15 Agustus 2026

APMM Terima Helikopter AW-189 Pertamanya

15 Agustus 2026
 
APMM total akan menerima empat AW189 medium lift helicopter (infographic: APMM)

Penerimaan AW189 perkukuh keupayaan Maritim Malaysia jaga kseselamatan kedaulatan perairan negara
SUBANG – Menteri Dalam Negeri, YB Datuk Seri Saifuddin Nasution, hari ini menyempurnakan Majlis Penerimaan Helikopter AW189 Maritim Malaysia, menandakan penerimaan helikopter pertama daripada empat buah helikopter Medium Lift AW189 yang diperoleh Kerajaan bagi memperkukuh keupayaan udara Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia).

Majlis tersebut menjadi satu lagi langkah penting dalam usaha Kerajaan MADANI memodenkan aset keselamatan negara serta memperkukuh keupayaan Maritim Malaysia dalam melaksanakan penguatkuasaan, pengawasan udara, operasi mencari dan menyelamat (CARILAMAT), MEDEVAC dan operasi khas.

Dalam ucapan pada majlis berkenaan, Menteri Dalam Negeri berkata penerimaan AW189 bukan sekadar penambahan aset kepada armada Maritim Malaysia, tetapi mencerminkan iltizam Kerajaan untuk memastikan keselamatan rakyat, kedaulatan negara dan kepentingan nasional sentiasa terpelihara.

“Pelaburan dalam keselamatan merupakan pelaburan strategik bagi mempertahankan kedaulatan, melindungi rakyat serta menyokong kestabilan dan kemakmuran ekonomi negara.” Beliau berkata, Malaysia sebagai sebuah negara maritim dengan keluasan Zon Maritim Malaysia mencecah 556,285 kilometer persegi memerlukan keupayaan pengawasan dan tindak balas yang pantas bagi menghadapi cabaran keselamatan maritim yang semakin kompleks.

Helikopter AW189 pertama APMM (photo: APMM)

Helikopter AW189 mempunyai jarak operasi sehingga 1,166 kilometer, kelajuan maksimum 313 kilometer sejam dan endurance sehingga lima jam, serta mampu beroperasi siang dan malam dalam pelbagai keadaan cuaca. Dikendalikan oleh lima kru dan mampu membawa sehingga 14 penumpang, aset berkenaan memberikan keupayaan dan fleksibiliti lebih tinggi, khususnya bagi operasi di perairan yang jauh dari pesisir.

Menurut Menteri Dalam Negeri, keupayaan tersebut amat penting dalam operasi CARILAMAT kerana setiap minit amat berharga dalam usaha menyelamatkan nyawa di laut. Penerimaan empat buah AW189 ini merupakan sebahagian daripada usaha berterusan Kerajaan memodenkan aset udara Maritim Malaysia agar kekal relevan dengan keperluan operasi semasa.

Sehingga 24 Julai 2026, Maritim Malaysia telah melaksanakan 116,192 pemeriksaan, 26,253 penggeledahan dan 562 tangkapan, dengan nilai rampasan melebihi RM4.38 bilion. Bagi operasi CARILAMAT pula, sebanyak 129 kes melibatkan 638 mangsa telah dilaksanakan.
Perolehan empat buah AW189 diluluskan melalui Rolling Plan Keempat (RP4), Rancangan Malaysia Kesebelas (RMKe-11) dengan tempoh kontrak dari 19 Januari 2024 hingga 18 Januari 2029.

Menteri Dalam Negeri berkata peningkatan keupayaan aset ini akan memberi manfaat kepada nelayan, komuniti maritim, industri perkapalan, sektor pelancongan serta semua pengguna perairan negara melalui peningkatan tahap keselamatan dan keupayaan tindak balas terhadap kecemasan di laut.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan proses perolehan, penghantaran, penerimaan dan pengoperasian helikopter AW189 Maritim Malaysia.

“Aset boleh dibeli, teknologi boleh diperoleh tetapi yang menentukan kejayaan sesebuah organisasi ialah profesionalisme, integriti dan semangat juang warganya.” Penerimaan AW189 ini diharap dapat terus memperkukuh Maritim Malaysia sebagai benteng hadapan negara dalam memastikan keselamatan perairan, menyelamatkan nyawa serta mempertahankan kedaulatan Malaysia di lautan.

6 komentar:

  1. Semoga nasibnya tidak seperti Nuri si keranda terbang

    BalasHapus
  2. Malaysia Mantap..kl foto pak Cik Keren keren

    BalasHapus
  3. FAKTA MALAYDESH SANGAT PARAH DAN MEMALUKAN GUYS....AKIBAT PERJUDIAN DAN LGBT DILEGALKAN JUGA DISOKONG KERAJAAN TAK ADA AKHLAK 🔥🔥🔥🔥🤡🤡🤡🤡🤣🤣🤣🤣

    Sebanyak 14 warga negara Malaydesh ditangkap karena mencoba menyelundupkan narkoba di luar negeri sepanjang 2026, dengan beberapa kasus menonjol terjadi di Indonesia melibatkan modus kurir badan hingga kru pesawat. Berita terbaru ini dilaporkan oleh media CNN Indonesia.
    Kasus Penyelundupan Narkoba WN Malaydesh di Indonesia
    - 14 Orang Ditangkap Global: Sepanjang tahun 2026, tercatat ada 14 WN Malaysia yang ditangkap di berbagai negara karena kasus narkoba dengan total barang bukti mencapai puluhan kilogram.
    - Kasus Pilot Malaysia Airlines: Seorang pilot berinisial MSO ditangkap di Bandara Soekarno-Hatta karena membawa ribuan pil ekstasi dan sabu dengan berat total mencapai sekitar 25 kg di dalam koper.
    - Kurir di Bandara Juanda: Seorang pemuda WN Malaysia berinisial DI (22) ditangkap di Bandara Juanda, Sidoarjo, karena melilitkan 990 gram sabu dan 1.089 pil ekstasi di balik korset tubuhnya.

    https://www.cnnindonesia.com/internasional/20260812125136-113-1391414/14-warga-malaysia-ditangkap-karena-narkoba-di-luar-negeri-pada-2026&ved=2ahUKEwj7qdmghZ-WAxWFcGwGHRBhJYwQFnoECCsQAQ&usg=AOvVaw24ZsmTXqLHx8Q9oqhst1-

    BalasHapus
  4. Komentar ini telah dihapus oleh pengarang.

    BalasHapus