Eksesais Cope Taufan 2023 melibatkan pesawat Hawk, F/A-18D, Su-30MKM dan A-400M dari TUDM serta pesawat F-16CM dari US PACAF (all photos : TUDM)
Latihan bersama pesawat pejuang antara TUDM dan US PACAF tunjang Eksesais Cope Taufan 2023 (EKS CT23)
BUTTERWORTH – Latihan pesawat pejuang merupakan tunjang utama dalam Eksesais COPE TAUFAN 2023 (Eks CT23) bagi kedua-dua angkatan udara dalam meningkatkan tahap kesiagaan skuadron masing-masing. Pesawat pejuang yang terlibat adalah F-16CM Fighting Falcon daripada US PACAF manakala pesawat pejuang TUDM yang terlibat ialah Hawk, F/A-18D Hornet dan Sukhoi Su-30MKM.
Latihan turut melibatkan pesawat pengangkut TUDM, Airbus A400M sebagai elemen bantuan bagi latihan pengisian minyak di udara. Antara latihan yang dijalankan adalah Air to Air Refueling (AAR), High Value Airborne Asset Protection (HVAAP), Combat Search and Rescue (CSAR) dan Dissimilar Basic Fighter Manoeuvre (DBFM).
Latihan bersama ini juga memberi peluang dan pengalaman berharga kepada para juruterbang dalam menjalankan misi bersama pesawat pejuang angkatan udara luar negara. Selain daripada itu, latihan ini juga dapat meningkatkan kecekapan juruterbang mengendalikan pesawat pejuang dan menerokai potensi pesawat serta menguji kemampuan pesawat semaksimumnya.
Aerial Photex menjadi bukti kebolehoperasian antara dua angkatan udara dalam Eksesais Cope Taufan 2023 (EKS CT23)
BUTTERWORTH – Aerial Photo Exercise (PHOTEX) atau latihan bergambar di udara melibatkan pesawat adalah menjadi penanda aras tahap kerjasama dan komitmen pelbagai pihak terlibat.
Hal ini adalah kerana perancangan rapi dan koordinasi secara teliti perlu dilakukan sebelum, semasa dan selepas sesuatu latihan itu dijalankan.
Latihan kali ini menyaksikan penampilan gabungan pesawat pengangkut Airbus A400M, pesawat pejuang Sukhoi Su-30MKM, F/A-18D Hornet dan Hawk daripada TUDM serta pesawat pejuang F-16CM Fighting Falcon daripada United States Pacific Air Forces (US PACAF).
Gabungan pesawat tersebut berjaya membentuk formasi diamond dengan formasi diketuai oleh pesawat pengangkut Airbus A400M diikuti dengan pesawat pejuang Sukhoi Su-30MKM, F/A-18D Hornet, Hawk serta pesawat pejuang F-16CM Fighting Falcon.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar