejuruteraan, PU Labuan sebagai infrastruktur MRO ASB dalam melaksanakan kerja-kerja maintenance, repair dan overhaul pesawat-pesawat TUDM terutamanya di kawasan Sabah dan Sarawak.
Justeru itu, satu Majlis Menandatangani Perjanjian Persetujuan Bersama di antara pihak TUDM dan ASB berkaitan perkara tersebut telah diadakan di Markas Tentera Udara hari ini. Majlis ini telah disempurnakan oleh Panglima Tentera Udara, YBhg Jen Tan Sri Dato’ Sri Rodzali bin Daud TUDM bagi pihak TUDM dan Pengarah Eksekutif National Aerospace Defence Industries Sdn Bhd (NADI), YBhg Brig Jen Dato’ Abdul Rahim bin Abdul Rahman TUDM (Bersara). Turut hadir di majlis tersebut adalah Panglima Operasi Udara, Lt Jen Dato’ Sri Ackbal bin Abdul Samad TUDM, Pegawai-pegawai Kanan TUDM, Ketua Pegawai Eksekutif ASB, YBhg Dato’ Kamil bin Aziz.
Perlaksanaan kerja-kerja MRO ASB di Cawang Kejuruteraan PU Labuan dijangka akan mula beroperasi pada penghujung November 2013.
(TUDM)
Langganan:
Posting Komentar (Atom)
Tidak ada komentar:
Posting Komentar